Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Tuesday, March 30, 2010

Kener Londeh Lagi ahhahahh

Datuk Yang di-Pertua,
FITNAH MENFITNAH
Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit".
Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin.
Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan kerja ini pun di putar belitkan fakta untuk mencapai matlamat agenda poltitik orang dan kumpulan tertentu.
Fakta di forum CSIS adalah wartawan Malaysiakini dari San Francisco sahaja yang berada di forum CSIS pada hari tersebut tetapi laporan dengan putar belit fakta dengan serangan peribadi yang tidak berasas tidak diterbitkan di Malaysiakini tetapi di portal lain. Selepas sehari dua barulah terbitkan di dalam Malaysiakini lebih kurang sama dengan apa yang di laporkan di dalam portal tersebut tetapi tanpa serangan pribadi.
Lawatan kerja kami untuk satu tujuan sahaja iaitu untuk memulihkan perhubungan antara USA dengan Malaysia dari segi diplomatik dan trade supaya Malaysia boleh memulakan better diplomatic and trading relationship dengan izin. YB Padang Regas tidak menfitnah sesiapapun dan semasa beliau menjawab soalan dengan fakta bila satu soalan ditimbulkan oleh representative Amesty International mengenai kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, YB Permatang Pauh. YB Padang Regas menyatakan dengan terus terang bahawa YB Permatang Pauh adalah sahabat baik beliau dan conscience beliau tidak membenarkan beliau menfitnah sahabatnya dan kes ini adalah antara majikan dan perkerja, dan laporan polis telah dibuat oleh pekerja. Jikalau tiada tindakan diambil, maka pihak pekerja akan menuduh kerajaan tidak adil.

Dalam fakta ini, saya amat kesal dengan tindakan yang tidak bertangungjawab dan untuk menjejaskan kepentingan negara dengan laporan tertentu. Kemungkinan matlamat pihak tertentu mahu menjahanamkan negara. Saya minta maaf bahawa saya tidak boleh memainkan peranan senyap lagi dalam keadaan yang amat jelas dimana fakta-fakta diputar belitkan oleh spin doctor dengan izin dan membenarkan mereka mencemarkan imej negara dengan agenda sempit yang didorong oleh motif memengtingkan diri semata-mata.
Tugas utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk mempertahankan kepentigan rakyat dan act as a check and balance against the government of the day in the interest of the people, dengan izin, dan bukan untuk memutar belit fakta untuk menjejaskan imej dan kepentingan negara tanpa mengambilkira samada peranaan YB Padang Regas adalah benar atau tidak. Sebagai Ahli Parlimen saya mesti memihak kepada fakta dan bukan personaliti.
Dato Yang DiPertua
The Little Napoleons
Tetapi saya amat sedih apabila beberapa Little Napoleons di sebelah sini menyoal kedudukan saya dalam mesyurat rasmi kenapakah saya dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai ahli untuk lawatan kerja di Amerika baru-baru ini dan kenapa mereka tidak dipilih. Saya tahu Little Napoleons dan Ahli-Ahli YB dari PAS dan DAP pun pernah dipilih sebagai ahli lawatan kerja dengan Menteri-Menteri atau Sepaker ke Parlimen atau kerajaan negara lain. Saya tidak pernah mempertikaikan perlantikan mereka kerana saya tidak ada perasan cemburu walaupun Little Napoleons tersebut sideline saya dan has classified me as a junior MP. Walaupun saya tidak bersetuju dan saya tidak pernah mempertikaikan YB Batu, YB Bukit Lanjan dan YB Macang apabila mereka telah dilantik untuk “to chase after Ahli Parlimen BN di Taiwan to cross-over” walaupun tiada hasil. Saya telah menerima hakikat bahawa saya adalah amat junior dan Little Napoleons inilah amat senior yang amat hebat dalam peranan mereka di Parlimen dan politik di negara.
Ada Little Napoleons yang pintar sedikit, mereka yang melemparkan batu sembunyikan tangan.
September 16
Saya juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleons. Isu-isu yang dibangkitkan mengenai dengan September 16 atau isu-isu yang lain di Dewan yang Mulia ini atau di luar tidak dijawab langsung. Jawapan mereka adalah serangan pribadi “in the hope that all will be well and the public will be fooled again”. You can fool some of the people some of the time but not all the people all the time, my Little Napoleons. Little Napoleons, nasihat saya adalah: If you have no answers to what have been said In and ot of Parliament just hide under the saying “SILENCE IS GOLDEN’.
Saya juga berharap bahawa the Little Napoleons disebelah sini jangan memaksakan saya untuk membongkarkan politics of deceit, politics of expediencies mereka dengan izin dan politik cakap tak serupa bikin.
Dengan ini saya berharap these Little Napoleons berhentikan kegiatan politik kotor mereka untuk satu tujuan semata-mata iaitu “POLITICS OF EXPEDIENCY” and “PUTRAJAYA AT ALL COSTS”, dengan izin.
Terima kasih
YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju)

