Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Friday, July 30, 2010

inilah ketidakadilan yang dilaung-laungkan PAs...tak adilkah kerajaan BN?


Dr Ahmad Yunus dapat gantirugi RM55,000
Harakahdaily

KLANG, 29 Julai: Mahkamah Sesyen Klang hari ini merekodkan

persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan

kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000

tanpa pengakuan liabiliti kepada Adun Sijangkang,

Dr Ahmad Yunus ekoran berita yang disiarkan akhbar itu tahun 2004 lalu.


Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang

terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus (gambar) sebagai Plaintif

melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan.

Defendan adalah Datuk Fatah yang

membuat kenyataan itu dengan diwakili oleh

firma Datuk Salahuddin Saidin serta Berita Harian yang

menyiarkan berita itu dan

Datuk Kalimullah Hassan yang mewakili NSTP Press.


Selepas pilihan raya umum 2004 lalu,

akhbar Berita Harian menyiarkan

satu berita yang bertajuk "Tikam dari belakang - calon PAS".

Ekoran itu, Dr Ahmad Yunus yang kini timbalan Exco Pendidikan,

Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor memfailkan

saman kepada pihak-pihak berkenaan menuntut gantirugi itu.

Berita lanjut menyusul


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27875:dr-ahmad-yunus-dapat-gantirugi-rm55000&catid=1:utama&Itemid=50

Tuesday, July 27, 2010

dari Blog Panglima Perang Cyber

Zulkifli Nordin Tukar Nama Lim Guan Eng jadi Lim Tee Pooh ( Sebarkan )




Salam 2 all.

Guan Eng dakwa kononnya antara kesalahan Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Sdr. Nik Ali ialah tidak menyediakan beliau kerusi dan tempat duduk semasa program pelancaran Kereta-api Bukit Bendera. Maka pelbagai fitnah dan tohmah dikenakan kepada seorang pegawai beragama Islam yang cuba melaksanakan tugasnya dengan baik.

Tapi cuba lihat gambar-gambar diatas. Bukan sahaja kerusi empuk warna kuning disediakan, malahan Guan Eng dilayan dengan begitu baik dan didudukkan sebelah dengan Menteri Kerajaan Persekutuan iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Tak cukup dengan itu, Guan Eng turut dipentaskan bersama dengan Menteri Kerajaan Persekutuan Dato' Seri Ng Yen Yen dalam satu majlis rasmi!!

Kata omputeh, "a picture speak a thousand words"!! Siapa yang menipu sebenarnya. Dan kepada mereka yang menyokong cauvinis ini secara mengkhinzir buta, sehingga tergamak menghina Islam dengan menyamakannya dengan Khulafa Rasyidin 'Umar 'Abdul Aziz, buka lah mata, tepuklah dada, tanyalah iman.

Dan saya mula tertanya-tanya, apakah pegawai-pegawai beragama Islam yang berkhidmat dibawah perkhidmatan negeri Pulau Pinang mengalami nasib yang sama. Saya tidak lupa kata Guan Eng, kalau Nik Ali duduk dibawah Kerajaan Negeri dah lama beliau dipecat!!

Jangan lupa parti si Guan Eng ini adalah parti yang memang anti Islam. Jangan lupa penghinaan Ketua Staf Guan Eng, YB Jeff Ooi melabelkan Jemaah Islah sebagai teroris, dan sehingga kini enggan memohon maaf. Bagaimana pula kenyataan mereka di Sibu bahawa isu pemerintahan negara Islam ala PAS tidak timbul kerana PAS tidak akan menjadi pemerintah dibawah Kerajaan Pakatan. Dan ingatlah "patwa" mursyidul am DAP Karpal Singh, "Islam over my dead body". Dan pendirian jelas DAP yang menolak penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah!!

Dan yang paling malang, ada Melayu haprak yang sanggup menjadi balaci dan tukang angguk cauvinis ini, hanya kerana seronok dengan jawatan dan kedudukan. Begitulah Melayu, samada bersongkok atau berserban, demi kerakusan politik mereka akan halalkan apa sahaja. Bukankah sudah tiba masanya bangsa Melayu beragama Islam perlu kembali kepada perjuangan Islam sebenarnya, menegakkan kembali pemerintahan khalifah Islam yang bertunjangkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw.

