Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang
Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

mELAYU OH mELAYU

Berniaga adalah salah satu perkerjaan yang telah dijamin akan mendapat rezeki. Malahan Rasulullah S.A.W juga telah bersabda bahawa 9/10 sumber rezeki adalah dari perniagaan .

Dari sekecil kecil perniagaan menjual guli hinggalah perniagaan yang bernilai jutaan ringgit.

Ramai yang teringin dan yang telah memasang angan-angan untuk berniaga namun kebanyakkan yang ingin berniaga hanya untuk mencari duit namun ramai dalam berniaga lupa untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Dalam pada itu ramai juga yang mula berniaga dengan menjadikan politik sebagai landasan bukan tak boleh tetapi adakah dengan cara itu politik akan terjamin dan kebajikan umat islam akan terperlihara. Dewasa kini ramai yang makin terupa atau lalai.

Apa yang difikirkan hanyalah duit semata-mata hinggakan perjuangan juga boleh dijual beli dengan wang ringgit.

Maka dengan itu ramai yang beranggapan dengan platform politik atau jawatan dalam politik banyak peluang perniagaan yang menanti, makin besar jawatan , makin besar projek yang bakal diperolehi, kami di Suara Baru tidak dapat memberikan jawapan..tepuk dada tanya selera

Namun itu bukanlah yang akan kami bincangkan pada keluaran kali ini. Suara Baru kali ini ingin membawa para pembaca sekalian untuk merenung perspektif jatidiri pengguna islam.

Kami merasakan bahawa tidak dapat dinafikan sekali banyak peluang –peluang perniagaan yang boleh orang melayu buat, nak berniaga apa pun sebenarnya orang melayu memang boleh buat itu tak dapat dinafikan lagi.. namun mencari yang halal adalah fardhu bagi Umat Islam.. adakah melayu sudah lupa akan manisnya keberkatan.

Selama ini kerajaan tidak pernah mengabaikan orang melayu.. untuk menjadi bangsa yang berjaya namun sikap dan mentaliti orang melayu amat sukar diubah.

Agensi pinjaman banyak membantu Mara, JPA, Tekun dan banyak lagi. Namun ibarat susu diberi, Tuba dibalas. Kerana apa kami berkata demikian.. pinjaman tersebut tidak cuba dibayar….atau diselesaikan.

Kalau yang betul tak mampu tak apa… tetapi.. bagaimana yang berkereta besar, Business besar dan ada yang kata semuanya besar tetapi tidak mampu membayar balik pinjaman.

Ini menyukarkan kerajaan untuk membantu orang lain pulak… sebab itu kami katakan melayu dah lupa… dulu susah bila senang depa dah lupa…. Dulu susah… kerajaan bagi pinjaman dah berjaya dah jadi engineer,dah jadi berpelajaran, dah jadi pengarah urusan Syarikat GLC… yang dibina atas Dasar Ekonomi Baru…telah terlupa…bahawa itulah dasar yang telah memberikan kejayaan padanya.. kerana apa….kerana perjuangan dalam politik dinilaikan dengan wang ringgit.

Bebalik kepada bantuan yang telah diberikan… yang peliknya sokongan dan bantuan dari peniaga melayu dan pengguna melayu sendiri amat lemah.

Betapa teruknya minda melayu dijajah hinggakan keluaran bangsa sendiri pun tak dapat dibanggakan… usah kita bercerita tentang Proton atau Suria KLCC tetapi cuba kita renungkan dimana kita nak cari… Mee Berjenama IBU yang dibuat oleh orang islam, mee Bandung segera , Coklat yang dibuat oleh orang Islam, Susu, dan banyak lagi termasuk lah dari aspek perkhidmatan,… makan dikedai mamak, insurans, peguam dan sebagainya lagi termasuk juga agensi perlancongan…

kenapa pengguna dan peniaga melayu sendiri yang menidakkan orang melayu… orang melayu begitu mudah diperlekehkan…hanya dengan wang ringgit… hanya dengan murah seringgit tetapi memudaratkan kita sanggup menyerahkan wang hasil titik peluh kita atau nenek moyang kita kepada orang lain…maksud kami orang bukan melayu….

Kami ambil contoh di sebuah kampong melayu…. Kedai runcit “orang lain” begitu laris, dikampong “orang lain”.. kedai runcit “orang lain” juga yang laris kenapa….? Kami biarkan kepada para pembaca berfikir sendiri…. Apa yang tidak kena….

