Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Saturday, January 31, 2009

Konvoi Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Sungai Pinang Dalam







Pahang: Pada 24-27 Januari 2009 Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Pinang Dalam telah berkonvoi ke Cherating Pahang. Tujuan konvoi kali ini ialah untuk merapatkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli pemuda. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka,BBQ,aktiviti pantai dan banyak lagi. Mereka menginap di Riserve Tree Poin Motel, Pantai Cherating.
Menurut Penyelaras Program, Mohd Amzar Bin Zainurdin program kali ini telah mendapat banyak sokongan dari semua pihak di Kg Sungai Pinang terutama sekali daripada Penasihat program ini iaitu Saudara Sharul Nizal Ali yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Sungai Pinang Dalam merangkap Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian KAPAR.

Seramai 24 orang pemuda terdiri daripada ahli Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Pinang Dalam telah menyertai konvoi kali ini. Menurut Mohd Zaki bin Ahmad banyak program yang dirancangkan telah berjaya dilaksanakan walaupun telah mengharungi perjalanan sejauh lebih kurang 300 kilometer. Kerjasama dikalangan ahli amat hebat sekali apabila mereka bersama-sama telah membantu peserta lain yang kerosakan motornya. Berberapa orang peserta juga telah mengharumkan nama Pemuda Cawangan Sungai Pinang Dalam apabila mereka telah membantu mengawal lalulintas di Kuantan apabila telah berlaku kemalangan diantara sebuah pajero dan kancil.

Bicara Sungai Pinang mengucapkan tahniah kepada Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Pinang Dalam kerana telah berjaya mengadakan aktiviti ini. Mudah-mudahan program seperti ini akan menarik lebih ramai pemuda-pemuda di sekitar Kg Sungai Pinang Dalam. Syabas Diucapkan

No comments:

Post a Comment