Moga ALLAH memberikan kita kekuatan istiqomah untuk kembali kepada pemerintahan khilafah Islamiyyah yang sebenarnya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
12 Sya'ban 1431
24 Julai 2010





Bahan Disalin Dari Blog Zulkifli Nordinhttp://zul4kulim.blogspot.com/2010/07/lim-tee-pooh.html

Friday, July 23, 2010

Roadshows Selamatkan Selangor Darul Ehsan


23 JULAI 2010. (JUMAAT) 9 MALAM

SHAH ALAM
dewan tabika kemas
jalan gelama seksyen 17/24
seksyen 17 shah alam

PENCERAMAH
senator ezam mohd nor,dato noh omar dan yb satim diman

KOTA RAJA
dewan komuniti
jalan sri sarawak 4
taman sri andalas klang.

PENCERAMAH
senator ezam mohd nor,dato noh omar dan yb shukor idrus.

semua dijemput terutama yang ada telor

Tuesday, July 20, 2010

Masa ni pun dah Ada Nicky Ajih

Sejarah 1977 - Mengapa PAS Disingkir Dari Barisan Nasional?- mulut melayu blog

Ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

"
TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum. Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti. Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi. Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya. Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.


Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan. Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja. Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu. Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik. Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri. Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini.
Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu,
tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO. Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain? Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini? Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang. Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini. Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS. Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."
artikel dari :http://taipingmali.blogspot.com/2010/07/sejarah-1977-mengapa-pas-disingkir-dari.html

Sunday, July 18, 2010

Lagi Kenyataan Dari Pejabat Perdana Menteri

Pejabat Perdana Menteri

1. Sejak Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

2. Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik kita dalam dekad ini.

3. Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan telah mengatakan bahawa matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat.

4. Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat MBE. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat.

5. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

6. Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:

a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

7. Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

8. Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi. Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat.

9. Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini.

11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

12. Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.

sumber : http://www.pmo.gov.my/

Lagi Kenyataan Dari Pejabat Perdana Menteri

Pejabat Perdana Menteri

1. Sejak Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

2. Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik kita dalam dekad ini.

3. Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan telah mengatakan bahawa matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat.

4. Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat MBE. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat.

5. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

6. Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:

a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

7. Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

8. Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi. Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat.

9. Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini.

11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

12. Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.

sumber : http://www.pmo.gov.my/

Saturday, July 17, 2010

Subsidi oh subsidi (Mohd Khairul Idzwan Bin Mohd Saad


Assalammualaikum , mohon mencelah

Harga minyak naik 5 sen sahaja.. ini bagi menampung kantung kerajaan dan bagi menanggani kehendak rakyat yang semakin , tinggi...

KIta perlu lihat isu ini dari pada pelbagai aspek dalam kehidupan kita... bukannya kerajaan sengaja hendak manaikan harga minyak, harus diingat kerajaan " alternatif "dahulu menjanjikan pelabagai perkara tetapi sehingga ke hari ini hanya bil air sahaja yang mampu diberi subsidi di selangor.. sedangakan elaun ibu tunggal, elaun menganggur, elaun surirumah , elaun anak kecil masih belum dapat ditunaikan oleh kerajaan negeri selangor.

Persoalannya ialah kenapa ianya tidak dapat ditunaikan oleh kerajaan Negeri selangor, .. sudah tentu kerana tanggungan kerajaan negeri semakin tinggi,

Begitu juga dengan kerajaan persekutuan, kerajaan persekutuan menyediakan peluang perkerjaan ,infrastruktur, peluang, bantuan , biasisiwa, dan subsisdi dalam hampir semua aspek kehidupan kita.