Sepatutnya apabila umat islam adalah majoriti di Negara ini.orang islam yang menjadi teras kekuatan Malaysia….. kami ulangi disini…..kita yang patut jadi teras kekuatan ekonomi di Malaysia….

Tidak ada dasar kerajaan yang tidak membela orang melayu… walaubagaimanapun orang melayu tidak sanggup untuk berubah dan menjadi kuasa ekonomi…apakah orang islam ini terlalu bodoh dan terlalu manja….apa yang kami utarakan disini memang pahit… namun secara logiknya kebenaran memang pahit untuk diterima…

Kita lihat diari harian seorang melayu yang kami ambil berdasarkan pemerhatian..kami sendiri..

6.30 pagi = selepas solat subuh ..pergi kerja.

7.00 pagi = dah siap “punch card”… sarapan pagi roti telur dan the tarik di kedai mamak sambil baca surat khabar yang dibeli di sebuah kedai serbaneka 24 jam

8.00 pagi =masuk opis kerja , kerja,kerja dan ngumpat dan tikam belakang dan lain lain lagi.

10.15 pagi =banyar duit motor dan insuran kat kedai Ah Chai….Motor bersebelahan dengan PUTRA Bike…milik bumiputera.

1.00 tgh = oleh kerana cukup bulan makan nasi kandar… kat hujung bangunan.

2.00 ptg =sebelum masuk opis singgah ke kedai serbaneka yang bersebelahan dengan kedai runcit Ahmad untuk beli reload.

5.00 ptg =Abis kerja…. Sebab jalan jem…gi minum dulu kat kedai mamak.

7.30 ptg =Sampai rumah tengok kepala paip rosak dan beras pun dah habis.. so pergi ke Kedai Runcit Letchumi..bersebalahan dengan kedai hardware Rahim beli barang.

Bila tengok diari ini kami terpikir dimana hak-hak saudara islam
kita….

Dimana perginya kedai makan Pak usu, kedai kopi Pak Mat,
dimana perginya kedai motor azhar, dimana perginya syarikat
insurans takaful ,dimana kah kita dalam membantu saudara kita…

ya memang dari segi kualiti perkhidmatan mungkin orang kita
banyak yang kurang….tetapi apa salahnya bagi teguran dan
sokongan kepada mereka….hina sangatkah peniaga melayu
ini…yang peniaga pun satu hal pulak… awat hangpa tak mau
ambik….stok dengan orang kita… awat hangpa tak mau juai Ayam
Kita, Mee Ibu, Mee Segera fathiah , Ubat Gigi Mukmin… hang pa
pun tak mau tolong orang hangpa sendiri… “orang lain” lagi
lah…..

Sesungguhnya kita akan ditanya apabila kita mati kelak kemana harta kita dibelanjakan…. Adakah kita belanja untuk mengembalikan maruah umat islam atau kita berikan kepada “orang lain” supaya mereka dapat bermegah dan memijak kepala kita… mempersoalkan mahkamah syariah, memaksa anak-anak kita apabila hendak berkerja dengan mereka maka tudung harus ditanggalkan…

Sampai bila kita nak bermegah dengan hasil dari kejayaan kita tidak membantu saudara kita…. Sampai bila kita nak bermegah dengan menghancurkan bangsa sendiri…

sampai bila kita nak bermegah apabila anak-anak kita ditidakkan haknya dalam membangunkan Negara…

sampai bila kita nak bermegah dengan kereta Ferarri yang kita ada sedangkan saudara kita hanya mepunyai basikal… s

ampai bila.. ayuh ..bangunlah lah bangsaku….usahlah kau berfikir untuk mengubah dunia tetapi pikirlah bagaimana nak mengubah dirimu sendiri membantu saudara-saudara mu.

Hasrat kami bukan nak berkempen tetapi kalau kita tak tolong bangsa kita adakah “cha ya nun alif” nak tolong… kita dah dapat lihat selepas tsunami politik, apa yang berlaku.. apakah kita rabun atau tuli dalam mendengar rintihan saudara kita….

Ingatlah saudara-saudaraku….. tanpa perpaduan, tanpa kesatuan, dan tanpa pengorbanan kita akan kekal sebagai bangsa yang akan diperkotak-katikkan….

Ketepikan fahaman politik untuk mendapatkan kuasa…tetapi politik yang akan membela agama, bangsa dan negara…haruslah kita pertahankan..

