Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang
Showing posts with label Dun Sungai Pinang. Show all posts
Showing posts with label Dun Sungai Pinang. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

Rumah Terbuka Dun Sungai Pinang




Rumah terbuka pergerakkan pemuda UMNO DUN Sungai Pinang telah diadakan di Rumah Ketua Pemuda Cawangan Telok Kapas, Rantau Panjang, Saudara Hapizi Bin Rohmat

Sejak jam 8 malam telah ramai penduduk sekitar DUN Sungai Pinang telah menghadiri rumah terbuka tersebut, menurut Penyelaras DUN Sungai Pinang, Saudara Fuad Syahrin Misbah kehadiran kali ini adalah luar jangkaan kerana hampir 500 ratus orang hadir untuk beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin setempat.
Turut Hadir pada majlis tersebut ialah Dato Abdul rahman Bin Palil, Ketua UMNO bahagian Kapar, Dato Haji Faizal Bin Abdullah, Timbalan Ketua Bahagian, Tuan Haji Ghazali Bin Mohd Amin, Naib Ketua Bahagian, Tuan Haji Samak Idris , Pengerusi tetap UMNO Bahagian kapar.

karnival Mesra Orang Kampung









Karnival Mesra orang Kampung yang diadakan di Sekolah Rendah Kebangssaan Rantau Panjang telah dianjurakan oleh Gerakan Belia 4B Kampung Rantau Panjang, Pergerakkan Pemuda UMNO DUN Sungai Pinang dan Pergerakan Pemuda Barisan Nasioanal Dun Sungai Pinang.

Antara acara yang telah dijalankan ialah:

Teka Kacang Dalam Botol
Pertandingan Wau Kebangsaan
Tarik Tali
Persembahan Askara Wataniah
Pameran Askar Wataniah
Pameran BOMBA,
Gerai Jualan
Cabutan Betuah

Karnival juga diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Abdul Rahman Bin Palil, Ketua UMNO Bahagian KAPAR, Datuk Song Kee Chai, Ketua MCA Bahagian KAPAR, Tuan Haji Gahzali Bin Mohd Amin, Naib ketua UMNO Bahagian.

menurut Datuk Song Kee Chai Majlis-*majlis sperti ini akan memupukkan lagi Semangat 1 Malaysia yang Diperkenalkan Oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Friday, August 7, 2009

Dulu Kata kalo PAS..memerintah kita akan haramkan...
















Apabila pegawai MBSA merampas arak dari sebuah kedai serbaneka..saya telah dengan cara yang spontan berkata... "alhamdulillah, ada perubahan... namun apabila tiga orang adun DAP memarahi YB Hassan Ali.. saya juga terdetik mungkin ini lah detik nya penyatuan umat islam yang telah lama terpisah...





Ada yang bertanya kepada saya habis tu kalo lepas hantar memorandom ini ... MBSA akan rampas balik ker...?





Ada juga yang bertanya... kenapa dulu UMNO biarkan sahaja.. benda haram jadah ini dijual... dan sekarang nak hantar memorandum bantahan..





Jawapan saya inilah.. pengundi telah memilih PAS dengan harapan agar seluruh tempat yang majoritinya agama islam tidakan akan ada pejualan arak disitu dan juga janji janji yang lain yang dibuat semasa berkempen.. mungkin akan ada yang menafikannya ... sesungguhnya Allah Maha Besar.





So saya melihat inilah peluangnya.. satu-satunya peluang yang ada oleh peduduk Shah Alam .. untuk menghalang Arak, dan benda benda lain yang sewaktu dengan nya dijual Sebuah Bandaraya yang majoritinya orang melayu.





Tuan-tuan para pembaca sekalian...dimanakah letaknya maruah kakitangan MBSA, kakitangan kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama islam..apabila diarahkan agar memulangkan kembali arak yang telah dirampas.. meeka telah mejalankan tugas... dimanakah integriti mereka.. apakah kita sebagai umat islam hanya memerhatikan tindak tanduk mereka...










Dalam isu ini saya meberikan perhormatan atau pun tabik spring kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam yang telah berkerjasama dengan ahli PAS serta penduduk seksyen 8 Shah Alam yang telah menghantar memorandum bantahan tindakan Adun Pandamaran dan menyatakan sokongan kepada kakitangan MBSA diatas tindakan mereka merampas arak tersebut..