Sekiranya kita lihat , kerajaan persekutuan sedang cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat melalui memperkasakan sektor awam mereka telah merekrut hampir kurang lebih 100000 orang dalam masa beberapa tahun ini untuk ditempatkan dalam pelbagai sektor bagi memenuhi "expectation" rakyat. sebagai contoh Polis dan tentera , pengambilan nya telah dibesarkan , meraka telah dilatih sehinggakan balai polis kini dapat ditempatkan ditengah-tengah komuniti masayarakat seperti yang berlaku di DAMANSARA, Balai polis komuniti ini telah di tempttkan di dalam taman perumahan bukan nya di komersial lot. Kekerapan rondaan juga telah dikerapkan dengan bilangan anggota yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan rakyat terpelihara. Siapakan yang membayar, minyak kereta peronda, motosikal, dan gaji kepada pegawai polis sudah tentu kerajaan pusat..

Rakyat termiskin juga telah dibela dengan pelbagai bantuan seperti Perumahan Rakyat Termiskin, skim makan bantuan , buku teks persekolahan ( tak silap saya sekarang skim bantuan ini tanpa mengira pendapatan ibu bapa semua dapat) dan juga biasiswa .

Selain itu kita juga jangan lupa bahawa dengan lebih 1000 buah sekolah diseluruh malaysia adakah cukup untuk mereka beroperasi dengan hanya yuran kutipan PIBG, gaji cikgu dan peralatan kemudahan sekolah siapa yang bayar (kerajaan pusat) Bagiman pula dengan pengurusan ASRAMA, MRSM, DAN Lain Lain termasuklah dewan makan, adakah disitu tiada subsisdi kerajaan

Sekiraya kita ke universiti (lembah kelang) terdapat BAS RAPID KL yang dinaiki oleh ribuan orang dengan cAS paling Mahal RM 2.50-RM3.00 pergi balik dari KL Ke Shah ALAM... adakah berbaloi untuk kita pikirkan bahawa semua kos operasi, seperti gaji pemandu , penyelengaraan itu semua percuma tanpa bayaran adakah cukup dengan kutipan tambang tersebut untuk menampung kos operasi bagi sebuah bas. So Siapa yang menampung kos selebihnya Kerajaan Pusat.

Contoh yang terbaik posmen dan kerani pejabat pos telah beberapa lama tidak dnaikan gaji tak silap saya hampir 20 tahun, (kalo salah tolong betulkan..)sebab apa sebab nak pastikan rakyat selesa dan dapat menggunakan perkhidmatan dengan selesa tanpa terbeban. Namun Dalam masa yang sama adakah iaya adil kepada pekerja pos .. sekiranya pekerja pos nak dinaikan gaji tentulah caj-caj tertentu perlu dikenakan ..

Untuk makluman semua, rakyat kini mengidamkan sesuatu perkhidmatan yang paling berkualiti tetapi dalam masa yang sama tidak mahu berlaku perubahan dalam kos kehidupan. dan saya percaya .. itu agak mustahil dapat dilakukan, sebagai contoh ...kerajaan negeri selangor .. yang sehingga kehari ini gagal untuk melunaskan janji pilihanraya mereka setelah dua tahun memerintah

Wednesday, July 14, 2010

DEMO SKANDAL PASIR SELANGOR

Khamis 15 Julai 2010 jam 10 pagi. berkumpul di kantin Masjid Negeri Shah Alam Semua yang prihatin dengan masa depan negeri selangor dijemput hadir beramai ramai bagi menyerahkan memorandum tersebut

Monday, June 21, 2010

MASA UNTUK UMNO BANGKIT MELAWAN


Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit menyerang balas pembohongan pembangkang bagi mengelak rakyat terus terpesong dengan pembohongan mutlak pihak lawan.

Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya untuk menyerang balas kerana seperti permainan bola sepak Piala Dunia, UMNO dan BN tidak boleh bertahan semata-mata, akhirnya benteng pertahanan mungkin ‘bocor’ juga.

Beliau menegaskan, pakatan pembangkang memang pandai berbohong dan putar alam bagi mempengaruhi rakyat supaya memandang buruk kepada UMNO dan BN.

“Pihak satu lagi (pembangkang) memang pakar pusing cerita, hanya 10% ceritanya betul, malah kadang kala 2% saja ceritanya, tetapi dihebahkan seolah-olah cerita itu besar.