****Perlu diingat bahawa YB Wee Choo Keong adalah Ahli Parlimen yang mewakili PKR. Beliau adalah seorang ahli politik veteran, yang sama batch dengan DSAI. Beliau juga adalah bekas kepimpinan DAP, sehingga menjawat jawatan Ketua Penerangan DAP Pusat. Pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang sehingga dibatalkan kemenangannya oleh Mahkamah pada tahu 1995. Pada tahun 2008, beliau bertanding atas tiket PKR di Parlimen Wangsa Maju walaupun sebenarnya beliau masih lagi Presiden Parti Demokratik Malaysia (MDP).

dari Blog http://zul4kulim.blogspot.com/

Friday, March 26, 2010

Mamat ni ingat di Allah ker..? Nizar Kluk Klek

Umno juga pertikai keputusan mahkamah - Nizar
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Umno tidak perlu menyalahkan rakyat sekiranya mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin(gambar) berkata, Umno sendiri pun seolah-olah mengajak rakyat mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam isu kalimah 'Allah'.

"Saya sendiri berasa pelik, apabila Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan bahawa suatu akhbar (mingguan The Herald) boleh menggunakan kalimah Allah, tak lama selepas itu seolah-olah wujud suatu usaha untuk tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah," ujar beliau semasa membahas Titah Diraja di Dewan Rakyat, malam tadi.

"Ia menggambarkan seolah-olah Umno juga membantah keputusan mahkamah seperti di Mahkamah Persekutuan."

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Perak pada era Pakatan Rakyat merumuskan bahawa Umno juga seolah-olah mengajak rakyat supaya tidak sebulat-bulatnya bersetuju dengan keputusan yang di buat di mahkamah.

Tambah beliau lagi, Umno juga sama ada sedar atau tidak sebenarnya sedang mendidik rakyat supaya menentang keputusan mahkamah yang dianggap tidak memberi kepentingan politik kepada mereka.

Disebabkan keputusan mahkamah yang acapkali dipertikai kerana oleh rakyat, Pakatan Rakyat dan Umno sendiri, beliau berkata, negara juga akhirnya turut mendapat impak berantai yang negatif.

Maka, beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, sindrom pelabur meninggalkan negara berlaku dalam skala yang membimbangkan.

Ujarnya lagi, mereka tidak mahu melabur di Malaysia, khususnya di Perak mungkin disebabkan mereka tidak percaya dengan tahap integriti dan kebebasan mahkamah di Malaysia.

Dari maklum balas oleh beberapa pelabur asing yang ditemui di United Kingdom, beliau berkata, dunia luar belakangan ini berasa sangsi dengan institusi kehakiman negara.


Hatta, menurut beliau, sekiranya berlaku pertelingkahan dalam dunia korporat, pelabur-pelabur asing terbabit tidak rela membawa kes mereka ke mahkamah tempatan.

Sebaliknya, menurut beliau, mereka yang terbabit lebih rela membicarakan kes masing-masing di luar negara, termasuk di Singapura.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya memulihara semula tahap integriti dan kebebasan mahkamah tempatan kerana dengan berbuat demikian sekaligus menggalakkan pelabur asing kembali berlabur di Malaysia.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25708:umno-juga-pertikai-keputusan-mahkamah-nizar&catid=1:utama&Itemid=50

Wednesday, March 24, 2010

character Assasinantion Oleh konco Nuaq

Dato Ibrahim terkejut terhadap satu penipuan fitnah terhadap beliau oleh YB Machang Saifuddin Nasution Setiausaha Keadilan yang mendakwa presiden perkasa mempunyai saham judi didalam syarikat Ascot Sports Kepunyaan Vincent Tan.

Kenyataan ini telah diterbitkan pada 23Mac 2010 Oleh Salhan K Ahmad, penulis dajal ini wujud atau pun sekadar permainan politik PR kita tidak tahu didalam Malaysia Kini.

