Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang
Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

Penyerahan Memorandum

Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, akan menghantar memorandum membantah tindakan EXCO Selangor, YB Ronnie Liew yang mengarahkan PBT mengembalikan semula arak-arak yang dirampas. Memorandum tersebut akan dihantar esok, 7 Ogos 2009 pada jam 3.00pm di Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor

Friday, July 24, 2009

Persidangan Tahunan

Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kapar
Pada 26/07/2009 Jam 8.00 Pagi
Bertempat di Klang Executive Club Bandar Baru Klang

Friday, March 27, 2009

PAU 2009

Assalammualaikum w.b.t,
disertakan email daripada pembaca

Pemilihan Agung Umno 2009 telah selesai dijalankan ...
Sekarang adalah masanya untuk kita kembali bertaut.. bersatu... bagi menghadapi lawan...diluar UMNO dan Barisan National.

seperti mana kata YAB Dato Seri Najib Tun Razak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua..

Kepada Dato Seri Sharizat Abd Jalil dan Saf pimpinannya yang baru saya ucapkan tahniah. Kepada Ketua Puteri Juga begitu....

Kepada Pemuda UMNO saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga calon.... dan juga tahniah juga kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru .,Saudara YB Khairy Jammaluddin. Tahniah sekali lagi.

Bagi saya ahli UMNO yang kerdil ini saya amat berharap agar Pemuda UMNO akan kembali kuat selepas ini.... Usahlah kita terlalu taksub dengan sesetengah pemimpin... terimalah hakikat qada -qadar dan juga hakikat bahawa kita semua adalah ahli kepada parti yang paling berjasa di Malaysia ini.

Saya bukanlah penyokong kepada mana-mana pihak... namun jauh disudut hati saya saya amat berharap agar UMNO akan kembali menjadi parti yang dominan dan relevan...apaguna kalo kita berkempen dengan hebat didalam PAU 2009 tapi kta kalah dalam semua PRK atau PRU....

Kita janganlah berperang sesama sendiri kerana sekiranya berlaku kitalah yang menjatuh Parti yang kita sanjungi dan sayangi ini.....apa guna kalo kita saling mendedahkan keburukan masing-masing dan akhirnya pihak pembangkang akan gunaknya untuk menentang kita.

kadang Kadang saya berasa sedih apabila kita bertanding kita berkempen dengan menggunakan kaedah kaedah yang amat menjatuhkan maruah....apakah ahli umno ini sudah tidak mempunyai rasa sayang , hormat dan kasih sesama sendiri.. dimana semangat setiakawan dan kejujuran yang telah disemai dan dipupuk puluhan tahun lalu.......adakah kita semakin hilang fokus didalam arus pemodenan dan globalisasi..
apakah erti melayu itu.....hayatilah, apakah dengan pepecahan yang berlaku akan memberi kemenagan yang lebih besar dan kemenangan kepada parti...?

pk..pk..kanlah....

Yang Benar
Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad

*ini adalah pendapat peribadi penulis.

Thursday, January 29, 2009

Jejak Pemimpin UMNO Bahagian Kapar





Assalammualaikum,
Pada 14 Januari 2009 yang lepas, Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian kapar telah menganjurkan program Jejak Pemimpin UMNO Bahagian Kapar.
Jejak Pemimpin kali ini telah membuat lawatan dan kunjungan hormat ke rumah Tuan Haji Samak Bin Haji Ahmad bekas Setiausaha UMNO Bahagian Kapar yang kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kapar...
Beliau yang dulu merupakan salah seoarang pakar dalam pendebatan UMNO Dun Sungai Pinang khasnya dan UMNO Bahagian Kapar amnya telah menyampaikan berberapa amanat kepada Pergerakaan Pemuda UMNO .dan telah melahirkan hasratnya agar DUN Sungai Pinang khasnya dan Negeri Selangor amnya akan kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional pada PRU yang akan datang. Ujar beliau lagi PEMUDA haruslah lebih berani dan secara istiqamah terus setia membela rakyat dan mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Rombongan ke kediaman beliau pada petang tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Tuan Haji Rosli Bin Abdul Hamid, Naib Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Saudara Norazizi Bin Ishak, Setiausaha Pengerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar Saudara Sharul Nizal Bin Haji Ali, Encik Salam Hj Othman AJK UMNO Bahagian Kapar, Fuad Syahrin Misbah, Penyelaras Pergerakkan Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang, Encik Khairuddin Bin Sumarnak Pengerusi JKKP Rantau Panjang dan ramai lagi ajk pemuda dan UMNO Bahagian Kapar yang hadir dalam Majlis tersebut.
Wacana Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang mendoakan agar Tuan Haji Samak sekeluarga terus sihat dan dilindungi serta dirahmati Allah s.w.t.. Buat Pergerakkan UMNO Bahagian Kapar tahniah dan tahniah diatas kejayaan program tersebut. Moga lebih banyak lagi program akan diadakan untuk memberikan "human touch" kepada seluruh rakyat di Bahagian Kapar ini.

Wednesday, December 31, 2008

Kejohanan Futsal Tertutup Pemuda UMNO Kariah Tanjung Syawal kali Ke5


Pada 27-28 Disember yang lepas Pergerakkan Pemuda Umno Kariah Tanjung Syawal telah dengan jayanya melaksanakan Kejohanan Futsal Tertutup di Kariah Tanjung Syawal telah mendapat sambutan hangat di kalangan warga belia di Kariah Tanjung Syawal Program ini juga telah mendapat telah mendapat penyertaan dari pergerakan wanita dan Puteri... Menurut Penyelaras Pemuda DUN Sungai Pinang Saudara Fuad Syahrin Misbah, Program ini telah mendapat sokongan penuh dan galakkan dari pada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar Saudara Tuan Haji Mohd Roslee bin Abdul Hamid. Menurutnya lagi Pemuda UMNO Bahagian Kapar Amnya dan Pemuda UMNO DUN Sungai Pinang, sentiasa komited dan konsisten dalam mejalankan aktiviti aktiviti untuk pembangunan belia setempat sehubungan dengan itu beliau amat berharap agar program- program sebegini akan dicontohi dan diteruskan dari masa kesemasa.