“Mereka (pembangkang) gunakan permainan persepsi untuk kepentingan politik mereka, masalahnya bukan kerana UMNO tidak baik, bukan kerana BN tidak baik, bukan UMNO dan BN tidak banyak berjasa kepada negara, tetapi memburukkan persepsi adalah mainan politik mereka.

“Jika dulu tak perlu kita lakukan perkara ini (perbetulkan persepsi), dulu (pentingkan) soal pembangunan saja… sekarang ni politik mesti perbetulkan persepsi.

“Kalau kita beri peruntukan saja tak cukup, kita beri peruntukan kepada sekolah Cina pun tak cukup, sebab akibat persepsi ada lagi yang tak puas hati. Jadi kita kena betulkan persepsi ini, buat serangan balas macam pasukan Piala Dunia.

“Suasana politik kini berbeza, janganlah guna cara lama, orang lain guna cyberspace, kita kena buktikan kita lebih cekap daripada mereka kerana kita benar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan UMNO Bahagian Bagan Datoh, di sini, hari ini.

Presiden UMNO itu berkata, UMNO ini sudah lama dan lumrahnya ‘barang lama’ sukar untuk dijual dan dihidangkan kepada ramai sebagai menarik dan bagus.

Beliau berkata, di dalam keadaan begitu cabaran kepada ahli dan pemimpin adalah memikirkan cara ‘barang lama’ boleh dilihat ramai sebagai sesuatu yang sangat menarik dan mendapat sokongan.

“UMNO sendiri mesti menggunakan pendekatan atau metadologi terkini dalam menangkis pembohongan itu serta supaya rakyat melihat parti itu cekap, dinamik dan segar.” -MediaUMNO


http://umno-online.com/?p=11395

Saturday, June 19, 2010

Makluman G2

Makluman, Kepada Semua AHLI Pergerakkan Pemuda UMNO Kapar yang layak dan berminat menawarkan diri bertanding G2 dijemput mendaftarkan diri di Pejabat UMNO Bahagian KAPAR pada 24-26 JUN 2010. (Waktu Pejabat)

Maksud tersirat ramai yang tak paham?

Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti
dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.

"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (
Malaysian Insider, 17 Jun 2010).


1. Saya akui yang pemikiran saya belum matang seperti yang didakwa oleh Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.

2. Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti.

3. Tetapi orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih.

4. Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihanraya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.

5. Yang baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar.

6. Dilihat daripada segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah.





7. Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus.

8. Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus.

9. Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.

10. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan.

11. Dan tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Dikalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar.

12. Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran.


Wednesday, April 28, 2010

GEMPAR !!!!!! BABI DI MASJID SUNGAI PINANG KLANG


BABI INI TELAH DILETAkKAN DI TEMPAT SOLAT DI TENGAH MASJID..agak-agaknya
siapa punyer ankara...
*** gambar ehsan rakan FB Hamidzun HK

Thursday, April 22, 2010

jawapan Isu APCO yang dimainkan oleh orang yang berakal pendek...


Ideologibarat /non muslim digunakan dalam banyak perbincangan dan amalan ilmiah samaada dijadikan model/kerangka/landasan untuk kita bina strategi untuk pendidikan , sosiology,ekonomi,pentadbiran,perang dan dalam banyak perkara lagi.


Kerana tiada larangan guna ilmu non muslim. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad... manakala menuntut ilmu adalah wajib bagi umat islam..


takkanlah baginda Nabi tersilap ketika bersabda tuntutlah ilmu ke negeri China.. kerana pada masa tersebut umat islam belum lagi mengenali cina dan China pada masa itu masih belum menganut islam


Yang dilarang dalam islam ialah meniru/terikut-ikut akidah orang kafir dalam apa jua bentuk dan cara