Jangan jadi seperti “Puppet Minister” yang pernah wujud di Perak..”Orang lain” yang hilang kuasa orang lain yang baring dijalan raya tetapi jadilah seperti Tun Perak…yang bijak merencanakan…hingga Melaka menjadi kuasa dunia.

Sesungguhnya kebaikan yang saudara-saudara lakukan mungkin hasilnya tidak dapat dilihat sekarang tetapi Sesungghnya Allah s.w.t Maha Adil dan Maha Mengetahui.. serta Maha Penyayang maka keberkatannya pasti ada.

DARI
SUARA BARU PEMUDA kAPAR

Wednesday, February 11, 2009

Rakyat Selangor Membantah Karpal
















































Shah Alam- hari ini pada tanggal 11 FEBRUARI 2009, lebih 1000 orang telah hadir untuk menyatakan bantahan mereka kepada YB karpal Singh diatas kebiadapannya dan penghinaaannya kepada raja-raja melayu dan orang Melayu.
Antara isi laporan polis yang telah dibuat oleh YB Tuan Abdul Shukur Hj. Idrus, Ketua Pemuda UMNO Selangor pada jam 4.30 petang ialah:
  1. TINDAKAN PENGERUSI DAP , YB KARPAL SINGH MENGEMUKAKAN SAMAN TERHADAP SERI PADUKA SULTAN PERAK ADALAH SATU PENYALAHGUNAAN PROSES MAHKAMAH ADALAH BERNIAT JAHAT DAN BERTUJUAN UNTUK MENGHERET INSTITUSI DI RAJA KE KANCAH SKANDAL UMUM.
  2. YB KARPAL SINGH SEBAGAI PENGAMAL UNDANG-UNDANG SEDIA MAKLUM BAHAWA TINDAKAN SULTAN DALAM KAPASITI DI RAJANYA TIDAK BOLEH DIPERSOAL DI MAHKAMAH, BAHKAN KARPAL PERNAH MENCUBA TINDAKAN INI SEBELUM INI TETAPI TIDAK BERJAYA.
  3. MAJLIS PEGUAM JUGA TELAH MEMBERI PANDANGAN UNDANG-UNDANG BAHAWA TINDAKAN SULTAN DALAM KAPASITI DIRAJA ADALAH DILUAR BIDANG KUASA MAHKAMAH.
  4. TINDAKAN MENYALAHGUNA PROSES MAHKAMAH UNTUK MENGHERET INSTITUSI INI DALAM KARPAL SINGH MENGETAHUI ADALAH SATU TINDAKAN YANG JAHAT SERTA BIADAP DAN MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR HASUTAN BERSIFAT JENAYAH.
  5. SAYA MENYERU PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN JABATAN PEGUAM NEGARA UNTUK MENGKAJI SETIAP ASPEK PLIDING DAN HUJAH YB KARPAL SINGH DI MAHKAMAH NANTI SAMA ADA IANYA BERSIFAT HASUTAN DAN SEBALIKNYA. TIADA PERLINDUNGAN (PRIVILLEGE) DISISI UNDANG-UNDANG UNTUK PERBUATAN HASUTAN MESKIPUN IANYA DILAKUKAN DI DALAM MAHKAMAH.
  6. KAMI WARGANEGARA DAN KERAKYATAN MALAYSIA, KHUSUSNYA ORANG MELAYU SANGAT TERGURIS HATI DAN MARAH ATAS PENGHINAAN YANG TELAH DILEMPARKAN OLEH YB KARPAL SINGH KEPADA PADUKA SERI SULTAN PERAK DAN RAJA-RAJA MELAYU.

YANG BENAR

ORANG ISLAM









Tunjukan Kita Bersatu Mempertahankan Raja-Raja Melayu

Assalammualaikum,

Pada Jam 3.30 Petang Hari INI 11 Februari 2009 satu lapuran Polis akan dibuat oleh UMNO Selangor bagi membantah kebiadapan karpal dan juak-juak nya yang telah menderhaka kepada DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Sehubungan dengan itu
SELURUH UMAT ISLAM DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA MENYERAHKAN LAPORAN TERSEBUT.


TEMPAT BERKUMPUL: BANGUNAN UMNO SELANGOR BERSEBELAHAN HOTEL BLUEWAVE.
JAM:3.30PETANG
TARIKH:11/02/2009
P/S: SEGALA KAIN RENTANG, LILITAN KAIN KUNING, ADALAH DIALU-ALUKAN'''''''''
Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Friday, February 6, 2009

Ayuh Bangsaku tegakkan Agamamu....Allahuakbar!!!