Dato Ibrahim Ali bersumpah dgn nama Allah SWT, Wallahi, Wabilahi, Watallahi dan sedia junjung Quran Bila2 masa untuk membuktikan ini semua fitnah serta tidak terlibat, ada kiatan, tidak ada saham langsung atau tidak langsung mengunakan proxi dalam syarikat yg dikatakan itu. Perkara ini bole disemak dgn suruhanjaya sekuriti msia sama ada benar atau tidak benar.

Perkara ini dilakukan utk memburukan pidak Dato Ibrahim kerana kelantangan beliau utk mempertahankan agenda Melayu..

Ni satu contoh nyata pihak PR tidak layak menjadi Kerajaan kerana suka dgn penipuan dan fitnah utk menjadi popular..

Sekian Terima Kasih

Yg Ikhlas berjuang
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Msi

Monday, March 22, 2010

Kejohanan Futsal Tertutup Pemuda UMNO DUN Sungai Pinang





Salah sebuah Kumpulan dari Kampung Rantau Panjang




21 MAC 2010- Pergerakkan Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang telah menganjurkan Kejohanan Futsal tertutup Dun Sungai Pinang. Sebanyak 25 kumpulan telah mengambil bahagian.

Kejohanan ini telah diadakan di Gelanggang Futsal Rakyat yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional yang bertempat di Jalan Othman, Kampung Rantau Panjang Dan Jalan Goh Hock Huat, Kampung Sungai Pinang.


Menurut Dato Haji Abdul Rahman Bin haji Palil, Ketua UMNO Bahagian Kapar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sementa gelanggang futsal ini telah dibina oleh kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan anak-anak muda mempunyai ruang untuk bersukan dikawasan bandar pada kadar yang murah berbanding dengan gelanggan g elit yang lain. Walaupun ada ura-ura mengatakan bahawa ada ahli majlis dan Adun Kawasan telah mepersoalkan pembinaan nya dan mengugut akan merobohkannya. Kerajaan barisan nasional dan UMNO akan mempastikan agar perkara ini tidak berlaku.

Kejohanan futsal ini adalah sebahagian dariapada Program Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar yang diketuai Oleh Tuan Haji Mohd Roslee Bin Abd Hamid, selain dari pada program rakan masjid, pendidikan, dan sebagainya yang telah dirancang pada tahun ini.




kumpulan yang masuk ke Suku Akhir


Kumpulan Yang masuk ke Final Kutaq B dan Wanted FC bergambar dengan Dato Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdul rahman Bin Haji Palil dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Tuan Haji Mohd Roslee Bin Abdul Hamid




Kejohanan ini diserikan lagi dengan kehadiran Saudara Zambri Baba, pemenang Tempat ketiga Kejohanan Cup Priix Kebangsaan yang baru berakhir di Alor setar Kedah



Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Roslee Bin Abdul Hamid berbentuk wang tunai dan hamper







Friday, March 19, 2010

mamat ni Tak paham bAhasa ker?

dari Harakah: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25582:qazaf-apa-pendirian-kerajaan-fatwa-munafik-fasik&catid=1:utama&Itemid=50
Qazaf: Apa pendirian kerajaan fatwa munafik, fasik
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 19 Mac: Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf menggesa kerajaan menyatakan pendirian mengenai fatwa Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi terhadap kes qazaf melibatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Yusmadi dalam satu sidang media di lobi Parlimen petang semalam berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bertanggungjawab menjawab isu itu kerana mengikut fatwa yang dikeluarkan Yusuf, sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung, maka hukumnya adalah munafik manakala sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.
Beliau membuat gesaan itu ekoran soalannya bagi pertanyaan jawab lisan di Parlimen hari ini ditolak oleh pihak dewan atas alasan ianya bersifat subjudis.
"Hari ini soalan saya bagi soal jawab lisan ditolak atas alasan ianya subjudis. Saya kecewa kerana Kerajaan Malaysia kononnya mahu memartabatkan Sistem Kehakiman Syariah dan undang-undang syariah di Malaysia tapi tidak menyatakan pendirian mereka dalam isu ini," katanya.
Pada 11 Mac lalu, Ketua Angkatan Muda Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin secara rasmi menyerahkan sesalinan rakaman fatwa Yusuf ke pejabat Perdana Menteri dan kepada Jamil Khir.
Namun sehingga ke hari ini, kedua-duanya masih belum memberikan sebarang respons berhubung rakaman itu.
"Seperti yang diamanahkan Dr Yusuf, Ketua AMK menyerahkan rakaman itu ke Pejabat Perdana Menteri namun selepas seminggu, masih belum apa-apa respons dari Datuk Seri Najib dan Datuk Jamil Khir," katanya.
Beliau berkata, Najib dan Jamil mesti menyatakan pandangan mereka kerana isu itu dapat memberikan implikasi besar kepada masyarakat Islam di negara ini.
Ujarnya, yang mengeluarkan fatwa itu bukan calang-calang orang, sebaliknya daripada tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.
"Ini pandangan daripada tokoh ulama dunia. Ini satu fitnah yang boleh mendatangkan implikasi besar kepada masyarakat Islam. Jadi kerajaan tidak boleh mengatakan pandangan Dr Yusuf ini sebagai mencampuri urusan mahkamah," katanya.

