Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Tuesday, July 21, 2009

mELAYU OH mELAYU

Berniaga adalah salah satu perkerjaan yang telah dijamin akan mendapat rezeki. Malahan Rasulullah S.A.W juga telah bersabda bahawa 9/10 sumber rezeki adalah dari perniagaan .

Dari sekecil kecil perniagaan menjual guli hinggalah perniagaan yang bernilai jutaan ringgit.

Ramai yang teringin dan yang telah memasang angan-angan untuk berniaga namun kebanyakkan yang ingin berniaga hanya untuk mencari duit namun ramai dalam berniaga lupa untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Dalam pada itu ramai juga yang mula berniaga dengan menjadikan politik sebagai landasan bukan tak boleh tetapi adakah dengan cara itu politik akan terjamin dan kebajikan umat islam akan terperlihara. Dewasa kini ramai yang makin terupa atau lalai.

Apa yang difikirkan hanyalah duit semata-mata hinggakan perjuangan juga boleh dijual beli dengan wang ringgit.

Maka dengan itu ramai yang beranggapan dengan platform politik atau jawatan dalam politik banyak peluang perniagaan yang menanti, makin besar jawatan , makin besar projek yang bakal diperolehi, kami di Suara Baru tidak dapat memberikan jawapan..tepuk dada tanya selera

Namun itu bukanlah yang akan kami bincangkan pada keluaran kali ini. Suara Baru kali ini ingin membawa para pembaca sekalian untuk merenung perspektif jatidiri pengguna islam.

Kami merasakan bahawa tidak dapat dinafikan sekali banyak peluang –peluang perniagaan yang boleh orang melayu buat, nak berniaga apa pun sebenarnya orang melayu memang boleh buat itu tak dapat dinafikan lagi.. namun mencari yang halal adalah fardhu bagi Umat Islam.. adakah melayu sudah lupa akan manisnya keberkatan.

Selama ini kerajaan tidak pernah mengabaikan orang melayu.. untuk menjadi bangsa yang berjaya namun sikap dan mentaliti orang melayu amat sukar diubah.

Agensi pinjaman banyak membantu Mara, JPA, Tekun dan banyak lagi. Namun ibarat susu diberi, Tuba dibalas. Kerana apa kami berkata demikian.. pinjaman tersebut tidak cuba dibayar….atau diselesaikan.

Kalau yang betul tak mampu tak apa… tetapi.. bagaimana yang berkereta besar, Business besar dan ada yang kata semuanya besar tetapi tidak mampu membayar balik pinjaman.

Ini menyukarkan kerajaan untuk membantu orang lain pulak… sebab itu kami katakan melayu dah lupa… dulu susah bila senang depa dah lupa…. Dulu susah… kerajaan bagi pinjaman dah berjaya dah jadi engineer,dah jadi berpelajaran, dah jadi pengarah urusan Syarikat GLC… yang dibina atas Dasar Ekonomi Baru…telah terlupa…bahawa itulah dasar yang telah memberikan kejayaan padanya.. kerana apa….kerana perjuangan dalam politik dinilaikan dengan wang ringgit.

Bebalik kepada bantuan yang telah diberikan… yang peliknya sokongan dan bantuan dari peniaga melayu dan pengguna melayu sendiri amat lemah.

Betapa teruknya minda melayu dijajah hinggakan keluaran bangsa sendiri pun tak dapat dibanggakan… usah kita bercerita tentang Proton atau Suria KLCC tetapi cuba kita renungkan dimana kita nak cari… Mee Berjenama IBU yang dibuat oleh orang islam, mee Bandung segera , Coklat yang dibuat oleh orang Islam, Susu, dan banyak lagi termasuk lah dari aspek perkhidmatan,… makan dikedai mamak, insurans, peguam dan sebagainya lagi termasuk juga agensi perlancongan…

kenapa pengguna dan peniaga melayu sendiri yang menidakkan orang melayu… orang melayu begitu mudah diperlekehkan…hanya dengan wang ringgit… hanya dengan murah seringgit tetapi memudaratkan kita sanggup menyerahkan wang hasil titik peluh kita atau nenek moyang kita kepada orang lain…maksud kami orang bukan melayu….

Kami ambil contoh di sebuah kampong melayu…. Kedai runcit “orang lain” begitu laris, dikampong “orang lain”.. kedai runcit “orang lain” juga yang laris kenapa….? Kami biarkan kepada para pembaca berfikir sendiri…. Apa yang tidak kena….

Sepatutnya apabila umat islam adalah majoriti di Negara ini.orang islam yang menjadi teras kekuatan Malaysia….. kami ulangi disini…..kita yang patut jadi teras kekuatan ekonomi di Malaysia….

