Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang
Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Thursday, August 13, 2009

ISU ARAK di selangor .. lakonan permatang pasir pun bermula


Selepas 5 hari membisu akhirnya YB Hassan Ali telah membuka mulut... saya tidak pasti kenapa setelah 5 hari baru nak kuar statment... saya menyokong arak di banned dari Bumi Shah Alam.. tetapi isu nya kenapa lambat sangat.. adakah ini permainan politik di permatang pasir. Sebagai seorang islam saya amat bersetuju arak dikeluarkan dari Shah Alam...adakah Hassan Ali akan menjadi jaguh untuk mengembalikan maruah PAS yang telah lama tercalar oleh DAP.

Kita lihat selepas berlakunya rentetan MBSA.. maka berduyun -duyun sumpah seranah yang dikeluarkan oleh DAP... termasuk oleh Umar Abdul Aziz di Penang. apakah PAs suadah menyedari bahwa sifat tiada telur yang dimiliki mereka menjadikan meraka merupakan liabiliti oleh pakatan Haram jadah.. ..

Kalo dah setia pada perjuangan .. tarik diri keluar diri pakatan haram jadah bukannya setakat melukut di tepian gantang. Pendapat Saya kalo salah tolong betulkan..

Dan kalo Hassan ALI gentelmen.. betula-betul nakkuarakan arak dari shah alam.. turunlah 14/8/2009 di seksyen 6

Tuesday, July 21, 2009

mELAYU OH mELAYU

Berniaga adalah salah satu perkerjaan yang telah dijamin akan mendapat rezeki. Malahan Rasulullah S.A.W juga telah bersabda bahawa 9/10 sumber rezeki adalah dari perniagaan .

Dari sekecil kecil perniagaan menjual guli hinggalah perniagaan yang bernilai jutaan ringgit.

Ramai yang teringin dan yang telah memasang angan-angan untuk berniaga namun kebanyakkan yang ingin berniaga hanya untuk mencari duit namun ramai dalam berniaga lupa untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Dalam pada itu ramai juga yang mula berniaga dengan menjadikan politik sebagai landasan bukan tak boleh tetapi adakah dengan cara itu politik akan terjamin dan kebajikan umat islam akan terperlihara. Dewasa kini ramai yang makin terupa atau lalai.

Apa yang difikirkan hanyalah duit semata-mata hinggakan perjuangan juga boleh dijual beli dengan wang ringgit.

Maka dengan itu ramai yang beranggapan dengan platform politik atau jawatan dalam politik banyak peluang perniagaan yang menanti, makin besar jawatan , makin besar projek yang bakal diperolehi, kami di Suara Baru tidak dapat memberikan jawapan..tepuk dada tanya selera

Namun itu bukanlah yang akan kami bincangkan pada keluaran kali ini. Suara Baru kali ini ingin membawa para pembaca sekalian untuk merenung perspektif jatidiri pengguna islam.

Kami merasakan bahawa tidak dapat dinafikan sekali banyak peluang –peluang perniagaan yang boleh orang melayu buat, nak berniaga apa pun sebenarnya orang melayu memang boleh buat itu tak dapat dinafikan lagi.. namun mencari yang halal adalah fardhu bagi Umat Islam.. adakah melayu sudah lupa akan manisnya keberkatan.

Selama ini kerajaan tidak pernah mengabaikan orang melayu.. untuk menjadi bangsa yang berjaya namun sikap dan mentaliti orang melayu amat sukar diubah.

Agensi pinjaman banyak membantu Mara, JPA, Tekun dan banyak lagi. Namun ibarat susu diberi, Tuba dibalas. Kerana apa kami berkata demikian.. pinjaman tersebut tidak cuba dibayar….atau diselesaikan.

Kalau yang betul tak mampu tak apa… tetapi.. bagaimana yang berkereta besar, Business besar dan ada yang kata semuanya besar tetapi tidak mampu membayar balik pinjaman.

