Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang
Showing posts with label Haji Samak. Show all posts
Showing posts with label Haji Samak. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

Rumah Terbuka Dun Sungai Pinang




Rumah terbuka pergerakkan pemuda UMNO DUN Sungai Pinang telah diadakan di Rumah Ketua Pemuda Cawangan Telok Kapas, Rantau Panjang, Saudara Hapizi Bin Rohmat

Sejak jam 8 malam telah ramai penduduk sekitar DUN Sungai Pinang telah menghadiri rumah terbuka tersebut, menurut Penyelaras DUN Sungai Pinang, Saudara Fuad Syahrin Misbah kehadiran kali ini adalah luar jangkaan kerana hampir 500 ratus orang hadir untuk beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin setempat.
Turut Hadir pada majlis tersebut ialah Dato Abdul rahman Bin Palil, Ketua UMNO bahagian Kapar, Dato Haji Faizal Bin Abdullah, Timbalan Ketua Bahagian, Tuan Haji Ghazali Bin Mohd Amin, Naib Ketua Bahagian, Tuan Haji Samak Idris , Pengerusi tetap UMNO Bahagian kapar.

Thursday, January 29, 2009

Jejak Pemimpin UMNO Bahagian Kapar





Assalammualaikum,
Pada 14 Januari 2009 yang lepas, Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian kapar telah menganjurkan program Jejak Pemimpin UMNO Bahagian Kapar.
Jejak Pemimpin kali ini telah membuat lawatan dan kunjungan hormat ke rumah Tuan Haji Samak Bin Haji Ahmad bekas Setiausaha UMNO Bahagian Kapar yang kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kapar...
Beliau yang dulu merupakan salah seoarang pakar dalam pendebatan UMNO Dun Sungai Pinang khasnya dan UMNO Bahagian Kapar amnya telah menyampaikan berberapa amanat kepada Pergerakaan Pemuda UMNO .dan telah melahirkan hasratnya agar DUN Sungai Pinang khasnya dan Negeri Selangor amnya akan kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional pada PRU yang akan datang. Ujar beliau lagi PEMUDA haruslah lebih berani dan secara istiqamah terus setia membela rakyat dan mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Rombongan ke kediaman beliau pada petang tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Tuan Haji Rosli Bin Abdul Hamid, Naib Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Saudara Norazizi Bin Ishak, Setiausaha Pengerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar Saudara Sharul Nizal Bin Haji Ali, Encik Salam Hj Othman AJK UMNO Bahagian Kapar, Fuad Syahrin Misbah, Penyelaras Pergerakkan Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang, Encik Khairuddin Bin Sumarnak Pengerusi JKKP Rantau Panjang dan ramai lagi ajk pemuda dan UMNO Bahagian Kapar yang hadir dalam Majlis tersebut.
Wacana Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang mendoakan agar Tuan Haji Samak sekeluarga terus sihat dan dilindungi serta dirahmati Allah s.w.t.. Buat Pergerakkan UMNO Bahagian Kapar tahniah dan tahniah diatas kejayaan program tersebut. Moga lebih banyak lagi program akan diadakan untuk memberikan "human touch" kepada seluruh rakyat di Bahagian Kapar ini.