dari Suara baru:http://pemudakapar.blogspot.com/search?updated-max=2010-03-11T00%3A58%3A00-08%3A00&max-results=7

yusof Qardhawi keluar fatwa?

Suara Baru Taknak buat artikel yang panjang. cuma ada persoalan yang mungkin perlu diperjelaskan...
1)anwar kata yusof qardhawi mengatakan bahawa anwar difitnah oleh saifol.. Betul ke difitnah oleh sayfol? pasal sepanjang pengetahuan suara baru.. Yusof Qardhawi tidak pernah mendengar keterangan dari Sayfol.. macam mana dia tahu yang pekara ni fitnah.
2) Suara baru ingin mengaskan disini sekiranya Yusof Qardhawi..mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan isu ini..ianya sebenarnya adalh pendapatnya sahaja bukan fatwa.. kerana.. fatwa biasanya dikeluarkan apabila semua sumber rujukan dan permasalahan telah dikaji dengan teliti.. tetapi dalam kes ini Yusof Qardhawi hanya mendegar dari satu pihak sahaja.
3) kita harus juga pecaya bahawa selepas Nabi Muhammad S.A.W wafat tiada lagi orang yang maksum..maksudnya orang yang tidak melakukan kesalahan.
4) Dalam kes Ini Kenapa Anwar cuba mengelak dari melakukan sumpah sedangkan beliau mepunyai masa dan kewangan yang kukuh untuk medapatkan sokongan luar negara.
5) Danby adalah antara ahli parlimen Australia yang mendesak kerajaan Malaysia Mengugurkan pertuduhan ke Atas Anwar .. Ini bukan Masalah Kerajaan Dengan Anwar tetapi Masalah Saypol ngan Anwar. so di mana keadilan yang selalu dilaung-laungkan barat ..termasuk bekas presiden kanada itu...
6)Anwar yang mengaitkan kes nya dengan kerajaan sedangkan yang mebuat laporan ialah Saypol.
7) Suara baru bukanlah nak mengadili kes ini..tetapi kemuskilan yang dibuat oleh Anwar terlalu bayak Diversion dan menyalahgunakan proses mahkamah.
8) Kenapa Pakatan Rakyat hanya menyokong sekiranya .. mereka menang dan meberontak sekiranya mereka kalah.. sedangkan mahfuz,anwar dan berbagai tokoh pembangkang yang lain juga pernah memenangi kes saman malu..


dari www.tunfaisal.blogspot.com
Qazaf - salah kaedah untuk lepaskan pesalah?