Ini menyukarkan kerajaan untuk membantu orang lain pulak… sebab itu kami katakan melayu dah lupa… dulu susah bila senang depa dah lupa…. Dulu susah… kerajaan bagi pinjaman dah berjaya dah jadi engineer,dah jadi berpelajaran, dah jadi pengarah urusan Syarikat GLC… yang dibina atas Dasar Ekonomi Baru…telah terlupa…bahawa itulah dasar yang telah memberikan kejayaan padanya.. kerana apa….kerana perjuangan dalam politik dinilaikan dengan wang ringgit.

Bebalik kepada bantuan yang telah diberikan… yang peliknya sokongan dan bantuan dari peniaga melayu dan pengguna melayu sendiri amat lemah.

Betapa teruknya minda melayu dijajah hinggakan keluaran bangsa sendiri pun tak dapat dibanggakan… usah kita bercerita tentang Proton atau Suria KLCC tetapi cuba kita renungkan dimana kita nak cari… Mee Berjenama IBU yang dibuat oleh orang islam, mee Bandung segera , Coklat yang dibuat oleh orang Islam, Susu, dan banyak lagi termasuk lah dari aspek perkhidmatan,… makan dikedai mamak, insurans, peguam dan sebagainya lagi termasuk juga agensi perlancongan…

kenapa pengguna dan peniaga melayu sendiri yang menidakkan orang melayu… orang melayu begitu mudah diperlekehkan…hanya dengan wang ringgit… hanya dengan murah seringgit tetapi memudaratkan kita sanggup menyerahkan wang hasil titik peluh kita atau nenek moyang kita kepada orang lain…maksud kami orang bukan melayu….

Kami ambil contoh di sebuah kampong melayu…. Kedai runcit “orang lain” begitu laris, dikampong “orang lain”.. kedai runcit “orang lain” juga yang laris kenapa….? Kami biarkan kepada para pembaca berfikir sendiri…. Apa yang tidak kena….

Sepatutnya apabila umat islam adalah majoriti di Negara ini.orang islam yang menjadi teras kekuatan Malaysia….. kami ulangi disini…..kita yang patut jadi teras kekuatan ekonomi di Malaysia….

Tidak ada dasar kerajaan yang tidak membela orang melayu… walaubagaimanapun orang melayu tidak sanggup untuk berubah dan menjadi kuasa ekonomi…apakah orang islam ini terlalu bodoh dan terlalu manja….apa yang kami utarakan disini memang pahit… namun secara logiknya kebenaran memang pahit untuk diterima…

Kita lihat diari harian seorang melayu yang kami ambil berdasarkan pemerhatian..kami sendiri..

6.30 pagi = selepas solat subuh ..pergi kerja.

7.00 pagi = dah siap “punch card”… sarapan pagi roti telur dan the tarik di kedai mamak sambil baca surat khabar yang dibeli di sebuah kedai serbaneka 24 jam

8.00 pagi =masuk opis kerja , kerja,kerja dan ngumpat dan tikam belakang dan lain lain lagi.

10.15 pagi =banyar duit motor dan insuran kat kedai Ah Chai….Motor bersebelahan dengan PUTRA Bike…milik bumiputera.

1.00 tgh = oleh kerana cukup bulan makan nasi kandar… kat hujung bangunan.

2.00 ptg =sebelum masuk opis singgah ke kedai serbaneka yang bersebelahan dengan kedai runcit Ahmad untuk beli reload.

5.00 ptg =Abis kerja…. Sebab jalan jem…gi minum dulu kat kedai mamak.

7.30 ptg =Sampai rumah tengok kepala paip rosak dan beras pun dah habis.. so pergi ke Kedai Runcit Letchumi..bersebalahan dengan kedai hardware Rahim beli barang.

Bila tengok diari ini kami terpikir dimana hak-hak saudara islam
kita….

