Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Thursday, January 29, 2009

Jejak Pemimpin UMNO Bahagian Kapar





Assalammualaikum,
Pada 14 Januari 2009 yang lepas, Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian kapar telah menganjurkan program Jejak Pemimpin UMNO Bahagian Kapar.
Jejak Pemimpin kali ini telah membuat lawatan dan kunjungan hormat ke rumah Tuan Haji Samak Bin Haji Ahmad bekas Setiausaha UMNO Bahagian Kapar yang kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kapar...
Beliau yang dulu merupakan salah seoarang pakar dalam pendebatan UMNO Dun Sungai Pinang khasnya dan UMNO Bahagian Kapar amnya telah menyampaikan berberapa amanat kepada Pergerakaan Pemuda UMNO .dan telah melahirkan hasratnya agar DUN Sungai Pinang khasnya dan Negeri Selangor amnya akan kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional pada PRU yang akan datang. Ujar beliau lagi PEMUDA haruslah lebih berani dan secara istiqamah terus setia membela rakyat dan mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Rombongan ke kediaman beliau pada petang tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Tuan Haji Rosli Bin Abdul Hamid, Naib Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Saudara Norazizi Bin Ishak, Setiausaha Pengerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar Saudara Sharul Nizal Bin Haji Ali, Encik Salam Hj Othman AJK UMNO Bahagian Kapar, Fuad Syahrin Misbah, Penyelaras Pergerakkan Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang, Encik Khairuddin Bin Sumarnak Pengerusi JKKP Rantau Panjang dan ramai lagi ajk pemuda dan UMNO Bahagian Kapar yang hadir dalam Majlis tersebut.
Wacana Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang mendoakan agar Tuan Haji Samak sekeluarga terus sihat dan dilindungi serta dirahmati Allah s.w.t.. Buat Pergerakkan UMNO Bahagian Kapar tahniah dan tahniah diatas kejayaan program tersebut. Moga lebih banyak lagi program akan diadakan untuk memberikan "human touch" kepada seluruh rakyat di Bahagian Kapar ini.

3 comments:

  1. moga teruskan usaha. Maaf, x dpt bersama. Petang Rabu ada GERKO dan meeting. Dah tugas...

    ReplyDelete
  2. saya tertarik dengan Jejak pemimpin2 yang saudara buat..baguslah tu..kita kenang pemimpin lama. boleh tak nak dapatkan maklumat gerak kerja hj Samak bin Ahmad sejak dia menjadi su lagi.kalau yang baik tu kita jadikan contoh..yang kurang kita betulkan

    ReplyDelete