Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Saturday, January 31, 2009

Konvoi Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Sungai Pinang Dalam







Pahang: Pada 24-27 Januari 2009 Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Pinang Dalam telah berkonvoi ke Cherating Pahang. Tujuan konvoi kali ini ialah untuk merapatkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli pemuda. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka,BBQ,aktiviti pantai dan banyak lagi. Mereka menginap di Riserve Tree Poin Motel, Pantai Cherating.
Menurut Penyelaras Program, Mohd Amzar Bin Zainurdin program kali ini telah mendapat banyak sokongan dari semua pihak di Kg Sungai Pinang terutama sekali daripada Penasihat program ini iaitu Saudara Sharul Nizal Ali yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Sungai Pinang Dalam merangkap Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian KAPAR.

Seramai 24 orang pemuda terdiri daripada ahli Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Pinang Dalam telah menyertai konvoi kali ini. Menurut Mohd Zaki bin Ahmad banyak program yang dirancangkan telah berjaya dilaksanakan walaupun telah mengharungi perjalanan sejauh lebih kurang 300 kilometer. Kerjasama dikalangan ahli amat hebat sekali apabila mereka bersama-sama telah membantu peserta lain yang kerosakan motornya. Berberapa orang peserta juga telah mengharumkan nama Pemuda Cawangan Sungai Pinang Dalam apabila mereka telah membantu mengawal lalulintas di Kuantan apabila telah berlaku kemalangan diantara sebuah pajero dan kancil.

Bicara Sungai Pinang mengucapkan tahniah kepada Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Pinang Dalam kerana telah berjaya mengadakan aktiviti ini. Mudah-mudahan program seperti ini akan menarik lebih ramai pemuda-pemuda di sekitar Kg Sungai Pinang Dalam. Syabas Diucapkan

Friday, January 30, 2009

Buat mereka yang mengerti

Assalammualaikum, petikan dari http://abangtuah.blogspot.com

PERTEMPURAN KECIL MASIH BERTERUSAN HEHE..HEHE

PERSOALAN DARI SHA….Ok sya nak menjawab soalan diatas,yang dibangkitkan oleh Abang Tuah BPN...Isu yang dibahaskan ialah masalah sosial...Abang Tuah kata isu tudung ni di politikan,dimana kebenarannya???Memang bila anak kita dalam rumah kita dijaga dan diberi pendidikan agama akan baik adanya dan segala kesilapan boleh tertanggung kepada kita,akan tetapi jika anak kita keluar dari asuhan kita melihat dunia yang penuh dengan masalahnya ia salah siapa??salah ibubapa??atau salah pemerintah???...Siapa yang memerintah negara ibubapa atau pemerintah???Kalau anak yang baik pun bila dia didedahkan dengan perkara yang tak baik melebihi yang baik so apa cerita...takan salah ibubapa lagi kot!!!Pemimpin yang tak jaga negara dan asyik dedahkan anak muda dengan kelalaian dan keseronokan hingga melibatkan banyak masalah sosial berlaku itu antara puncanya!!!Pusat Hiburan yang bersepah-sepah hingga tak terkira banyaknya....Bab tudung ni ingat RAKYAT melihan acuan diatas...anak kecil melihat tauladan ibubapanya,so kalau yang diatas pun serabai yang dibawah apa macam!!!PEMIMPIN HARI INI AKAN DITANYA OLEH ALLAH SWT NANTI,SEBAB ITU TANGGUNGJAWAB MEREKA..KALAU DITAKBIR NEGARA DENGAN KEBAIKAN MAKA YANG MENGIKUT AKAN SAMA BAIKNYA...KALAU TAK....FIKIR-FIKIRLAH!!!----------------------------------------------------------------------------------------------JAWAPAN DAN ULASAN ABANGTUAH…SalamSha..sha..Maaf abangtuah terpaksa mengatakan bahawa penjelasan Sha terlalu dangkal (singkat) , sedikit emotional dan kepartian.Kenapa ye..selalu bersikap menyalahkan Kerajaan dan orang lain didalam sesuatu hal. Kenapa enggan terbuka sedikit…Berkaitan agama dan iman. Ianya bukanlah semata-mata tanggungjawab kerajaan sahaja menentukan. Ia nya juga adalah tanggungjawab individu sendiri.Sekiranya diri dan keluarga terdidik dengan ilmu agama yang cukup dan iman yang kuat makanya datanglah sekelian dugaan dan badai tetap mampu di harungi juga.Insyallah jika anak-anak dilentur dan di bentuk dengan baik oleh ibubapa penjaganya ianya akan selamat mengharungi waima apa jua dugaan yang datang. Sebagai contoh Sha dan Ummi sendiri...apakah pernahkah terjerumus didalam kancah maksiat ? ..hahaha...(Jawab)Jadi disitulah madsud abangtuah..walau dimana kita berada..jika cukup ilmu agama didada maka tentu selamat.Jadi dimana salahnya Kerajaan pula. Wal hal, Kerajaan telah pun menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya iaitu menyediakan berbagai kemudahan bagi rakyat untuk mempelajari ilmu agama bagi membentuk diri dan keluarga.serta masyarakat.Apa kemudahan agama yg masih tidak mencukupi yang belum di sediakan oleh kerajaan...surau..mesjid...imam-imam...sekolah agama...universiti islam...ustad...ulama...bahan bacaan dan rujukan agama...program dan rancangan keagamaan...kuliah-kuliah...Cuba sebut apa yang tak mencukupi lagi? Malah Malaysia inilah antara Negara Islam yang terbaik dari segi pendekatan dan dan perlaksanaan serta penerapan nilai-nilai islam kepada penganutnya.Kenapa semua ini Sha dan kaum semertabat enggan lihat…enggan tafsirkan dan terjemahkan. Apakah perkara yang baik dibuat oleh Kerajaan itu amat memedihkan mata Sha…membingitkan telinga Sha.Kenapa perubahan yang amat ketara dalam masyarakat islam dari segi kefahaman nilai-nilai dan ketakwaan mereka jika dibandingkan dalam tempoh 30-40 tahun dahulu tidak Sha fikirkan..tafsir dan bandingkan dengan sekarang. Apakah kejayaan Kerajaan membawa nilai-nilai Islam dan menerapkan nilai-nilai tersebut dalam jiwa masyarakat membuatkan Sha sakit di jiwa.Kerajaan sebenarnya telah berjaya Sha…walau pun belum sepenuhnya tetapi telah berjaya dengan cara beransur-ansur…berterusan menanamkan nilai-nilai keislaman dan ketakwaan kepada masyrakat Islam di Malaysia ni. Kejayaan ini hanya dapat dirasa dengan hati yang terbuka…di lihat dengan penglihatan yang jujur.Jadi salahkah abangtuah mengatakan bahawa isu tentang bertudung dan segala hal yang ditimbulkan oleh Sha dan pihak PAS hanyalah retorika politika PAS sahaja. Sebagai senjata utama sahaja..untuk meremehkan…mencemuh Kerajaan yang ada.Kenapa Sha tak tanya sebab abangtuah berkata demikian. Sha..Sha.. ini adalah kerana segala usaha dan kebaikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan tetap PAS enggan ikhtiraf…enggan terima sebagai satu kejayaan. Malah tetap di cemuh..diremehkan hanya kerana ianya diusahakan dan dilaksanakan oleh Kerajaan.Abangtuah tetap percaya sekiranya para isteri pemimpin negara semua bertudung,,tentu akan dicari lagi kesilapan-kesilapan yang lain untuk di ketengahkan..untuk dijadikan senjata bagi mencemuh segala usaha kerajaan. Heheh..mungkin agaknya di intai sama ada mereka bersetokin atau tidak…..Aktibiti tersebut hanya akan berhenti sekiranya PAS atau PR berjaya memerintah.Itulah sebabnya tetap abangtuah terpaksa mengatakan sebahagian blogger PR gagal dalam kejujuran iaitu blogger bermisi…dengan usaha-usaha mencemuh..meremeh dan seterusnya mengobjektifkan kejatuhkan kerajaan.Ya Sha, benar pemimpin kelak akan disoal diakhirat tentang kewajipan dan tanggungjawab mereka didunia…Tapi kenapa persoalan ini hanya Sha tujukan kepada Kerajaan UMNO/BN…Kenapa pula Sha gagal melihat…menganalisa dan seterusnya terjemahkan didalam bentuk penulisan kegagalan pihak Kerajaan Negeri dibawah pemerintahan PAS atau PR mengekang segala kegiatan maksiat di negeri dibawah penguasaannya. Malah negeri tersebut kegiatan maksiat..arak…judi…masih beterusan.…hmm..mungkin lebih teruk lagi agaknya…hahaha..tak percaya tanya Perak Bangkit.Jadi kenapa segala kenyataan sumbang hanya untuk kerajaan UMNO/BN sahaja, tidak pernah untuk kerajaan PAS atau PKR atau DAP. Rasanya pemimpin Islam di negeri-negeri Islam tersebut juga tak terkecuali dari di persoalkan berkaitan tanggungjawab mereka diakhirat kelak.Jadi apakah Sha juga berkata rakyat di negeri tersebut dan mungkin termasuk Sha sendiri terikut-ikut tidak baik kerana berada di bawah pemerintahan negeri tersebut.Jadi sesekali tu berjalan-jalanlah…melihat-lihatlah dan tafsirlah lokasi-lokasi seperti Langkawi ke…Ipoh ke...Semasa UMNO memerintah dulu kawan tahu keadaannya boleh dikatakan terkawal juga…Sekarang entahlah….Jadi Sha..jangan tutup hati tu..dan juga jangan butakan mata..kalau mamandang lihatlah secara jujur-sejujurnya..agar kelak tidak dipersoalkan pula tanggungjawab awak sebagai blogger yang jujur, adil dan saksama…keh..keh..kehDengar sini ya Sha dan kaum semertabatnya.Dalam hidup Islam meliputi soal politik, pentabiran negara, ekonomi, sosial, seni dan budaya. Walau pun keduanya tidak dapat dipisahkan tetapi keduanya mempunyai sifat dan tabiat berbeza.Islam sebenarnya membezakan antara permasalahan politik dengan agama dari segi cara pengarapan kedua perkara tersebut. Agama bersifat jitu dan tepat manakala politik bersifat umum yang sentiasa difikir.Disinilah berlakunya salah faham bagi sebahagian penganut agama islam. Ada puak yang menyamakan kedua-dua perkara tersebut. Sebenarnya agama islam membezakan antara agama dan persoalan politik dalam pengertian yang sempit atau berbau kepartian.Itu sebablah usah digunakan nama agama untuk kenyataan atau isu yang berbaur dan bermotifkan politik. Atau lebih spesifiknya usah digunakan agama untuk isu rhetorik demi kepentingan politik sempit.Gunakanlah politik untuk kebaikan agama..seperti perpaduan ummah...pembangunan modal insan…kesejasteraan ummah…pembangunan negara…dan lain-lain yang baik-baiklah selain dari mencemuh sana…mencemuh sini.POLITIK TU TAK SEMPIT TAPI HANYA INDIVIDU YANG BERPOLITIK SEMPIT.ITU SEBABNYA ADA SESETENGAH ULAMA YANG SENTIASA BERDOA AGAR DIJAUHI DIRI MEREKA DARI TERJERUMUS KE DALAM KANCAH KEJAHATAN BERPOLITIK SEMPIT.
dicatat oleh AbgTuah di