Perhimpunan tersebut juga telah turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Shah Alam Saudara Azahari, Ketua Pemuda Umno Selangor Saudara Suhaimi dan Ketua Pemuda Serdang Ungku Salleh.










Walaubagaimanapun apa yang saya kesalkan ialah kesedaran UMAT ISLAM masih rendah akan peluang ini.. dan saya juga sebagai warga negeri menantikan masih menantiikan apakah respon dari seluruh Bahagian Pemuda di selangor.. bagaimana di Bangi, di bukit Mahkota Bangi, di kota anggerik di Seri Andalas di dengkil di Jenjarum, Banting , Morib, di Meru, Ijok, dan juga saya masih menantikan Apakah kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai perkara ini,










Apa pula reaksi Pesuruhjaya PAS selangor apabila Timbalan nya membuat kenyataan di Akhbar Sinar hari ini.. 7 Ogos 2009...Ronny Lew di TV3 dan NTV7










Allahhuakbar, Allahuakbar, Allahhuakbar

Monday, July 27, 2009

Tersangatlah setuju

Jangan guna media untuk selesai masalah dalaman parti: Muhyiddin

MUNYONYO (Uganda): Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak menggunakan media sebagai medan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti. "Kita tidak perlu memberitahu kemelut parti masing-masing. Ini akan menambah buruk perspektif negatif masyarakat pada kita. Semua parti ada masalah tetapi yang penting ialah macam mana mengatasinya. "Apapun masalah dalaman parti mesti diselesaikan sendiri dan tidak perlulah pergi (kepada) media," katanya kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut politik yang melanda parti MCA yang menyaksikan Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan media mengenai satu sama lain. Semalam, Chua meminta Ong supaya tidak berterusan menimbulkan suasana tegang dalam parti dengan mendakwa ada pihak cuba menjatuhkannya dan sebaliknya memfokuskan kepada usaha mengukuhkan ahli parti dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pengangkutan. Muhyiddin berkata: "Kalau kita dedahkan dan dihamburkan ke khalayak ramai, ia tidak membantu menyelesaikan masalah or memulihkan imej parti.
"Kita kena hati-hati. Walaupun masalah dalaman, kita tidak boleh elak ia jadi sebahagian dari masalah Barisan Nasional. Kita berjuang atas landasan BN". Berikutan itu, beliau menasihatkan pemimpin parti komponen BN supaya mengambil pendekatan musyawarah (berunding) untuk menyelesaikan masalah dalaman parti. "Saya tahu ia tidak semudah itu. Tapi kalau kita cuma nak pertahankan kedudukan kita dan tidak mengambil kira kesan lebih besar dari apa yang kita lakukan, itu tidak beri faedah. "Apa yang penting ialah ialah bagaimana kita meningkatkan keyakinan rakyat terhadap BN," katanya. - Bernama

Wednesday, July 15, 2009

Wacana Pemuda UMNO Semua Dijemput Hadir


Wacana Ilmu:-Wacana Suara Baru-krisis keyakinan Melayu pd 15/7/09, jam 8.30mlm brtmpat d Pej Dun Sg Pinang, Rt Pjg. Kehadiran tuan amat dhargai. Semua rakyat sungai pinang dan blogger di jemput hadir.

Wednesday, June 10, 2009

Pemilihan Nazir..Kecoh..

Assalammualaikum,
apa nak jadik ni ... malu betullah... bila institusi yang selama ini menjadi simbol kepada perpaduan umat islam telah menjadik penyebab kepada kekecohan yang berlaku... Cuba lihat Sinar Harian.. 10 Jun 2009.. masuk muka depa plak tu...
saya percaya bukan sahaj disana.. di Sungai Pinang pun mungkin kecoh....ura-ura dah kedengaran... jadik buah mulut peduduk kampung Sg Pinang..
Cuba banyangkan dah menang dapat undi terbanyak tapi tak terpilih....yang no 3 pulak terpilih... tu lah masjid jangan dipolitikan...baik buat jer lantikan takyah buat pemilihan...
apa raa...sekarang pernah kita dengar orang berebut tokong, kuil ker... takder... tapi sekarang ni. Masjid.. jadi isu...oleh penduduk kariahnya sendiri...
cuba pk kanlah dengan hati yang terbuka...