Dimana perginya kedai makan Pak usu, kedai kopi Pak Mat,
dimana perginya kedai motor azhar, dimana perginya syarikat
insurans takaful ,dimana kah kita dalam membantu saudara kita…

ya memang dari segi kualiti perkhidmatan mungkin orang kita
banyak yang kurang….tetapi apa salahnya bagi teguran dan
sokongan kepada mereka….hina sangatkah peniaga melayu
ini…yang peniaga pun satu hal pulak… awat hangpa tak mau
ambik….stok dengan orang kita… awat hangpa tak mau juai Ayam
Kita, Mee Ibu, Mee Segera fathiah , Ubat Gigi Mukmin… hang pa
pun tak mau tolong orang hangpa sendiri… “orang lain” lagi
lah…..

Sesungguhnya kita akan ditanya apabila kita mati kelak kemana harta kita dibelanjakan…. Adakah kita belanja untuk mengembalikan maruah umat islam atau kita berikan kepada “orang lain” supaya mereka dapat bermegah dan memijak kepala kita… mempersoalkan mahkamah syariah, memaksa anak-anak kita apabila hendak berkerja dengan mereka maka tudung harus ditanggalkan…

Sampai bila kita nak bermegah dengan hasil dari kejayaan kita tidak membantu saudara kita…. Sampai bila kita nak bermegah dengan menghancurkan bangsa sendiri…

sampai bila kita nak bermegah apabila anak-anak kita ditidakkan haknya dalam membangunkan Negara…

sampai bila kita nak bermegah dengan kereta Ferarri yang kita ada sedangkan saudara kita hanya mepunyai basikal… s

ampai bila.. ayuh ..bangunlah lah bangsaku….usahlah kau berfikir untuk mengubah dunia tetapi pikirlah bagaimana nak mengubah dirimu sendiri membantu saudara-saudara mu.

Hasrat kami bukan nak berkempen tetapi kalau kita tak tolong bangsa kita adakah “cha ya nun alif” nak tolong… kita dah dapat lihat selepas tsunami politik, apa yang berlaku.. apakah kita rabun atau tuli dalam mendengar rintihan saudara kita….

Ingatlah saudara-saudaraku….. tanpa perpaduan, tanpa kesatuan, dan tanpa pengorbanan kita akan kekal sebagai bangsa yang akan diperkotak-katikkan….

Ketepikan fahaman politik untuk mendapatkan kuasa…tetapi politik yang akan membela agama, bangsa dan negara…haruslah kita pertahankan..

Jangan jadi seperti “Puppet Minister” yang pernah wujud di Perak..”Orang lain” yang hilang kuasa orang lain yang baring dijalan raya tetapi jadilah seperti Tun Perak…yang bijak merencanakan…hingga Melaka menjadi kuasa dunia.

Sesungguhnya kebaikan yang saudara-saudara lakukan mungkin hasilnya tidak dapat dilihat sekarang tetapi Sesungghnya Allah s.w.t Maha Adil dan Maha Mengetahui.. serta Maha Penyayang maka keberkatannya pasti ada.

DARI
SUARA BARU PEMUDA kAPAR

Tuesday, June 16, 2009

Program Pemuda Turun Padang (Cawangan Sungai Pinang Dalam)
















Sungai Pinang Dalam: 14/06/2009.





8.00 pagi
Program Gotong Royong Pergerakkan Pemuda UMNO Cawagan Sungai Pinang Dalam di Tanah Perkuburan (lama) Kampung Sungai Pinang.Program ini diketua oleh Ketua Pemuda Cawangan merangkap Setiausaha Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar Saudara Sharul Nizal Ali dan disertai oleh ahli-ahli Pemuda Cawangan. Program ini bermula jam 8.00 pagi dengan menggunakan 4 buah mesin rumput sandang kerja-kerja ini siap dalam masa 1 jam kemudian. "program ini adalah aktiviti yang sentiasa dijalankan oleh Pemuda untuk menjaga kebersihan dan keindahan Kawasan tersebut. Tanah Pekuburan Lama ini harus dipelihara kebersihannya kerana ia teletak di tepi Jalan kapar yang menjadi laluan utama, Tapak ini adalah tapak lama sebelum Tanah perkuburan bepindah ke Batu Belah' kata Ketua Pemuda. Ketua Pemuda juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Pemuda yang menyumbang bakti dalam menjayakan program ini.