Thursday, January 29, 2009

Jejak Pemimpin UMNO Bahagian Kapar





Assalammualaikum,
Pada 14 Januari 2009 yang lepas, Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian kapar telah menganjurkan program Jejak Pemimpin UMNO Bahagian Kapar.
Jejak Pemimpin kali ini telah membuat lawatan dan kunjungan hormat ke rumah Tuan Haji Samak Bin Haji Ahmad bekas Setiausaha UMNO Bahagian Kapar yang kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kapar...
Beliau yang dulu merupakan salah seoarang pakar dalam pendebatan UMNO Dun Sungai Pinang khasnya dan UMNO Bahagian Kapar amnya telah menyampaikan berberapa amanat kepada Pergerakaan Pemuda UMNO .dan telah melahirkan hasratnya agar DUN Sungai Pinang khasnya dan Negeri Selangor amnya akan kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional pada PRU yang akan datang. Ujar beliau lagi PEMUDA haruslah lebih berani dan secara istiqamah terus setia membela rakyat dan mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Rombongan ke kediaman beliau pada petang tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Tuan Haji Rosli Bin Abdul Hamid, Naib Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Saudara Norazizi Bin Ishak, Setiausaha Pengerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar Saudara Sharul Nizal Bin Haji Ali, Encik Salam Hj Othman AJK UMNO Bahagian Kapar, Fuad Syahrin Misbah, Penyelaras Pergerakkan Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang, Encik Khairuddin Bin Sumarnak Pengerusi JKKP Rantau Panjang dan ramai lagi ajk pemuda dan UMNO Bahagian Kapar yang hadir dalam Majlis tersebut.
Wacana Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang mendoakan agar Tuan Haji Samak sekeluarga terus sihat dan dilindungi serta dirahmati Allah s.w.t.. Buat Pergerakkan UMNO Bahagian Kapar tahniah dan tahniah diatas kejayaan program tersebut. Moga lebih banyak lagi program akan diadakan untuk memberikan "human touch" kepada seluruh rakyat di Bahagian Kapar ini.