Terima kasih kepada Ustaz Moden dan Panglima Perang Cyber kerana telah berkongsi maklumat mengenai soal Qazaf ini. Maklumat ini penting kerana terdapat usaha daripada golongan tertentu yang berusaha menyalah gunakan pengertian Qazaf dan kaedahnya bagi membebaskan Anwar Ibrahim. Maklumat ini juga penting untuk menyelamatkan umat Islam, terutamanya yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam dari terus dikelirukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab seperti terkelirunya mereka dengan sosialisme dan ajaran Islam.
Selain dari Soal Jawab di bawah, pembaca juga boleh mendengar pandangan mengenai isu Qazaf dan Mubahalah di sini (klik) , di sini (klik) dan di sini (klik).
Edisi Liwat : Penjelasan isu Qazaf
Penjelasan tentang isu Qazaf yang telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah telah diedarkan oleh Blog Ustaz Moden dan atas nama jihad untuk menegakkan kebenaran dan memerangi kejahilan dalam Islam, saudara/i digalakkan untuk menyebar luaskan penjelasan ini.
Memandangkan Suara keadilan edisi 19 - 26 Jan 2010 halaman 6 -7 telah menyentuh tentang isu qazaf dengan menyiarkan tajuk " Mahkamah Tinggi Syariah perlu bicara kes qazaf saiful" maka di sini kita kita perlu menyebarkan jawapan balas terhadap artikel tersebut.
Dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.
Justeru dalam hal ini Saiful adalah mangsa dan jelas TERLIBAT dalam kes liwat ini.
Maka akta di atas tidak dapat dikenakan terhadap Saiful kerana beliau adalah mangsa liwat dan bukan pihak ketiga yang langsung tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.
Harap kerjasama tuan/puan untuk menyebarkan penjelasan ini..
Terima kasih.
Soalan 1 : Apakah pengertian qazaf?
Jawapan : Para ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan qazaf seperti berikut:
i. Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah¹, iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina atau liwat'².
ii. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'³. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf 4. Hukumannya ialah ta’zir5.
Soalan 2 : Adakah seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, boleh dikenakan hukuman qazaf?
Jawapan : Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa empat orang saksi6. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan ke atas perogol atau peliwat7, bukannya pengadu.
Soalan 3 : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan rogol atau liwat, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, adakah akan dikenakan hukuman qazaf?
Jawapan : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, hendaklah dilihat :
i. Jika dia tidak dapat membawa sebarang bukti8 yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, dia akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti.
Firman Allah?, “Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik”.
ii. Jika dia membawa bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian rogol atau liwat, dia akan dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf¹°.
Soalan 4 : adakah ini bermakna seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, tanpa membawa empat orang saksi, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf?
Jawapan : Ya. Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf walau pun gagal membawa empat orang saksi.
Berdasarkan keterangan ulama, boleh disimpulkan, setiap aduan rogol atau liwat perlu melalui proses berikut:
i. Pihak berkuasa perlu mengumpul bukti-bukti yang menunjukkan mangsa betul-betul dirogol atau diliwat;
ii. Apabila terdapat bukti yang menunjukkan pengadu memang dirogol atau diliwat, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang hukuman¹¹;
iii. Jika pengadu tidak mampu mengemukakan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan pengadu betul-betul dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti.
Dalil kenyataan-kenyataan di atas ialah keterangan Imam Abd al-Bar. Beliau menyatakan:
Para ulama telah berijma’¹² bahawa perogol [dikenakan]¹³ keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya]¹4 atau dia mengakuinya¹5. Jika tidak ada [bukti yang boleh mensabitkan hukuman hudud], maka [dikenakan] ke atasnya¹6 hukuman¹7 dan tiada sebarang hukuman ke atasnya¹8 apabila terbukti bahawa dia¹? memaksa dan mendesaknya²° [melakukan zina tanpa kerelaannya]. [Wujudnya paksaan melakukan zina] itu diketahui dengan [adanya kedengaran] tempikan [mangsa], [suaranya] meminta pertolongan dan jeritannya, serta [diketahui wujudnya paksaan melakukan zina apabila dikenal pasti] dia seorang gadis, yang boleh diketahui melalui darahnya²¹ dan seumapanya yang boleh menerangkan keadaannya [bahawa dia dipaksa]²² ...Kami tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf²³ di kalangan ulama bahawa [wanita] yang dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang hukuman] hudud²4 [dikenakan] ke atasnya apabila terbukti [wujudnya] paksaan [keatas] nya dengan [bukti-bukti seperti yang] kami sebutkan dan [yang] seumpamanya”
Soalan 5 : Apakah bukti yang boleh digunakan bagi menunjukkan berlakunya jenayah rogol atau liwat?
Jawapan : Seperti yang disebutkan oleh sesetengah ulama zaman silam²5, bukti tersebut seperti:
i. Mangsa datang melapor kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis;
ii. Mangsa didengari berteriak meminta tolong; atau
iii. Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa ke dalam rumahnya²6 secara paksa.
Pada zaman sekarang, kajian saintifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya.
Soalan 6 : Apakah dalil yang menunjukkan bahawa mangsa rogol atau liwat, tidak dikenakan hukuman qazaf bila menuduh seseorang merogol atau meliwatnya dengan membawa bukti seperti yang dinyatakan?²7.
Jawapan : Dalilnya iala keterangan Imam al-Baji²8. Beliau berkata :
“Jika kedua-dua³° orang [saksi] tidak melihatnya³¹ dipaksa [melakukan persetubuhan] dan [tidak juga menyatakan] kemungkinan dia dipaksa [melakukan persetubuhan]³², tetapi dia datang [kepada pihak berkuasa] sambil berpaut padanya³³ dalam keadaan berdarah³4 jika dia [seorang] gadis, atau [datang sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan] tidak berdarah jika dia seorang janda... maka dalam kitab Ibn al-Mawaz [yang memetik] daripada Abdul Malik dan [ulama-ulama] selainnya, [dinyatakan bahawa] “dia tidak dikenakan [hukuman] hudud³5 disebabkan tuduhannya ke atasnya³6”.
Soalan 7 : Jika mangsa rogol atau liwat tidak mampu mendatangkan empat orang saksi, tetapi dapat membawa bukti-bukti seperti yang dinyatakan³7, bagaimana dengan tertuduh?
Jawapan : Jika mangsa dapat mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, tertuduh dikenakan hukuman seperti berikut:
i. Membayar wang dalam jumlah yang sama dengan mas kahwin semasa kepada mangsa³8. Hukuman ini dikenakan dengan dua syarat, iaitu terdapat saksi yang melihat tanda-tanda berlakunya jenayah rogol atau liwat³?; dan mangsa bersumpah bahawa dia telah dirogol4°.
ii. Hakim boleh mengenakan hukuman ta’zir-iaitu hukuman yang diserahkan kepada budi bicara hakim-ke atas tertuduh seperti hukuman denda, penjara, sebat, buang daerah dan sebagainya.
iii. Hukuman ta’zir wajib dikenakan ke atas setiap individu yang melakukan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya oleh syarak4¹.
[PERBICARAAN KES QAZAF MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG SYARIAH MALAYSIA]
Soalan 8 : Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mahkamah manakah yang mempunyai kuasa membicarakan kes rogol atau liwat?
Jawapan : Menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kes yang tidak melibatkan Undang-undang Keluarga Islam, dan kes tersebut berada di bawah kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mahkamah yang berhak membicarakannya ialah mahkamah sivi atau jenayah, bukannya Mahkamah Syariah.
Soalan 9 : Mengikut Undang-Undang Syariah di Malaysia, adakah mangsa yang mengadu dirogol atau diliwat, akan dikenakan hukuman qazaf apabila gagal membawa empat orang saksi?
Jawapan : Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.
Ini bermakna, akta ini tidak merangkumi mangsa atau orang yang melakukan zina atau liwat itu sendiri, yang mendakwa perogol merogolnya atau menyatakan pasanganya melakukan zina dengannya.
______________________________________
1. Iaitu pengasas Mazhab Hanafi
2. Majid Muhammad (1997), al-Hudud Fi al-Fiqh al-Islami, Kuwait: Maktabah al-Falah, hlm 75
3. Ibid
4. Humana qazaf iaah 80 kali sebatan
5. Ta’zir ialah hukuman yang dijatuhkan berdasarkan budi bicara hakim. Lihat al-Zuhayli, Wahbah (1989), al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, cetakan ketiga, Damsyiq : Dar al-Fikr, jld 6 hlm 18.
6. Iaitu empat orang saksi yang menyaksikan kejadian rogol atau liwat.