Friday, April 24, 2009

Satu perbincangan...mari sertai Kemukakan Pendapat Anda

Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal
KUALA LUMPUR 23 April – Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat semalam turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.
Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.
‘‘Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.
‘‘Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab,’’ katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.
Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran.
Beliau juga telah membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap tiga kanak-kanak terbabit di Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, tindakan Mohd. Ridzuan itu dibantah oleh ibu kanak-kanak berkenaan, M. Indira Ghandi, 35, yang mahukan anak- anaknya kekal dengan agama Hindu.
Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata, walaupun Kabinet telah membuat keputusan, kerajaan tetap bersedia mendengar pandangan rakyat sekiranya mereka berpendapat langkah terbaru itu mempunyai kelemahan.


* Saya merasa langkah sebegini banyak kelemahan yang harus diperbaiki, sebagai contoh mungkin perlu ada pertimbangan yang lain ....saya harap saudara paham. mungkin dari segi pendapatan,... saya rasa mungkin satu akta baru atau satu perudangan baru yang lebih comprehensif sekiranya kes ini nak dibincangkan di mahkamah sivil....

* yang ganas sekali.....ialah. artikel 153 dan artikel lain yang berkaitan masih diguna pakai atau tidak...

Friday, March 6, 2009

Yoga,yogi yogu

Asaslammualaikum, selepas menoton buletin utama semalam saya amat beras pelik dengn soalan yang ditanyakan oleh seoarang ahli parlimen islam...tentang pada pendapatnya yoga tidak haram...dan kalo boleh diteruskan... namun pertanyaan beliau tepaksa disanggah oleh bekas imam masjid negara kerana beberapa faktor dan fakta yang diberikan salah.....

sekarang pkkanlah .... siapa yang sekarang memenuhi bulan...adakah ulamak ataupun endorgan... pada pendapat saya... ULAMAK BOLEH JADIK PROFESSIONAL..TETAPI PROFESSIONAL BELUM TENTU BOLEH JADIK ULAMAK.. dan apabila professional cuba bercakap seperti ulamak sudah tentulah banyak kacau bilau yang akan berlaku....

Selain itu juga sudah tentu JAKIM dan Majlis Ulamak Malaysia sudah berbincang dengan lebih teliti sebelum memfatwakanya sebagai haram....

Begitu jugalah dengan penggunaan Nama Allah s.w.t dalam bible...../agama lain... sudah tentu jjabatan agama islam, majlis ulamak, dan jakim sudah meneliti tentang perkara ini dan oleh kerana itu bagi mengelakkan kecelaruan ... maka penggunaan Allah s.w.t tidak dibenarkan sama sekali dalam agama lain..

Kita harus sedar... sekiranya harta kita nak digunakan oleh orang lain mesti ada sebabnya... dan kita haruslah mengkaji dan berfikir seperti meraka.. baru kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku,. bak kata bijak pandai....untuk menangkap pencuri maka kita haruslah berfikir seperti pencuri... barulah kita tahu apa tindakan seterusnya.

sekian,

assalammualaikum,

Sesungguhnya yang baik dalam penulisan saya ini semuanya dari Allah s.w.t dan yang buruk dan tidaka baik itu berpunca dari kelemahan saya sendiri. sekian
Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

Thursday, February 26, 2009

BERSATU ISLAM, BERSATU MELAYU... AYUH SAUDARAKU BANGUN........