Serikandi Melayu

Artikel dipertik dan GAP....... renung-renungkan dan selamat beramal

tuhan itu maha hebat. menciptakan adam dan hawa merupakan signal kehebatanNya kepada sesiapa yang berfikir. beza hawa dan adam mudah, antaranya kurniaan nisbah nafsu dan akal.
maka dengan 'satu' akal itulah kaum hawa 'mengeksploitasi' secara maksima keupayaannya mentadbir diri,rohani dan jasmani. silap tadbir boleh memakan diri, sebaliknya kira hawa pandai mentadbir maka duniawi ini pun mampu digoncangkannya.kisah adam dan hawa ini ada kaitannya dengan personaliti yang gap mahu ceritakan pada waktu ini.
hari ini dalam konteks politik perak semua manusia di malaysia membuka bicara.pelbagai persepsi dan konklusi dihujah bagi menguatkan teori. ada berkata nizar itu lembu,ada yang berkata nizar itu kambing malah ada yang berkata pasukan bolasepak kejor yeop kejor bakal mendapat maskot baru bagi menggantikan maskot lama. maskot seladang akan digantikan dengan nama baru iaitu 'selembuzar' gabungan nama seladang+lembu+nizar. wallahualam.
kenapa 'selembuzar' ? kerana nama ini begitu sesuai dengan karektor peribadi mentri besar kejor yop kejor yang kelakuannya umpama orang tongong dan bingai ..tongongnya 'selembuzar' mejual sat per satu hak islam dan melayu cukup membimbangkan.ke-bingai-an mb perak 'selembuzar' banyak memberi ruang kepada cucu-cicit chin peng mengambil kesempatan.tanah pusaka melayu antara paling teruk digadai. 'selembuzar' ini banyak diberi makan oleh pemiliknya, tauke ngeh. setiap pagi tenghari petang dan malam 'selembuzar' akan diberi makan rumput. ia hanya memakan masa 9 bulan sahaja untuk pemiliknya 'membengap-kan' menteri besar pas ini.
kebengapan 'selembuzar' telah menimbulkan reaksi yang kurang senang penduduk perak dan ini termasuklah dari pihak istana kuala kangsar sendiri. sudah 2 kali raja nazrin 'menegur' tabiat 'selembuzar' yang acapkali menggugat kedudukan melayu perak. namun teguran istana ini hanya disambut dengan laungan 'mmmooooooooo' sahaja oleh 'selembuzar'. raja pun menggeleng kepala .
tahap bingai mb perak bernama 'selembuzar' ini RRUPA-RRUPANYA turut menyakitkan hati rakan sekandang mereka dalam pakatan iaitu anwar berahim.
maka berbincanglah anwar dan pengarah strategik kategori mangkok iaitu saifudin 'katak' nasution. bila 2 mangkok ini berbincang perkara 'selembuzar' maka konklusi yang keluar pun setaraf mangkok juga.
anwar punyai masalah berdepan dengan saiful. 16 september adalah cerita bohong,cerita yang di olah untuk divert pemikiran rakyat terhadap cabaran sumpah lahanat.maka cerita divert ini perlu di ulang semula.PERAK SASARAN UTAMA, dan mangsanya adalah ADUN umno yang lemah jiwanya.
pada isnin lepas anwar telah menguhubungi 7 ADUN UMNO untuk mengajak mereka masuk pakatan. ertikata lain LOMPAT.satu ADUN sudah termakan umpan.betapa onarnya anwar menipu mereka, setiap orang yang dihubunginya TELAH DIJANJIKAN DENGAN JAWATAN MENTERI BESAR.hahaha..
ide LOMPAT ini datang dari mana ? tidak lain dari pengarah strategik kategori mangkok hayun YB saifudin 'katak' nasution. kenapa hanya ide LOMPAT sahaja yang boleh ditampilkan. jawapannya mudah. pengarah mangkok saifudin 'katak' nasution ini MERUPAKAN AHLI POLITIK NO 1 DI MALAYSIA YANG PALING BANYAK 'MELOMPAT PARTI'.PENGALAMAN LOMPAT PARTI DIGUNAKAN SEPENUHNYA OLEH BELIAU.
saifudin 'katak' nasution memulakan karier politik sewaktu beliau belajar lagi. pada waktu itu beliau merupakan ahli pas dan merupakan orang kuat ustaz nakhaie, kemudian masuk umno di waktu kemuncak anwar di tarik masuk ke dalam umno oleh dr mahathir,kemudian melompat menganggotai parti keadilan nasional pada 1999,kemudian melompat masuk semula ke dalam parti pas kerana ditawarkan jawatan pengarah yayasan tok kenali, kemudian melompat semula menjadi ahli PKR setelah ditawarkan jawatan penting oleh anwar di timur tengah dan terus dilantik menjadi pengarah strategik PKR bagi mengimbangi pengaruh azmin. harus kita ingat saifudin 'katak' nasution masih lagi merupakan ahli pas di kawasan pokok sena ! memang pelik dan sebegitulah tabiat akal pkr,semua lubang pun boleh masuk.
hari ini seorang ADUN pula di pelawa oleh anwar untuk menggangotai PKR,seterusnya mengambil alih kerusi pemerintahan pas dan 'selembuzar' di perak. 4 jam di perlukan oleh anwar untuk memujuk ketua wanita umno bahagian gopeng iaitu hamidah osman. hamidah merupakan ADUN sungai rapat dan mengikut laporan dalaman PKR, sebelum memulakan operasi LOMPAT ini anwar dan saifudin 'katak' nasution telah meneliti rakaman perdebatan dalam SIDANG DUN di perak selama beberapa hari.
ADUN sungai rapat ini merupakan 'main target' anwar dalam operasi lompat. berdasarkan maklumat dalaman PKR,kiranya anwar berjaya membawa masuk hamidah maka beliau akan dijadikan panglima utama PKR menangkis apa-apa juga tindak balas daripada pas dan 'selembuzar' !
hamidah memang punyai ketokohan berdebat. 'selembuzar' merupakan mangsa yang paling kerap dibelasah bertubi-tubi oleh kak hamidah dalam sidang DUN. kalau kita masih ingat dulu sekitar tahun 1997, pernah seorang wartawan australia di belasah lunyai oleh rafidah aziz selama 60 minit dalam temubual ekslusif secara langsung di sydney. dan ADUN sungai rapat ini sudah berada dalam kategori tersebut !
4 jam perbualan anwar dan hamidah juga membawa tawaran. MENTERI BESAR WANITA YANG PERTAMA DI PERAK DAN MALAYSIA ! anwar berbicara indah, kiranya speaker dewan pun berbangsa india maka apa kata 'kita' menabalkan seorang wanita pula menjadi menteri besar, bisik anwar pada hamidah.
hhhhaah 'kita' bisik hati hamidah.
hamidah :'bila masa "kita" ini menjadi "kita" ' sergah hamidah pada anwar.
hamidah :'lepas semua hak agama dan bangsa kamu gadaikan, berani lagi kamu panggil saya untuk bersama kamu menghancurkan lagi saki baki yang ada ! dato seri saya akan lawan kamu habis-habisan walaupun saya nyawa menjadi taruhan !!!! '..
itulah skrip terakhir antara mahamunafik anwar dan hamidah ! 4 JAM YANG MEMALUKAN ANWAR kata sumber dalaman pkr. memang benarlah kata awal gap dalam artikel ini, wanita yang hebat memang boleh menggegar dunia !

Sunday, January 25, 2009

Nak DermA IKUT PERATURAN.

Assalammualaikum,

saya terpanggil nak ulas sedikit mengenai isu derma.....kalid-kalid.... ko ni kata ahli korporat takkan lah ko tak tahu peraturan,...... adakah ini yang diajar oleh booss ko .... "matlamat menghalalkan cara" saya rasa semua orang tahu pasal tuuuu... kejap ko cakap tak suruh kejap ko ngaku... cuba cakap beetol- betollll..opssss aku lupa lak nak tanya rakyat ko kat ijok tu semua kaya-raya ker...... aku rasa ramai lagi yang susah..... kalo ko tak ikut sangat cakap budak ko tu mesti ko ni pandai.... tapi tulah kekadang aku konpius cam ner ko boleh jadi CEO sharikat GLC....pastu yang aku heran UMNO berani nak reform panggil SPRM... ko tak panggill ker.... nak bersihkan parti ko... den jentera ko... ke kotakut ko pun ke "dalam sekali"

Entahlah bila kau baca manifesto ...... perjanjian yang korang buat semasa PRU12 dulu aku tertanya-tanya kroang ni ikhlas ker ... nak berkhidmat untuk rakyat....tu baru lembu..... belum kira lagi yang lain-lain...... toyota camry tu pun aku rasa mesti ko ingat tu sedekahjugakan...... yerlah rakyat sedekahkannn kat exco......

kalo dalam islam ...... orang yang memungkiri janji tu aper.... yer... kawan ko kat penang tu dah kata nak ikut pemerintahan Umar abdul aziz... ko rasa okay ker.....aku rasa ko pun kena ikut..... pasala dia cina pun ada cita-cita tu ko ..... apa yang ko ikut.....

