Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Friday, July 24, 2009

Kalo mufti pun tak cayer tak tahulah .. nak ikut saper....


Islam tidak berkompromi perkara jejas akidah - Mufti

KUALA LUMPUR 23 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meminta mereka yang pernah hadir dalam perhimpunan lilin bagi memperingati kematian segera bertaubat kerana perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan Islam.
Beliau berkata, Islam tidak pernah berkompromi dalam perkara-perkara yang boleh menjejaskan akidah kerana ia merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang.
''Kita harus jelas tentang perkara ini iaitu setiap majlis yang dianjurkan oleh orang bukan Islam bagi memperingati kematian dalam apa jua bentuk sekalipun adalah haram bagi seseorang Islam menyertainya.
''Kita (muslim) hanya dibenarkan melakukan ziarah sahaja. Perkara ini jangan dipandang ringan kerana mereka yang melakukannya boleh jatuh syirik".
Saya amat berharap umat Islam mengambil berat tentang perkara ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika mengulas isu tersebut meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung perbuatan yang dilakukan oleh Mohammad Nizar.
Dewan Ulama Pas pula menyifatkan majlis yang disertai oleh Mohammad Nizar itu sebagai meragukan dan sepatutnya beliau tidak hadir kerana adanya sifat berkenaan.
Dalam pada itu, ketika menjawab satu soalan berhubung isu berkenaan, Harussani berkata, Rasulullah dalam satu hadisnya pernah memberitahu bahawa sesiapa yang menyerupai satu-satu kaum itu, dia akan termasuk di dalam kaum tersebut.
''Orang Islam dilarang meniru cara dan tindak tanduk kaum lain dan ini telah pun dipesan oleh Rasulullah dalam satu hadisnya. Sebagai umatnya, kita wajib menjadikan hadis ini sebagai panduan,'' tekan beliau.
Sementara itu, beliau berkata, orang Islam yang menziarah kematian orang bukan Islam dilarang membaca doa ke atas mayatnya.
sumber utusan Malaysia

3 comments:

  1. Hairannya mereka lebih mempercayai orang kafir yang nyata menentang Islam itu dari Mufti yang menegakkan Syiar Islam.Memang dunia di akhir zaman.Selagi sang kafir tak dapat memerintah negara selagi itulah pelbagai cara mereka akan lakukan untuk menjatuhkan Islam.

    ReplyDelete
  2. SLM BRO.. MUNGKIN PERCAYA PD TOK GURU AJIS SBB DIA 'SPIRITUAL LEADER' YG X PERNAH PERCAYA PADA PENDAPAT ATAU FATWA ULAMA2 LAIN SELAIN DR FATWA MERAPU DIA SENDIRI

    ReplyDelete
  3. Salam....Nizar bakar lilin yang Anwar and the gang sembah mayat.....ape nak jadi diorang ni....tgk video klip at my page bro....

    ReplyDelete