Shah Alam- hari ini pada tanggal 11 FEBRUARI 2009, lebih 1000 orang telah hadir untuk menyatakan bantahan mereka kepada YB karpal Singh diatas kebiadapannya dan penghinaaannya kepada raja-raja melayu dan orang Melayu.
Antara isi laporan polis yang telah dibuat oleh YB Tuan Abdul Shukur Hj. Idrus, Ketua Pemuda UMNO Selangor pada jam 4.30 petang ialah:
- TINDAKAN PENGERUSI DAP , YB KARPAL SINGH MENGEMUKAKAN SAMAN TERHADAP SERI PADUKA SULTAN PERAK ADALAH SATU PENYALAHGUNAAN PROSES MAHKAMAH ADALAH BERNIAT JAHAT DAN BERTUJUAN UNTUK MENGHERET INSTITUSI DI RAJA KE KANCAH SKANDAL UMUM.
- YB KARPAL SINGH SEBAGAI PENGAMAL UNDANG-UNDANG SEDIA MAKLUM BAHAWA TINDAKAN SULTAN DALAM KAPASITI DI RAJANYA TIDAK BOLEH DIPERSOAL DI MAHKAMAH, BAHKAN KARPAL PERNAH MENCUBA TINDAKAN INI SEBELUM INI TETAPI TIDAK BERJAYA.
- MAJLIS PEGUAM JUGA TELAH MEMBERI PANDANGAN UNDANG-UNDANG BAHAWA TINDAKAN SULTAN DALAM KAPASITI DIRAJA ADALAH DILUAR BIDANG KUASA MAHKAMAH.
- TINDAKAN MENYALAHGUNA PROSES MAHKAMAH UNTUK MENGHERET INSTITUSI INI DALAM KARPAL SINGH MENGETAHUI ADALAH SATU TINDAKAN YANG JAHAT SERTA BIADAP DAN MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR HASUTAN BERSIFAT JENAYAH.
- SAYA MENYERU PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN JABATAN PEGUAM NEGARA UNTUK MENGKAJI SETIAP ASPEK PLIDING DAN HUJAH YB KARPAL SINGH DI MAHKAMAH NANTI SAMA ADA IANYA BERSIFAT HASUTAN DAN SEBALIKNYA. TIADA PERLINDUNGAN (PRIVILLEGE) DISISI UNDANG-UNDANG UNTUK PERBUATAN HASUTAN MESKIPUN IANYA DILAKUKAN DI DALAM MAHKAMAH.
- KAMI WARGANEGARA DAN KERAKYATAN MALAYSIA, KHUSUSNYA ORANG MELAYU SANGAT TERGURIS HATI DAN MARAH ATAS PENGHINAAN YANG TELAH DILEMPARKAN OLEH YB KARPAL SINGH KEPADA PADUKA SERI SULTAN PERAK DAN RAJA-RAJA MELAYU.
YANG BENAR
ORANG ISLAM
No comments:
Post a Comment