tak abis abis ... kalo ko kater staf kerajaan tak boleh dipercayai pasal tu ler DSKt dapat dokument tu .....ko silap... sebenarnya staf tu meronta-ronta pasal dia tahu benda tu salah..... ko nak derma ko punya pasal la yang ko suruh syarikat tu derma kenapa..... tu la ikut lagi cakap budak baru setahun jagung tu,,......

ke ko dah tak der duit..... bang nuar dah sapu... eehhh tidak lah ko kat bendahari PKR.... takkan ko takder duit...//// atau ko kedekut..nak bagi harta ko.... so kosuruh orang bagi nama ko amik... sama lah cam dulu-dulu... kko kata ko hebat kat guthrie tu ... tapi bukan ko yang buat kerja staf koooo.. tapi ko hang cakap hang yang teror......
..


klahh... aku blah dulu,,.. terima kasih kat Wacana Pemuda Umno Dun Sungai Pinang... kalo disiarkan artikel yang tak seberapa ini.......

budak ijok...

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Dikesempatan ini Wacana Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada Semua rakyat berbangsa Cina Dun Sungai Pinang N44.....
Moga Tahun Lembu ini memberikan lebih Banyak kekayaan dan kebahagian kepada seluruh rakyat Sungai Pinang....

Ikhlas
Wacana Pemuda Umno Dun Sungai Pinang.

Thursday, January 22, 2009

Awas rakyat Sungai Pinang Jaga Lembu Anda

ahad lepas gap bgtau akan ada menteri besar di kalangan pakatan rakyat bakal di siasat oleh suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia (SPRM) .. (sila baca artikel bertajuk LAPORAN SPRM TERHADAP MB PAKATAN RAKYAT ? )rupa-rupanya kalid flinstone. KESNYA,SONGLAP LEMBU ! kalid flinstone memang seorang pejuang sejati. tiada siapa dapat menandingi keberanian beliau mempertahankan binatang. mungkin kalid cuba-cuba menandingi kehebatan tokoh-tokoh terhebat dunia dalam perihal memperjuangkan idealisme.dulu evita dianggap sebagai serikandi heroin argentina, martin luther king dianggap sebagai pejuang hak asasi niger di negara uncle sam..tapi kini kita ...kita..kita juga tidak ketinggalan dalam melahirkan tokoh-tokong terbilang.kalau 3 tahun dulu kita ada 'raja sms' mawi, kini kita harus berbangga kerana sekali lagi muncul seorang anak melayu bernama kalid flinstone yang bermati-matian memperjuangkan agenda kebinatangan..no..no bukan gap kata kalid flinstone itu binatang..sebaliknya gap kata kalid flinstone ini hero kepada binatang.siapa sangka nasib babi yang selama ini tidak terbela,dihina,dihenjak,dimalukan,diaibkan, gara-gara kerana 'dia' itu babi..kini label babi yang dulunya jijik kini semakin bersih dan semakin suci dibersihkan oleh pakatan rakyat.babi kini sudah boleh tidur lena dalam kondominium berhawa dingin di sepang... no no..please jangan marah kalid flinstone ok. dia dah sayangkan babi, kita nak buat macamana ?walaupun babi dan camry bukan dalam manisfesto kerajaan negeri, tetapi api perjuangan kalid untuk MEMBEBASKAN PENDERITAAN BABI tiada siapa dapat patahkan !tapi kenapa babi kalid 'jaga', lembu kalid 'sebat' ? hhmmmmm....pelbagai teori bermain di hati. hehe..bila gap tengok kes kalid flinstone sebat lembu..teringat cerita nujum pak belalang.BUNTAL :' tok penghulu..tok penghulu lembu hamba hilang tok' !
TOK PENGHULU : ' macamana lembu kamu boleh hilang buntal ?'
BUNTAL : 'waktu hamba pergi melepas tok'.
TOK PENGHULU : 'melepas apa buntal ?' '
BUNTAL : ' melepas BAMMM tok ! '
(teori gap mungkin kalid flinstone sebat lembu masa owner nya melepas bammm !)

artikel dipetik dari http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/01/kalid-flinstone-lembu-pun-dia-sebat.html

ulasan wacana...Memang betul PR(Perternakan Rembat).......... kopi!kopi!kopi! kopikilah sendiri

Monday, January 19, 2009

Jom pakat G ramai-ramai


Tunjukan Kesepakatan,
Rasai Perpaduan,
Menjulang Semangat Terhebat
mempertahankan Islam dan Melayu,
Biar apapun berlaku,
biar apapun tujuanmu, biar kemanapun arahmu.... biar apapun fahaman mu...... kita harus bersatu......
demi agama bangsa dan negara.....
demi islam dan melayu tercinta.....

Friday, January 16, 2009

Pencapaian PR selangor

elaun ibu tunggal- ditangguhkan kerana kerajaan negeri nak pakai duit:Elaun- suri rumah-ditangguhkan kerana kerajaan negeri nak pakai duit:Elaun warga Emas-ditangguhkan kerana kerajaan negeri nak pakai duit:PR berjanji akan berjimat ceremat: ditangguhkan kerana kerajaan negeri nak pakai duitAkan menjaga kebajikan rakyat: membazir kerana ditangguhkan kerana kerajaan negeri nak pakai duitakan menambah peluang ekonomi: Bukak lebih banyak kedai game dan pusat hiburan. Tidak lupa juga kepada eksport babi dengan WUJUDNYA LADANG BABI TERBESAR DI MALAYSIA. tidak ditangguhkan kerana kerajaan negeri nak pakai duit.dan yang sedihnya kebajikan rakyat ketika dilanda ribut tidak diambil berat. malah dikatakan mebuang masa dan membazir... dalam kekalutan kerajaan negeri mecari duait kerana katanya kerajaan negeri tidak menerima sesen pun dari kerajaan puasat...... "yang zalim" dari menjaga kebajikan rakyat dzaman ekonomi semaikn meleset, disebalik penjimatan yang amat sangat keranan tidak ada duit...... tahniah kerajaan negeri selangor kerana telah berjaya mengumpul duit untuk membeli kereta toyota camry...nampaknya keperluan itu lebih mendesak dari pada memberi bantuan kepada ibu tungal suri rumah anak yang pergi tadika... maka sesuailah sekiranya saya mengucapkan tahniah Kepada TS Kalid Berahim........ ..kerana telah terang dan jelas menjaga kebajikan exco negeri selangor.

