Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Monday, June 21, 2010

MASA UNTUK UMNO BANGKIT MELAWAN


Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit menyerang balas pembohongan pembangkang bagi mengelak rakyat terus terpesong dengan pembohongan mutlak pihak lawan.

Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya untuk menyerang balas kerana seperti permainan bola sepak Piala Dunia, UMNO dan BN tidak boleh bertahan semata-mata, akhirnya benteng pertahanan mungkin ‘bocor’ juga.

Beliau menegaskan, pakatan pembangkang memang pandai berbohong dan putar alam bagi mempengaruhi rakyat supaya memandang buruk kepada UMNO dan BN.

“Pihak satu lagi (pembangkang) memang pakar pusing cerita, hanya 10% ceritanya betul, malah kadang kala 2% saja ceritanya, tetapi dihebahkan seolah-olah cerita itu besar.

“Mereka (pembangkang) gunakan permainan persepsi untuk kepentingan politik mereka, masalahnya bukan kerana UMNO tidak baik, bukan kerana BN tidak baik, bukan UMNO dan BN tidak banyak berjasa kepada negara, tetapi memburukkan persepsi adalah mainan politik mereka.

“Jika dulu tak perlu kita lakukan perkara ini (perbetulkan persepsi), dulu (pentingkan) soal pembangunan saja… sekarang ni politik mesti perbetulkan persepsi.

“Kalau kita beri peruntukan saja tak cukup, kita beri peruntukan kepada sekolah Cina pun tak cukup, sebab akibat persepsi ada lagi yang tak puas hati. Jadi kita kena betulkan persepsi ini, buat serangan balas macam pasukan Piala Dunia.

“Suasana politik kini berbeza, janganlah guna cara lama, orang lain guna cyberspace, kita kena buktikan kita lebih cekap daripada mereka kerana kita benar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan UMNO Bahagian Bagan Datoh, di sini, hari ini.

Presiden UMNO itu berkata, UMNO ini sudah lama dan lumrahnya ‘barang lama’ sukar untuk dijual dan dihidangkan kepada ramai sebagai menarik dan bagus.

Beliau berkata, di dalam keadaan begitu cabaran kepada ahli dan pemimpin adalah memikirkan cara ‘barang lama’ boleh dilihat ramai sebagai sesuatu yang sangat menarik dan mendapat sokongan.

“UMNO sendiri mesti menggunakan pendekatan atau metadologi terkini dalam menangkis pembohongan itu serta supaya rakyat melihat parti itu cekap, dinamik dan segar.” -MediaUMNO


http://umno-online.com/?p=11395

Saturday, June 19, 2010

Makluman G2

Makluman, Kepada Semua AHLI Pergerakkan Pemuda UMNO Kapar yang layak dan berminat menawarkan diri bertanding G2 dijemput mendaftarkan diri di Pejabat UMNO Bahagian KAPAR pada 24-26 JUN 2010. (Waktu Pejabat)

Maksud tersirat ramai yang tak paham?

Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti
dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.

"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (
Malaysian Insider, 17 Jun 2010).


1. Saya akui yang pemikiran saya belum matang seperti yang didakwa oleh Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.

2. Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti.

3. Tetapi orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih.

4. Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihanraya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.

5. Yang baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar.

6. Dilihat daripada segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah.





7. Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus.

8. Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus.

9. Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.

10. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan.

11. Dan tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Dikalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar.

12. Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran.