Malaysia tanah Airku
Saturday, July 17, 2010
Subsidi oh subsidi (Mohd Khairul Idzwan Bin Mohd Saad
Assalammualaikum , mohon mencelah
Harga minyak naik 5 sen sahaja.. ini bagi menampung kantung kerajaan dan bagi menanggani kehendak rakyat yang semakin , tinggi...
KIta perlu lihat isu ini dari pada pelbagai aspek dalam kehidupan kita... bukannya kerajaan sengaja hendak manaikan harga minyak, harus diingat kerajaan " alternatif "dahulu menjanjikan pelabagai perkara tetapi sehingga ke hari ini hanya bil air sahaja yang mampu diberi subsidi di selangor.. sedangakan elaun ibu tunggal, elaun menganggur, elaun surirumah , elaun anak kecil masih belum dapat ditunaikan oleh kerajaan negeri selangor.
Persoalannya ialah kenapa ianya tidak dapat ditunaikan oleh kerajaan Negeri selangor, .. sudah tentu kerana tanggungan kerajaan negeri semakin tinggi,
Begitu juga dengan kerajaan persekutuan, kerajaan persekutuan menyediakan peluang perkerjaan ,infrastruktur, peluang, bantuan , biasisiwa, dan subsisdi dalam hampir semua aspek kehidupan kita.
Sekiranya kita lihat , kerajaan persekutuan sedang cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat melalui memperkasakan sektor awam mereka telah merekrut hampir kurang lebih 100000 orang dalam masa beberapa tahun ini untuk ditempatkan dalam pelbagai sektor bagi memenuhi "expectation" rakyat. sebagai contoh Polis dan tentera , pengambilan nya telah dibesarkan , meraka telah dilatih sehinggakan balai polis kini dapat ditempatkan ditengah-tengah komuniti masayarakat seperti yang berlaku di DAMANSARA, Balai polis komuniti ini telah di tempttkan di dalam taman perumahan bukan nya di komersial lot. Kekerapan rondaan juga telah dikerapkan dengan bilangan anggota yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan rakyat terpelihara. Siapakan yang membayar, minyak kereta peronda, motosikal, dan gaji kepada pegawai polis sudah tentu kerajaan pusat..
Rakyat termiskin juga telah dibela dengan pelbagai bantuan seperti Perumahan Rakyat Termiskin, skim makan bantuan , buku teks persekolahan ( tak silap saya sekarang skim bantuan ini tanpa mengira pendapatan ibu bapa semua dapat) dan juga biasiswa .
Selain itu kita juga jangan lupa bahawa dengan lebih 1000 buah sekolah diseluruh malaysia adakah cukup untuk mereka beroperasi dengan hanya yuran kutipan PIBG, gaji cikgu dan peralatan kemudahan sekolah siapa yang bayar (kerajaan pusat) Bagiman pula dengan pengurusan ASRAMA, MRSM, DAN Lain Lain termasuklah dewan makan, adakah disitu tiada subsisdi kerajaan
Sekiraya kita ke universiti (lembah kelang) terdapat BAS RAPID KL yang dinaiki oleh ribuan orang dengan cAS paling Mahal RM 2.50-RM3.00 pergi balik dari KL Ke Shah ALAM... adakah berbaloi untuk kita pikirkan bahawa semua kos operasi, seperti gaji pemandu , penyelengaraan itu semua percuma tanpa bayaran adakah cukup dengan kutipan tambang tersebut untuk menampung kos operasi bagi sebuah bas. So Siapa yang menampung kos selebihnya Kerajaan Pusat.
Contoh yang terbaik posmen dan kerani pejabat pos telah beberapa lama tidak dnaikan gaji tak silap saya hampir 20 tahun, (kalo salah tolong betulkan..)sebab apa sebab nak pastikan rakyat selesa dan dapat menggunakan perkhidmatan dengan selesa tanpa terbeban. Namun Dalam masa yang sama adakah iaya adil kepada pekerja pos .. sekiranya pekerja pos nak dinaikan gaji tentulah caj-caj tertentu perlu dikenakan ..
Untuk makluman semua, rakyat kini mengidamkan sesuatu perkhidmatan yang paling berkualiti tetapi dalam masa yang sama tidak mahu berlaku perubahan dalam kos kehidupan. dan saya percaya .. itu agak mustahil dapat dilakukan, sebagai contoh ...kerajaan negeri selangor .. yang sehingga kehari ini gagal untuk melunaskan janji pilihanraya mereka setelah dua tahun memerintah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam,
ReplyDeletezaman dolah badawi dulu janji mcm2 hasil dari naik harga barang nak makmurkan negara tapi makin lingkup adala..
zaman najib ni, naikkan harga barang... mmg bagus tapi tak kena masa. Pikir masal seludup la, untung warga luarlah, tp yg kena kesan adalah org2 yang pendapatan rendah, penoreh getah, nelayan dan sewaktu dengannya. mmg nelayan ada subsidi minyak tp harga gula naik, gas naik. so sama seperti tak bagi subsidi.
kalau najib cerdik, dia tak perlu naikkan minyak ron95 tu, dh tentu orang pakai kereta burk guna minyak tu. naikkan saja ron97, dh tentu orang berduit guna minyak tu.
bila minyak naik, lain2 barang naik harga. kalau sekadar gula naik harga, tak semua brang naik harga. gula sampai 2.50 pun tak apa. tp minyak biar kekal. Kalu tuan ni kenal rapat najib, tlg beritau di mcm tu. tapi kalu tuan ni sekadar pengampu saja.... salam ....
Tiada siapa manusia normal yang setuju harga minyak naik 5 sen selitter,termasuk mamak tepi jalan yang berpeluang naikkan teh tarik 10 sen secawan atas alasan minyak naik 5 sen. Dan tiada siapa yang menolak NAIK GAJI termasuklah kakitangan kerajaan yang datang hanya punch card lepas tu lepak kat kantin berjam-jam.Ini satu lumrah dan mentaliti rakyat Malaysia, susah nak di ubah.
ReplyDeleteTapi,Dalam keadaan sekarang aku fikir memang wajar tindakkan PM tu, kalau nak tunggu 2019 baru nak buat aku fikir kita dah telambat,waktu itu negara kita dah muflis, so aku TERPAKSA lah terima hakikat ini dan tak mahu buat bising-bising macam puak sebelah sana, nak bising apa bangun pagi aje sedar-sedar minyak dah naik,nasib baik malam tadi sempat naik bini.
Aku percaya tindakkan PM ini adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan negara samada untuk hari ini atau untuk generasi akan datang. Cuma apa yang aku minta janganlah dengan alasan pemberian subsidi sahaja yang nampak sebagai punca pebendaharaan negara berkurangan.HENTIKANLAH PROJEK DAN BAIL OUT YANG TIDAK BERFAEDAH, JUARA RAKYAT DAN SEDEKAH PADA SRJK(c) HENTIKANLAH.
Sebagai timbal balas patutlah hapuskan tol atau cukai Perkhidmatan atau lain-lain perkara yang memberi KEBAJIKAN kepada rakyat.