surat saper nih?





surat siapakah ini........ dah tak salah nak mintak maaf ker....? ni seblum lawan tetap lawan punyer motto...... boleh blah lah ........ Brother anwar
selama 11 tahunseparuh daripada umat melayu di tipu oleh anwar ibrahim. anwar dipecat pada 2 september 1998 dan ditahan di bawah ISA pada 20 september 1998. 18 hari yang digunakan oleh anwar ibrahim adalah mengajak seluruh bangsa melayu melakukan demostrasi besar-besaran di seluruh negara. sebut sahaja di batu pahat, di kota baharu semua umat berkumpul mendengar cerita-cerita anwar.
selama 18 hari itu anwar membawa melayu untuk mempercayai ceritanya. dr mahathir itu adalah firaun dan dia cukup zalim. taraf dr mahathir pada waktu itu sama sahaja nilainya dengan kelakukan binatang ! anwar terus menerus menanamkan bait-baik kebencian yang yang cukup dahsyat kepada dr mahathir dan hampir seluruh rakyat mempercayainya...
pada petang 20 september selepas asar di masjid negara anwar sekali lagi melakukan provokasi. di perkarangan masjid negara dan kemudiannya di dataran merdeka sekali lagi anwar menabur cerita keburukan dr mahathir....
TAPI RRRUUPA-RRUPANYA .....
anwar itu bercakap bohong. mulutnya busuk bangkai. dalam keadaan 18 hari yang cukup huru hara itu , secara senyap senyap anwar ibrahim mengutus surat 'melutut' di kaki dr mahathir !
anwar ibrahim..kalau kamu benar-benar YAKIN bahawa tuduhan ke atas mu itu tidak benar, mengapa kamu perlu mengutus surat damai ?
sila rujuk pada blog ini untuk membaca dengan lebih lengkap pendedahan surat damai ini !
http://medan-info-kita.blogspot.com/

Wednesday, January 14, 2009

Awas rakyat Terengganu....


Bersama -sama dengan ini saya sertakan ntah lah nak panggil manifesto pun tak buleh..... tapi kita boleh lihat apakah agenda PR .... wang rakyat : perkhidmatan untuk rakyat ker....untuk EXCO.. ker... untuk kepentingan peribadi ker... untuk perjuangan ker.... untuk islam ker..........

ntah lah mari kita lihat beramai-ramai ...kalo ada yang saya tertinggal boleh lah tambah lagi.....


***** kalo nak tengok-boleh lah tolong klik pada gambar

Siapa Munafik

Assalammualaikum,

PENDEDAHAN EZAM MENGENAI 'SURAT DAMAI' yang ditulis oleh anwar adalah satu peristiwa yang cukup serius. 'surat damai' yang ditulis oleh anwar pada malam 8 september 1998 dikhusus untuk dr mahathir sebenarnya membawa kita kepada beberapa perkara penting yang perlu untuk kita 'perbetulkan' semula kerana ia melibatkan sejarah dan maruah dr mahathir itu sendiri.
'surat damai' ini mengajak kita mengkaji semula persepsi sejarah, dosa fitnah yang kita percayai selama 11 tahun anwar terhadap dr mahathir ! selama 11 tahun anwar ibrahim membawa hampir separuh bangsa melayu mempercayai bahawa tun mahathir itu pemimpin paling dahsyat sezalim firaun mahupun hitler.
pendedahan ezam tentang 'surat damai' ini samalah tarafnya dengan pembetulan semula sejarah akan fitnah syiah yang mengatakan ali itulah yang sepatutnya menjadi rasul terakhir bukannya muhammad saw !
semalam ezam telah mendedahkan kesediaan anwar bin ibrahim untuk 'melutut di kaki' tun mahathir. surat rahsia yang masih di simpan dan akan di edarkan di kuala trengganu itu sesungguhnya membuktikan akan beberapa point yang cukup penting, dan boleh dianggap sebagai 'pendedahan memperbetulkan semula sejarah' perhitungan antara tun mahathir dan anwar ibrahim sendiri.
- anwar dipecat pada 2 september 1998.
- anwar sempat mengadakan demonstrasi di seluruh negara selama 18 hari.
- anwar ditangkap di rumahnya di jalan setia murni 1 pada 20 september 1998.
-anwar ditumbuk oleh rahim nor pada malam itu. dalam siasatan suruhanjaya diraja mendapati rahim nor bersalah..tetapi harus di ingat bahawa rahim nor dalam sesi soal siasat mendakwa anwar memanggilnya 'BAPAK ANJING'. kenapa anwar memanggil rahim nor bapak anjing ? kerana insiden di bukit serene yang melibatkan seorang anggota polis di dera oleh pihak istana dengan menyuruhnya menjaga pondok anjing di belakang istana. anwar sememangnya mengetahui akan pilu rasa hati rahim nor apabila anak buahnya diperlakukan sedemikian rupa.maka dengan itu pada malam beliau ditahan BELIAU SENGAJA memprovok rahim nor.
'surat damai' dalam ertikata umum yang cukup hangat diperkatakan ini membawa kita kepada persoalan yang cukup penting untuk diperbetulkan semula..ANTARANYA
1) PERSEPSI TUDUHAN TUN MAHATHIR MENGATAKAN ANWAR PELIWAT SEMEMANGNYA BETUL BILA EZAM MENDEDAHKAN ANWAR IBRAHIM PADA 8 SEPT 1998 AWAL-AWAL LAGI SUDAH MEMOHON UNTUK 'BERDAMAI' SEMULA. KIRANYA TUDUHAN ITU TIDAK BERASAS DAN TIADA KREDIBILITI, MENGAPA ANWAR SANGGUP BERKAWAN SEMULA DENGAN TUN MAHATHIR SEDANGKAN TUDUHAN YANG DIKENAKAN ITU CUKUP SERIUS DAN MENGAIBKAN ?
2) TUDUHAN MENGATAKAN ANWAR AGEN ASING. 8 SEPTEMBER 1998 ANWAR SEDIA BERDAMAI. MAKNANYA DAKWAAN TUN MAHATHIR SEMEMANGNYA BETUL. ANWAR MEMANG BENAR AGEN ASING.
3) ANWAR AGEN SOROS. JIKA DAKWAAN INI BOHONG, KENAPA ANWAR SANGGUP BERDAMAI ?
4) SALAH GUNA KUASA OLEH ANWAR.
siasatan penulis blog analisisringan.blogspot yang berjaya membongkar situasi tegang pada waktu tersebut juga menguatkan lagi akan label anwar sememangnya pada waktu itu (8 sept 98) TELAH MENGAKU SALAH ! insiden anwar cuba mencabar menteri dalam negeri pada waktu itu abdullah badawi dan secara tiba-tiba (8sept) anwar menghentikan siri roadshow seluruh negara menguatkan akan hujah kandungan surat damai tersebut.
http://analisisringan.blogspot.com/2009/01/kebenaran-kata-kata-ezam-anwar.html
APA PUN GAP MENGAJAK SEMUA UMAT MELAYU AGAR TENANG SETELAH MEMBACA 2 HELAI SURAT KARANGAN ANWAR SENDIRI. NANTIKAN PENDEDAHANNYA NANTI.

