Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Wednesday, July 1, 2009

DAP buat GERTAK Datuk Seri Azizan Razak.. PAS kener tarik telur lagi ker

DAP kaji kedudukan dalam Pakatan Rakyat Kedah

ALOR SETAR: DAP akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat di Kedah kerana tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Pas menangani beberapa isu rakyat, terutama membabitkan masyarakat bukan Melayu. Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat di negeri ini dan sudah membincangkannya dalam satu mesyuarat parti berkenaan beberapa hari lalu. Beliau mendakwa kerajaan Pas Kedah gagal berfungsi dalam memberi keadilan kepada segelintir hak rakyat seperti yang terkandung dalam dasar kerajaan Pakatan Rakyat.
"Kita akan membawa perkara itu kepada DAP Pusat dan Pakatan Rakyat untuk dibincangkan dengan lebih terperinci. "DAP berasa kesal terhadap beberapa isu yang tidak ditangani secara adil oleh kerajaan Kedah sejak mereka mentadbir negeri ini Mac tahun lalu," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Terdahulu, beliau menghadiri bantahan parti itu terhadap tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini.
Mengikut notis yang dikeluarkan MBAS, premis itu sepatutnya dirobohkan pada penghujung Mei lalu, tetapi ditangguhkan selama sebulan yang berakhir semalam. Berikutan tamat tempoh lanjutan itu, sepasukan anggota penguatkuasa MBAS merobohkan rumah sembelihan babi itu pada jam 3.30 petang tadi. DAP mempunyai seorang wakil rakyat di Kedah, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darulaman yang disandang Lee Guan Aik.

http://http//www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090701172344/Article

1 comment:

  1. dulu UMNO nak tutup kilang babi..kata umno zalim dan menidakkan hak kaum lain..

    sekarang apa cerita..

    politik semata-mata..cakap senang..bila kena atas kepala botak masing2 baru tahu macam mana susahnya nak puaskan hati semua pihak,,,

    ReplyDelete