Tidak ada dasar kerajaan yang tidak membela orang melayu… walaubagaimanapun orang melayu tidak sanggup untuk berubah dan menjadi kuasa ekonomi…apakah orang islam ini terlalu bodoh dan terlalu manja….apa yang kami utarakan disini memang pahit… namun secara logiknya kebenaran memang pahit untuk diterima…

Kita lihat diari harian seorang melayu yang kami ambil berdasarkan pemerhatian..kami sendiri..

6.30 pagi = selepas solat subuh ..pergi kerja.

7.00 pagi = dah siap “punch card”… sarapan pagi roti telur dan the tarik di kedai mamak sambil baca surat khabar yang dibeli di sebuah kedai serbaneka 24 jam

8.00 pagi =masuk opis kerja , kerja,kerja dan ngumpat dan tikam belakang dan lain lain lagi.

10.15 pagi =banyar duit motor dan insuran kat kedai Ah Chai….Motor bersebelahan dengan PUTRA Bike…milik bumiputera.

1.00 tgh = oleh kerana cukup bulan makan nasi kandar… kat hujung bangunan.

2.00 ptg =sebelum masuk opis singgah ke kedai serbaneka yang bersebelahan dengan kedai runcit Ahmad untuk beli reload.

5.00 ptg =Abis kerja…. Sebab jalan jem…gi minum dulu kat kedai mamak.

7.30 ptg =Sampai rumah tengok kepala paip rosak dan beras pun dah habis.. so pergi ke Kedai Runcit Letchumi..bersebalahan dengan kedai hardware Rahim beli barang.

Bila tengok diari ini kami terpikir dimana hak-hak saudara islam
kita….

Dimana perginya kedai makan Pak usu, kedai kopi Pak Mat,
dimana perginya kedai motor azhar, dimana perginya syarikat
insurans takaful ,dimana kah kita dalam membantu saudara kita…

ya memang dari segi kualiti perkhidmatan mungkin orang kita
banyak yang kurang….tetapi apa salahnya bagi teguran dan
sokongan kepada mereka….hina sangatkah peniaga melayu
ini…yang peniaga pun satu hal pulak… awat hangpa tak mau
ambik….stok dengan orang kita… awat hangpa tak mau juai Ayam
Kita, Mee Ibu, Mee Segera fathiah , Ubat Gigi Mukmin… hang pa
pun tak mau tolong orang hangpa sendiri… “orang lain” lagi
lah…..

Sesungguhnya kita akan ditanya apabila kita mati kelak kemana harta kita dibelanjakan…. Adakah kita belanja untuk mengembalikan maruah umat islam atau kita berikan kepada “orang lain” supaya mereka dapat bermegah dan memijak kepala kita… mempersoalkan mahkamah syariah, memaksa anak-anak kita apabila hendak berkerja dengan mereka maka tudung harus ditanggalkan…

Sampai bila kita nak bermegah dengan hasil dari kejayaan kita tidak membantu saudara kita…. Sampai bila kita nak bermegah dengan menghancurkan bangsa sendiri…

sampai bila kita nak bermegah apabila anak-anak kita ditidakkan haknya dalam membangunkan Negara…

sampai bila kita nak bermegah dengan kereta Ferarri yang kita ada sedangkan saudara kita hanya mepunyai basikal… s

ampai bila.. ayuh ..bangunlah lah bangsaku….usahlah kau berfikir untuk mengubah dunia tetapi pikirlah bagaimana nak mengubah dirimu sendiri membantu saudara-saudara mu.

Hasrat kami bukan nak berkempen tetapi kalau kita tak tolong bangsa kita adakah “cha ya nun alif” nak tolong… kita dah dapat lihat selepas tsunami politik, apa yang berlaku.. apakah kita rabun atau tuli dalam mendengar rintihan saudara kita….

Ingatlah saudara-saudaraku….. tanpa perpaduan, tanpa kesatuan, dan tanpa pengorbanan kita akan kekal sebagai bangsa yang akan diperkotak-katikkan….

Ketepikan fahaman politik untuk mendapatkan kuasa…tetapi politik yang akan membela agama, bangsa dan negara…haruslah kita pertahankan..

Jangan jadi seperti “Puppet Minister” yang pernah wujud di Perak..”Orang lain” yang hilang kuasa orang lain yang baring dijalan raya tetapi jadilah seperti Tun Perak…yang bijak merencanakan…hingga Melaka menjadi kuasa dunia.

Sesungguhnya kebaikan yang saudara-saudara lakukan mungkin hasilnya tidak dapat dilihat sekarang tetapi Sesungghnya Allah s.w.t Maha Adil dan Maha Mengetahui.. serta Maha Penyayang maka keberkatannya pasti ada.

DARI
SUARA BARU PEMUDA kAPAR

No comments:

Post a Comment