Wednesday, May 27, 2009

Pejuang Agama...dalam PAS..

Kalo kita nak berjuang saya pernah dengar dan baca... kalo salah mungkin boleh betulkan..dalam islam pejuangan kalo lari dari berperang...... apa maksudnnya dan apa hukumanya boleh tanya kat ulamak.... adakah dalam kita berperang....kita boleh memilih musuh yang akan kita tandingi....pkpkkanlah.. adakah beliau... yang telah berdegar-degar bercakap akhirnya takut....... dengan Exam.... ini kah pemimpin yang akan dipilih oleh PAS sebagai calon timbalan Presiden... adakah igauan hitam berentap dengan Saudara Khairy Jammaluddin itu telah menyebabkan saudara Husam hadir dan lari dari menentang EZAm... wah dalam ceramah berpolitik... lu kasi antam macam kau lah tuhan... macam ko lah yang maksum.... tapi bila nak lawan berdebat dengan Ezam ko lari....... Apakah Husam takut untuk bertembung dengan Ezam keranan Ezam mengetahui semua selok belok rasua yang berlaku dan PKR dan PAS kini... entahlah.. saya pun tak tahu ... tapi kalo ini yang berlaku.. saya rasa PAS akan menghadapi dilema yang amat pelik ... kerana Parti Tersebut telah tercalar imejnya....

"Perkara tersebut telahpun dimaklumkan secara bertulis dan lisan kepada Husam. Dan Husam bersetuju. Selepas Husam bersetuju maka pihak TV9 pun mula menayangkan iklan tesebut di stesen-stesen televisyen milik Media Prima."

untuk laporan penuh sila ker.....http://www.ruangbicarafaisal.com/2009/05/husam-mengaku-kalah-sebelum-masuk.html

Monday, April 27, 2009

Program Turun Padang, Ketua Pemuda ke Rumah Saudara Azhar





























Program Turun Padang Ketua Pergerakkan Pemuda Bahagian Kapar ke cawangan-cawangan adalah bertujuan untuk medapatkan maklumbalas hasil daripada mesyuarat pertama cawangan-cawangan dan untuk menyampaikan perancangan dan program-program pemuda Bahagian Kapar.

Perkara -perkara berbangkit yang perlu diselesaikan oleh Ketua Pergerakkan Pemuda Bahagian Kapar, Dun atau cawangan-cawangan.

Selain itu program ini juga adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara Pemuda bahagian Kapar dan juga pemuda Cawangan.

Program yang diadakan di mengikut abang angkat zon 2 Sungai Pinang iaitu Saudara Hafizzudin Muzzaiyin diadakan di rumah Saudara Azhar atau lebih dikenali sebagai kahong, ketua Pemuda Cawangan Batu 4 telah berjalan dalam susana santai , harmoni antara pimpinan bahagian dan cawangan.

Program ini telah dihadiri oleh Ketua Pergerakkan Pemuda Bahagian Kapar, Tuan Haji Roslee Bin Abd hamid , Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian kapar , Saudara Nor Azizi Bin Ishak, Setiausaha Pergerakkan Pemuda Umno Bahagian Kapar, Saudara Sharul Nizal Bin Haji Ali, Bendahari , Saudara Izam Bin Idris, Ketua Penerangan Pemuda Bahagian, Saudara Mohammad Nor bin Haji Kassim, Pengerusi Dun Sungai Pinang, Saudara Fuad Syahrin Misbah, dan semua Ketua Pemuda Cawangan di dalam dun Sungai Pinang.;

Thursday, April 16, 2009

Al-Fatihah

Assalammualaikum,

Nenek kepada Ketua Pemuda Rantau Panjang, Klang Saudara Ijam Saliman telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.30pagi ini.

Wacana Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang, Jawatankuasa Penyelaras Pergerakkan Pemuda Dun Sungai Pinang dan Pegerakkan pumada UMNO Bahgaian Kapar menyampaikan salam takziah kepada Saudara Ijam Saliman dan keluarga. Kami mendoakan agar nenda beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman . Amin Ya rabbal Allamin