7. Menurut pandangan Imam Abu Hanifah, peliwat hanya akan dikenakan hukuman ta’zir, bukannya hukum hudud. Lihat Ibn al-Hamam, Kamaluddin Muhammad Ibn Abdul wahid, Fath al-Qadir, Damsyiq : Matba’ah Mustafa al-Hilabi, Jld.5, hlm. 263
8. Contoh-contoh bukti yang boleh digunakan akan dinyatakan selepas ini.
9. Surah an-Nur :4
10. Dalil kepada kenyataan ini akan dinyatakan pada halaman berikutnya.
11. Dalam keadaan ini, yang dikenakan hukuman ialah tertuduh seperti yang akan dijelaskan.
12. Ijma’ ialah “persepakatan para mujtahidin dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w setelah kewafatan baginda s.a.w, dalam mana-mana zaman, berkenaan sesuatu hukum syarak”. Lihat al-Zuhayli, wahbah (1986), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyiq : Dar al-Fikr, Jld. 1, hlm 490.
13. Perkataan dalam [ ] adalah tambahan penulis bagi menerangkan maksud asal teks.
14. Iaitu empat orang saksi yang melihat dengan jelas kejadian rogol tersebut seperti melihat pen dimasukkan ke dalam tudungnya. Apabila wujud saksi seperti ini, progol dikenakan hukuman hudud.
15. Yakni mengakui bahawa dia merogol. Pengakuan tertuduh dianggap bukti yang boleh dijatuhi hukuman hudud.
16. Iaitu tertuduh.
17. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa seseorang yang dituduh merogol tetap akan dihukum apabila terdapat bukti. Jika bukti yang ada adalah selain daripada empat orang saksi-akan dinyatakan selepas ini-, tertuduh dikenakan hukuman ta’zir. Dengan ini, dapat difahami, dalam kes rogol, empat orang saksi diperlukan bagi mensabitkan hukuman hudud ke atas perogol. Tetapi bagi membebaskan mangsa rogol dari hukuman qazaf, empat orang saksi tidak diperlukan. Yang diperlukan hanyalah bukti-bukti yang akan disebut selepas ini-yang menunjukkan berlakunya kes rogol.
18. Iaitu mangsa rogol yang mengadu kes rogol.
19. Iaitu tertuduh.
20. Iaitu pengadu.
21. Iaitu darah yang keluar dari kemaluannya akibat dirogol.
22. Keterangan Imam Abd a-Bar ini bermakna bukti-bukti yang menunjukkan seseorang pengadu dirogol, tidak terhad kepada apa yang dinyatakan dalam teks di atas.
23. Perselisihan pandangan.
24. Samada hukuman zina atau qazaf.
25. Iaitu Imam al-Baji dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Imam Malik seperti yang akan dinyatakan dan Imam Abd al-Bar dalam kitabnya al-Istizkar seperti yang telah disebutkan sebelum ini.
26. Iaitu rumah tertuduh
27. Lihat jawapan bagi Soalan 5
28. Beliau merupakan ulama dari Mazhab Maliki.
29. Al-Baji, Sulaiman Ibn Khalaf (1999), al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Malik, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Jld 4 hlm. 21.
30. Imam al-Baji menyebut ‘kedua-dua saksi’ kerana sebelum petikan di atas beliau memperkatakan tentang wanita yang mendakwa dirogol tanpa membawa empat orang saksi. Maka ‘dua orang saksi’ diambil sebagai contoh bagi saksi yang kurang daripada empat orang.
31. Iaitu wanita yang mendakwa dirogol.
32. Maksudnya saksi tidak memberikan sebarang keterangan yang menunjukkan kemungkinan mangsa dirogol seperti melihat mangsa dilarikan, mangsa dikasiri tertuduh dan sebagainya.
33. Iaitu pada tertuduh
34. Maksudnya dalam keadaan kemaluannya berdarah.
35. Iaitu hukuman qazaf.
36. Iaitu tertuduh
37. Lihat jawapan bagi soalan 5.
38. Dalam menentukan kadar semasa mas kahwin hendaklah dilihat kepada status, pendidikan, tempat tinggal mangsa dan sebagainya.
39. Seperti tertuduh dilihat membawa mangsa masuk ke dalam rumanya secara paksa seperti yang dinyatakan.
40. Al-Baji (1992), op.cit, jld 4, hlm 21.
41. Zaydan, Abdul karim (1992), Usul ad-Da’wah, Baghdad : Maktabah al-Quds, hlm. 293

"Yusmadi dalam satu sidang media di lobi Parlimen petang semalam berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bertanggungjawab menjawab isu itu kerana mengikut fatwa yang dikeluarkan Yusuf, sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung, maka hukumnya adalah munafik manakala sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik."

Komen Suara Baru.. buat aper nak jawab tu masalh dia ngan saiful.. lah... bukan masalah kerajaan malaysia.

Tuesday, March 16, 2010

Pertandingan Futsal Pemuda Dun

Pergerakkan Pemuda UMNO DUN Sungai Pinang akan mengadakan pertandingan futsal pada:

21 Mac 2010 bersamaan hari Ahad
8.00 pagi - 5.00 ptg
di Gelanggang Futsal Kg Rantau Panjang dan Kg Sungai Pinang

Semua dijemputhadir