Tuesday, March 30, 2010

Kener Londeh Lagi ahhahahh

Datuk Yang di-Pertua,
FITNAH MENFITNAH
Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit".
Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin.
Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan kerja ini pun di putar belitkan fakta untuk mencapai matlamat agenda poltitik orang dan kumpulan tertentu.
Fakta di forum CSIS adalah wartawan Malaysiakini dari San Francisco sahaja yang berada di forum CSIS pada hari tersebut tetapi laporan dengan putar belit fakta dengan serangan peribadi yang tidak berasas tidak diterbitkan di Malaysiakini tetapi di portal lain. Selepas sehari dua barulah terbitkan di dalam Malaysiakini lebih kurang sama dengan apa yang di laporkan di dalam portal tersebut tetapi tanpa serangan pribadi.
Lawatan kerja kami untuk satu tujuan sahaja iaitu untuk memulihkan perhubungan antara USA dengan Malaysia dari segi diplomatik dan trade supaya Malaysia boleh memulakan better diplomatic and trading relationship dengan izin. YB Padang Regas tidak menfitnah sesiapapun dan semasa beliau menjawab soalan dengan fakta bila satu soalan ditimbulkan oleh representative Amesty International mengenai kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, YB Permatang Pauh. YB Padang Regas menyatakan dengan terus terang bahawa YB Permatang Pauh adalah sahabat baik beliau dan conscience beliau tidak membenarkan beliau menfitnah sahabatnya dan kes ini adalah antara majikan dan perkerja, dan laporan polis telah dibuat oleh pekerja. Jikalau tiada tindakan diambil, maka pihak pekerja akan menuduh kerajaan tidak adil.

Dalam fakta ini, saya amat kesal dengan tindakan yang tidak bertangungjawab dan untuk menjejaskan kepentingan negara dengan laporan tertentu. Kemungkinan matlamat pihak tertentu mahu menjahanamkan negara. Saya minta maaf bahawa saya tidak boleh memainkan peranan senyap lagi dalam keadaan yang amat jelas dimana fakta-fakta diputar belitkan oleh spin doctor dengan izin dan membenarkan mereka mencemarkan imej negara dengan agenda sempit yang didorong oleh motif memengtingkan diri semata-mata.
Tugas utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk mempertahankan kepentigan rakyat dan act as a check and balance against the government of the day in the interest of the people, dengan izin, dan bukan untuk memutar belit fakta untuk menjejaskan imej dan kepentingan negara tanpa mengambilkira samada peranaan YB Padang Regas adalah benar atau tidak. Sebagai Ahli Parlimen saya mesti memihak kepada fakta dan bukan personaliti.
Dato Yang DiPertua
The Little Napoleons
Tetapi saya amat sedih apabila beberapa Little Napoleons di sebelah sini menyoal kedudukan saya dalam mesyurat rasmi kenapakah saya dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai ahli untuk lawatan kerja di Amerika baru-baru ini dan kenapa mereka tidak dipilih. Saya tahu Little Napoleons dan Ahli-Ahli YB dari PAS dan DAP pun pernah dipilih sebagai ahli lawatan kerja dengan Menteri-Menteri atau Sepaker ke Parlimen atau kerajaan negara lain. Saya tidak pernah mempertikaikan perlantikan mereka kerana saya tidak ada perasan cemburu walaupun Little Napoleons tersebut sideline saya dan has classified me as a junior MP. Walaupun saya tidak bersetuju dan saya tidak pernah mempertikaikan YB Batu, YB Bukit Lanjan dan YB Macang apabila mereka telah dilantik untuk “to chase after Ahli Parlimen BN di Taiwan to cross-over” walaupun tiada hasil. Saya telah menerima hakikat bahawa saya adalah amat junior dan Little Napoleons inilah amat senior yang amat hebat dalam peranan mereka di Parlimen dan politik di negara.
Ada Little Napoleons yang pintar sedikit, mereka yang melemparkan batu sembunyikan tangan.
September 16
Saya juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleons. Isu-isu yang dibangkitkan mengenai dengan September 16 atau isu-isu yang lain di Dewan yang Mulia ini atau di luar tidak dijawab langsung. Jawapan mereka adalah serangan pribadi “in the hope that all will be well and the public will be fooled again”. You can fool some of the people some of the time but not all the people all the time, my Little Napoleons. Little Napoleons, nasihat saya adalah: If you have no answers to what have been said In and ot of Parliament just hide under the saying “SILENCE IS GOLDEN’.
Saya juga berharap bahawa the Little Napoleons disebelah sini jangan memaksakan saya untuk membongkarkan politics of deceit, politics of expediencies mereka dengan izin dan politik cakap tak serupa bikin.
Dengan ini saya berharap these Little Napoleons berhentikan kegiatan politik kotor mereka untuk satu tujuan semata-mata iaitu “POLITICS OF EXPEDIENCY” and “PUTRAJAYA AT ALL COSTS”, dengan izin.
Terima kasih
YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju)