perjuangan gap dan kamu untuk menentang usaha MURTAD kini semakin bernyawa. peristiwa demonstrasi pada tahun 1994 selepas solat jumaat di masjid negeri shah alam kini mendapat rentak perjuangannya semula. mungkin ramai yang lupa dan gap cuma mahu mengembalikan nostalgia demonstrasi 1994 itu adalah berkenaan dengan isu murtad.
sebelum itu gap cuma mengenali saudara zulkifli nordin melalui 'kaset-kaset' ceramahnya. rakan-rakan gap meggunakan kaedah 'passing the tape' untuk membakar semangat.
hartina binti hj kamarudin telah menggemparkan umat satu ketika dulu. asalnya anak puaka ini beragama islam namun hasil perkenalannya dengan seorang anak hindu bernama rajeswaran, beliau kini menyembah patung krishna. bapanya hj kamarudin yang terlibat mempertahankan akidah hartina telah dilokap selepas kes pergaduhannya dengan kumpulan anak indu ini.
aishah bukhari wanita bertudung. lulusan akauntasi daripada ITM. namun cintanya pada seorang pemuda serani telah menyebabkan aishah terjebak dalam situasi konflik. memilih antara cinta dan akidah. benarlah sabdaan nabi saw ' di akhir zaman tahap tirisan iman umat umpama kulit bawang. pada paginya beriman dan boleh berubah menjadi kafir pada waktu petang'.. aishah bukhari memilih akidah kristianiti sebagai bukti cinta pada pemuda serani.
aishah dimurtadkan oleh lennet teoh hui leong seorang peguam kristus berbangsa cina. pada 28nov 1997 di mahkamah tinggi malaya lennet telah berhujah ' saya lennet teoh hui leong telah dilantik oleh aishah bukhari untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk nur aishah menolak dan meninggalkan agama islam'...
peguam lahanat ini juga telah memberitahu mahkamah dalam kenyataannya 'saya lennet teoh percaya aishah bukhari sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. saya peraya tindakan ibu bapanya,abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar HAK KEBEBASAN aishah bukhari menganut agama pilihannya iaitu kristian katolik'.
ini adalah sebahagian daripada kes-kes murtad yang berprofil tinggi. tidak termasuk kes pemurtadan azalina jailani atau lebih popular dengan nama lina joy,kes mohamad syazani yusof, suzi teoh (atau nama islamnya nur aini),mohamad ya/isteri dan konco-konconya,ayah pin dan puluhan ribu umat islam/melayu yang kini bergerak secara senyap mengamalkan kepercayaan karut selain islam.INI ADALAH BAHANA ARTIKEL 11.
selama tiada ada usaha dan keberanian yang jelas dapat ditunjukkan mana-mana ahli politik dan parti daripada kabilah melayu untuk tampil secara jelas menyelesaikan isu ini secara muktamad. sekadar bercerita di rostrum taman melewar merupakan permainan biasa daripada pas. umno pernah memiliki seorang menteri di JPM bertaraf hipokrit satu ketika dahulu. sewaktu kes aishah bukhari sedang memuncak panas, menteri di jabatan perdana menteri dato dr hamid othman apabila ditanya oleh wartawan pendapatnya tentang isu aishah, dengan selamba dia menjawap ' dah cinta, nak buat macamana' ! pada waktu itu gap telah memaki hamunnya di depan tv disaksikan oleh kedua mak bapak aku !
itu perkara sudah berlalu. 3 hari lepas umat islam diajak untuk menyaksikan CUBAAN menghentikan isu murtad ini dilakukan di tempat yang sepatutnya ia bertarung, di dewan rakyat. selama 50 tahun sejak merdeka kita menunggu hari yang penuh bersejarah ini! MASA MENGHENTIKAN IGAUAN ARTIKEL 11 SUDAH TIBA. kini pejuang anti murtad sudah menyatakan kesediaannya untuk bertarung di dewan rakyat.