*****sumber dari http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com

Wednesday, January 7, 2009

PRKP36 ......PEMUDA BARISAN NASIONAL SEDIA GEMPUR PAS,DAP,PKR DAN BEBAS












































































Assalamualaikum,

PRKP36 telah secara rasminya dilancarkan semalam.... calon-calonnya :

Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh, (BN)
Mohd Abdul Wahid Encdut (PAS)
Azharudin Mamat@Adam (BEBAS)

Seramai lebih daripada 10000 orang telah hadir dan sama sama berarak dalam memerikan sokongan kepada calon barisan nasional. jentera pilihnaraya dun sungai pinang juga telah bersama- sama dengan jentera pilihanraya P036.

Sebnayak hampir45 orang jentera dari Jentera Pilihanraya Dun Sungai Pinang telah menawarkan diri untuk menyumbangkan tenaga di Kuala terengganu namun oleh kerana tempat yang terhad, hanya 20 orang sahaja yang dapat pergi kali ini.

Setibanya disana jam 6.30 pg kami semua telah bersolat di surau yang bersebelahan dengan Bilik Gerakan pemuda BN Malaysia




































dengan kehadiran semua calon- calon ketua pemuda UMNO malaysia untuk memberikan sokongan kepada Dato Wan Ahmad Farid.... semua jentera telah mendapat suntikan semangat untuk berjuang demi agama bangsa dan negara.......


































Insyaallah PRK P036 akan jadi Milik Barisan Nasional...



















































Monday, January 5, 2009

Ntahlah ... siapa anuwar yek......

Assalammualaikum, Petikan dari www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com