****Perlu diingat bahawa YB Wee Choo Keong adalah Ahli Parlimen yang mewakili PKR. Beliau adalah seorang ahli politik veteran, yang sama batch dengan DSAI. Beliau juga adalah bekas kepimpinan DAP, sehingga menjawat jawatan Ketua Penerangan DAP Pusat. Pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang sehingga dibatalkan kemenangannya oleh Mahkamah pada tahu 1995. Pada tahun 2008, beliau bertanding atas tiket PKR di Parlimen Wangsa Maju walaupun sebenarnya beliau masih lagi Presiden Parti Demokratik Malaysia (MDP).

dari Blog http://zul4kulim.blogspot.com/

Friday, March 26, 2010

Mamat ni ingat di Allah ker..? Nizar Kluk Klek

Umno juga pertikai keputusan mahkamah - Nizar
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Umno tidak perlu menyalahkan rakyat sekiranya mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin(gambar) berkata, Umno sendiri pun seolah-olah mengajak rakyat mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam isu kalimah 'Allah'.

"Saya sendiri berasa pelik, apabila Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan bahawa suatu akhbar (mingguan The Herald) boleh menggunakan kalimah Allah, tak lama selepas itu seolah-olah wujud suatu usaha untuk tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah," ujar beliau semasa membahas Titah Diraja di Dewan Rakyat, malam tadi.

"Ia menggambarkan seolah-olah Umno juga membantah keputusan mahkamah seperti di Mahkamah Persekutuan."

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Perak pada era Pakatan Rakyat merumuskan bahawa Umno juga seolah-olah mengajak rakyat supaya tidak sebulat-bulatnya bersetuju dengan keputusan yang di buat di mahkamah.

Tambah beliau lagi, Umno juga sama ada sedar atau tidak sebenarnya sedang mendidik rakyat supaya menentang keputusan mahkamah yang dianggap tidak memberi kepentingan politik kepada mereka.

Disebabkan keputusan mahkamah yang acapkali dipertikai kerana oleh rakyat, Pakatan Rakyat dan Umno sendiri, beliau berkata, negara juga akhirnya turut mendapat impak berantai yang negatif.

Maka, beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, sindrom pelabur meninggalkan negara berlaku dalam skala yang membimbangkan.

Ujarnya lagi, mereka tidak mahu melabur di Malaysia, khususnya di Perak mungkin disebabkan mereka tidak percaya dengan tahap integriti dan kebebasan mahkamah di Malaysia.

Dari maklum balas oleh beberapa pelabur asing yang ditemui di United Kingdom, beliau berkata, dunia luar belakangan ini berasa sangsi dengan institusi kehakiman negara.


Hatta, menurut beliau, sekiranya berlaku pertelingkahan dalam dunia korporat, pelabur-pelabur asing terbabit tidak rela membawa kes mereka ke mahkamah tempatan.

Sebaliknya, menurut beliau, mereka yang terbabit lebih rela membicarakan kes masing-masing di luar negara, termasuk di Singapura.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya memulihara semula tahap integriti dan kebebasan mahkamah tempatan kerana dengan berbuat demikian sekaligus menggalakkan pelabur asing kembali berlabur di Malaysia.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25708:umno-juga-pertikai-keputusan-mahkamah-nizar&catid=1:utama&Itemid=50