Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Monday, March 22, 2010

Kejohanan Futsal Tertutup Pemuda UMNO DUN Sungai Pinang





Salah sebuah Kumpulan dari Kampung Rantau Panjang




21 MAC 2010- Pergerakkan Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang telah menganjurkan Kejohanan Futsal tertutup Dun Sungai Pinang. Sebanyak 25 kumpulan telah mengambil bahagian.

Kejohanan ini telah diadakan di Gelanggang Futsal Rakyat yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional yang bertempat di Jalan Othman, Kampung Rantau Panjang Dan Jalan Goh Hock Huat, Kampung Sungai Pinang.


Menurut Dato Haji Abdul Rahman Bin haji Palil, Ketua UMNO Bahagian Kapar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sementa gelanggang futsal ini telah dibina oleh kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan anak-anak muda mempunyai ruang untuk bersukan dikawasan bandar pada kadar yang murah berbanding dengan gelanggan g elit yang lain. Walaupun ada ura-ura mengatakan bahawa ada ahli majlis dan Adun Kawasan telah mepersoalkan pembinaan nya dan mengugut akan merobohkannya. Kerajaan barisan nasional dan UMNO akan mempastikan agar perkara ini tidak berlaku.

Kejohanan futsal ini adalah sebahagian dariapada Program Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar yang diketuai Oleh Tuan Haji Mohd Roslee Bin Abd Hamid, selain dari pada program rakan masjid, pendidikan, dan sebagainya yang telah dirancang pada tahun ini.




kumpulan yang masuk ke Suku Akhir


Kumpulan Yang masuk ke Final Kutaq B dan Wanted FC bergambar dengan Dato Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdul rahman Bin Haji Palil dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Tuan Haji Mohd Roslee Bin Abdul Hamid




Kejohanan ini diserikan lagi dengan kehadiran Saudara Zambri Baba, pemenang Tempat ketiga Kejohanan Cup Priix Kebangsaan yang baru berakhir di Alor setar Kedah



Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Roslee Bin Abdul Hamid berbentuk wang tunai dan hamper







No comments:

Post a Comment