pejuang anti murtad ini adalah zulkifli nordin ahli parlimen kulim bandar baharu, yang menang bertanding di atas tiket pkr. untuk pengetahuan kamu , zulkifli nordin merupakan bekas ahli umno bukit bintang. sewaktu pergeserannya dengan kepala munafik anwar ibrahim beberapa bulan lalu berkenaan dengan demonstrasi anti murtad di depan bangunan majlis peguam, beliau telah meninggalkan satu nota penting di pejabat kepala munafik anwar ibrahim. nota itu menyebut akan perjuangan beliau meletakkan islam adalah segala-galanya ' i am a muslim first and party second' ... satu surat 'rahsia' tanpa tarikh pun telah diserahkan.
hari ini zulkifli nordin memerlukan sokongan kita. ya kamu yang membaca artikel ini. samada kau umno,pas,pkr,anti anwar,anti najib,anti paklah,pro kairy,pro mukriz,pondan,kaki mabuk,lesbian,bekas perogol,banduan,bohsia,bohjan,pelacur,gro,kaki magnum,kaki suutt,minah zouk,kaki spa,kaki shuffle,liverpool fc,MU fc,bangla fc,bloger hatta mangkuk hayun yang baring atas jalan depan masjid ubudiyah di kuala kangsar tempoh hari....AKU MENGAJAK KAMU UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA ZULKIFLI NORDIN BERJUANG DI PARLIMEN KELAK !
lupakan sengketa politik, berdasarkan maklumat kami, ini akan menjadi titik tolak kepada persetujuan 'gabungan partai politik melayu' yang sedang berlangsung secara sulit ketika ini.
usul anti murtad insyaallah akan menyelamatkan akidah anak cucu cicit kita di masa depan nanti.
usul ini telah membuatkan anwar bin ibrahim semakin tertekan. semalam atas arahan beliau 'majlis perundingan antara agama' telah dilaksanakan di penang secara ad-hoc. zulkifli nordin akan menjadi salah seorang 'agen' penting perpaduan terbesar dua parti melayu, lagi seorang ...
sila berikan sokongan moral kepada zulkifli nordin. ingat kita pada saat ini sedang mengulangi peristiwa yang sama pernah dialami oleh khalifah islam pertama saidina abu bakar as siddiq r.a, selepas kewafatan nabi saw ujian pertama abu bakar r.a adalah ar-riddah atau isu murtad ! jadikan diri anda sebahagian daripada sejarah yang bakal dicipta. ingat wahai saudaraku, segala dosa apa pun akan diampunkan oleh ALLAH SWT MELAINKAN SYIRIK (MURTAD) !
sila berikan sokonga anda di sini !
http://zul4kulim.blogspot.com/2009/02/parlimen-iii-usul.html
(harap maklum segala usul zulkifli nordin gap terima kecuali isu hindraf ) ..zulkifli nordin, aku gap telah mengotakan janji aku untuk memberikan sokongan kepada kamu. teruskan perjuangan mulia ini.
mungkin ramai yang tertanya mengapa tajuk artikel gap ini ada disebut nama seorang inspektor polis TAHA KALU ? inspektor taha kalu telah menanggalkan uniformnya sebagai anggota polis dan menyertai ribuan umat melayu berarak dan berdemonstrasi di mahkamah singapura pada tahun 1950 membantah pemurtadan NATRAH ! 11 orang telah syahid pada hari penuh bersejarah tersebut. dr burhanudin al helmi telah disumbat ke penjara...
soalan aku aka GAP ? adakah anda sanggup menjadi seperti mereka ?

Friday, February 6, 2009

Ayuh Bangsaku tegakkan Agamamu....Allahuakbar!!!

Assalammualaikum,

saya mengesyorkan supaya seluruh UMAT ISLAM ..... agar bangkit mempertahankan DYMM SULTAN PERAK... DAN SELURUH SISTEM KESULTANAN MELAYU ISLAM... YANG MERUPAKAN PAYUNG KEPADA AGAMA ISLAM DI MALAYSIA....SESUNGGUHNYA TAATILAH PEMERINTAHMU SELAGI MEREKA TIDAK MENYURUHMU KUFUR KEPADA ALLAH S.W.T... ALLAHHUAKBAR....

dan sedarlah wahai bangsaku..... ini kita adalah bangsa melayu islam ... yang beradat, beragama, dan mempunyai tatasusila........

yang derhaka...lucutkan segala kelebihan mereka......

YANG BENAR
SAIFULISLAM
WARGA UMNO DUN SUNGAI PINANG
MERANGKAP RAKYAT NEGERI SELANGOR.........