Assalammualaikum,

saya mengesyorkan supaya seluruh UMAT ISLAM ..... agar bangkit mempertahankan DYMM SULTAN PERAK... DAN SELURUH SISTEM KESULTANAN MELAYU ISLAM... YANG MERUPAKAN PAYUNG KEPADA AGAMA ISLAM DI MALAYSIA....SESUNGGUHNYA TAATILAH PEMERINTAHMU SELAGI MEREKA TIDAK MENYURUHMU KUFUR KEPADA ALLAH S.W.T... ALLAHHUAKBAR....

dan sedarlah wahai bangsaku..... ini kita adalah bangsa melayu islam ... yang beradat, beragama, dan mempunyai tatasusila........

yang derhaka...lucutkan segala kelebihan mereka......

YANG BENAR
SAIFULISLAM
WARGA UMNO DUN SUNGAI PINANG
MERANGKAP RAKYAT NEGERI SELANGOR.........

Tuesday, December 30, 2008

Kuala Terengganu sapa yang dapat (antara kebatilan dan Keiklasan)














































Assalammualaikum,
























Sila pastikan anda tidak memilih Parti PAS di dalam PRK Kuala Terengganu.. Sila tuan pastikan tuan dapat memilih parti yang konsisten dan telah terbukti berjasa kepada masyarakat Islam dan Melayu.. Pastikan meraka yang anda pilih tidak akan mengubah atau ataupun mencabar hak keistimewaan orang melayu dan agama islam... pastikan meraka tidak berdiam diri apa bila dicabar pastikan mereka tidak flip flop dan bercakap bak kata orang lidah bercabang (di kelantan husam kata nak buat hukum hudud, bila mai kl jumpa Guan Eng kecut perut pastu terus tak leh buat apaper citer.... cuba pikir apa guna kalo nama islam, pemakaian islam. perwatakan kurang melambangkan islam... lidah bercabang ni maksudnya munafik la kan... pastu tengok kat kelantan kenapa anak muda disana semua lari berkeja di negeri lain .. sebab perancangan ekonomi pas tak betul... mungkin ada yang kurang.. sehinggakan industri hiliran dan anak mudanya semua tidak dapat meyumbangkan bakti di negeri sendiri.... pasal hukum hudud. saya bukan nak menyangkal ajaran islam... tapi alangkah baiknya kalau segala tindakan yang kita buat tidak akan memburukan islam itu sendiri...islam ini penuh dengan kesyumulan, kebaikan dan penuh dengan adab sopan amat baikk.. sesuai dengan tahap islam sebagai addin... agama yang terbaik didunia... so jadikan sesuatu yang kita akan buat mempromosikan islam itu sendiri.. yang akan membantu ekonomi islam itu sendiri... cuba lihat apa yang mereka buat bila ada ahli pakatan yang mengatakan seks luar nikah itu sedekah... ini menunjukan pas tidak boleh memimpin ... dan PAS bukan lah parti yang dominan dalam pakatan rakyat... dan sehingga kini mereka tak boleh declare sapa dia ketua dalam pakatan rakyat ....cuba tanya akil hai ... apa citer beb lu punyer citer tak konsisten beb..... cuba tanya ngan mustafa ali ...tentang target 16 september 2008 naper jadik tak sebulu dengan pimpinan pas pusat dan "ketua kampungnyer" (TGNA)







adakah kerana anwar ibrahim beli kerusi yang salah di ikea atau court mamorth sampai bila pengikut parti PAS... dan orang melayu akan terus tertipu dengan mereka ini..... bangunlah sedarlah meraka ini hanyalah orang yang mementingkan kuasa tetapi tidak tahun bagaimana nak menggunakanya... lihat sahajalah bagaimana mereka memerintah di selangor.... tak pasal-pasal jadik negeri peluar b--i berskala besar..... (al maklumlah untung lebih....) takut nanti bila dapat perintah kualaterengannu pulak jadik mangsa.......) dari banyak masjid dekat KT. takut jadik BANYAK B--I





* semua gambar adalah ehsan dari http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2008_10_01_archive.html



















artikel dari.... sharpshooter sungai pinang

Tuesday, December 23, 2008

Program NGO tapi ok gak kalo gi



program ni kengkawan antar email kalo kita boleh kita gi le .. majlis ilmu apa nak takut.. aku rasa suara baru ni ialah suara baru rakyat malaysia kottt