"Erdogan Model Pemimpin Islam : Berani ke atas Hamas tetapi berbaik dengan Israel" kata Anwar IbrahimBekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, seorang tokoh antarabangsa yang memberikan inspirasi kepada ramai Muslim di Asia Tenggara, mengatakan kemungkinan penolakan permintaan Turki untuk menyertai European Union (EU) atau Kesatuan Eropah akan dilihat oleh kesemua Muslim di seluruh dunia sebagai sikap "tidak" toleran Eropah kepada Islam.Selepas perbalahan politik yang sengit dengan mentornya, Mahathir Muhammad pada 1998,Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara dalam kurungan seorang diri selama 6 tahun dan hanya dibebaskan pada 2004. Semasa Anwar Ibrahim menghadiri satu persidangan bertajuk "Islam dan demokrasi : adakah ia berkesan? Perspektif di Asia Tenggara" sebagai penceramah utama di Brussels, beliau dalam temu bual eksklusif bersama Today's Zaman, telah memberi amaran kepada EU tentang kemungkinan wujud kesan sampingan daripada dunia Muslim akibat penolakan permintaan Turki itu.Anwar Ibrahim dikenali sebagai tokoh penting dalam dunia Muslim dan merupakan seorang penyokong kuat Turki dalam proses perubahannya. Beliau amat marah dengan pengundian EU tersebut apabila Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy, ketika itu cuba menghalang kemasukan Turki sebagai salah satu anggota EU."Sarkozy merupakan seorang yang angkuh dan jahil. Dia ternyata memainkan sentimen populis dengan menjadi juara anti-Muslim dan anti-imigran, merupakan sentimen yang agak kuat di Perancis," katanya.Pemimpin Malaysia, yang telah dipilih sebagai "Asian of the Year" oleh Newsweek International pada 1998 itu, menjelaskan kemungkinan penolakan Turki oleh EU akan dilihat oleh Muslim di seluruh dunia sebagai satu penolakan terhadap Islam, dan memberi amaran kepada Brussels untuk bersikap jujur terhadap Ankara. "EU mendakwa mereka bukan menentang Islam. Tetapi Muslim secara jelas melihatnya sebagai satu penolakan terhadap negara Islam. Ini akan dilihat sangat negatif oleh dunia Muslim, " kata Anwar Ibrahim, dan menekankan bahawa Muslim akan melihat bahawa orang Eropah tidak jujur serta "anda tidak boleh mempercayai mereka."Recep Tayyip ErdoÄŸan (kiri), Perdana Menteri Turki mewakili parti Muslim Moderat, AKP dan Necmettin Erbakan (kanan) mewakili Parti Muslim, Saadet. Erbakan merupakan bekas pemimpin parti Refah dan Perdana Menteri Turki pada tahun 1996. Erbakan digulingkan daripada Perdana Menteri oleh pihak tentera pada tahun 1998 dan parti Refah diharamkan. Selepas itu Erbakan menubuhkan parti Fazilet dan Saadet, manakala Erdogan menubuhkan parti AKP.Kita tidak bercakap tentang al-QaedaAnwar memuji parti yang memerintah Turki sekarang, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dan mengenai kepimpinannya, Anwar menghuraikan lebih lanjut kenapa dunia Muslim akan mengambil pengajaran yang sangat negatif dengan penolakan Turki oleh EU itu. "Mesejnya jelas walaupun Muslim yang paling moderat tetapi mereka tetap tidak dialu-alukan. Kita tidak bercakap tentang al-Qaeda; kita bercakap tentang Parti AKP. Kumpulan Muslim yang paling toleran; namun mereka tetap tidak mendapat toleransi daripada Eropah. Mesejnya akan terus membara, selagi anda mempunyai identiti Muslim, mereka ditanyakan dengan banyak soalan. Orang Eropah akan mempunyai banyak kesulitan dengannya. "Anwar Ibrahim percaya penolakan Turki akan menjadi masalah kepada EU apabila semakin banyak negara Eropah Timur pada masa ini akan menjadi ahli. "Pertamanya, secara geopolitik adalah benar [untuk dilakukan]. Apakah penjelasan yang boleh anda berikan untuk membawa kesemua negara Eropah Timur, tetapi tidak Turki?....[Penerimaan Turki] adalah jalan terbaik untuk memastikan kejayaan sebuah negara Muslim yang boleh dijadikan model," katanya.Beliau secara dekat mengikuti hubungan antara Turki-EU dan berpendapat bahawa Muslim di seluruh dunia mempunyai minat mendalam, melihat apa yang berlaku di antara Ankara dan Brussels di atas dua sebab. "Pertama, Turki sangat penting, salah sebuah daripada negara Muslim yang memainkan peranan utama. Turki negara yang berjaya. Kedua, untuk melihat sikap orang Eropah. Mereka bercakap tentang kebebasan dan maruah lelaki - wanita, kemudian kita juga perlu untuk melihat sama ada mereka akan membenarkan sebuah negara majoriti penduduk Muslim akan menjadi ahli EU. Mereka kata mereka tidak mengamalkan diskriminasi berdasarkan warna, bangsa atau kepercayaan. Mari kita lihat," katanya lagi. Turki menjadi model dunia Muslim Menyentuh sama ada Turki boleh dijadikan sebagai satu model kepada dunia Muslim, Anwar Ibrahim mengesahkannya bahawa Turki merupakan model yang terbaik dalam kes ini. Menurutnya, Turki merupakan negara moden, demokratik dengan ekonomi pasaran yang berfungsi dan telah menjuarai banyak isu yang menarik perhatian dunia Islam. "Lihat apa yang dilakukan oleh Turki di Darfur, apa yang mereka lakukan di Aceh. Saya telah bertemu dengan gabenor Aceh. Dia memilih bantuan Turki dengan menyatakan bahawa bantuan itu salah satu yang terbaik. Bersih, tiada rasuah. Anda tahu kenapa? Kerana orang Turki hidup di dalam suasana yang demokratik dan mereka cuba untuk menjadi Muslim yang baik," katanya.Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan pendapat mengatakan Turki tidak sesuai digambarkan sebagai satu model terbaik dunia Islam apabila wujudnya tentangan kumpulan militan sekularisme Turki yang menjadi satu ancaman kepada ramai Muslim yang warak. Khususnya, berkenaan kes pengharaman terhadap wanita bertudung yang mempunyai kesan negatif terhadap keseluruhan dunia Muslim, khasnya dunia Arab. Anwar menjelaskan bahawa isu itu berpunca daripada tentera, bukannya kemahuan rakyat Turki. Dalam kes pengharaman wanita bertudung , katanya : "Seseorang perlu membezakan antara suara rakyat Turki yang bebas dan suara muncung senjata. Orang Arab lebih tahu tentang perkara ini," memetik kata-kata Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip ErdoÄŸan, salah seorang pemimpin paling berani dalam dunia Islam, Anwar Ibrahim berpendapat Muslim memerlukan pemimpin sepertinya (ErdoÄŸan). Foto atas, Recep Tayyip ErdoÄŸan melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Bush, Amerika Syarikat. Foto di bawah, ErdoÄŸan turut melakukan kunjungan hormat kepada Ehud Olmert di Israel. Ketika itu Olmert merupakan Perdana Menteri Israel."Kita memerlukan pemimpin seperti ErdoÄŸan. Dunia Islam perlu pemimpin seperti itu, kita mempunyai asas Islam yang kuat tetapi kita tidak pernah mendakwa mewakili Muslim atau mendakwa untuk menjadi parti agama – seorang pemimpin yang mempunyai keberanian hebat terhadap Iraq, Iran, Hamas dan pada masa yang sama mempunyai hubungan baik dengan Israel " kata Anwar Ibrahim.[Nota AIDC : Menurut laporan Julia Kirby (Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life , Amerika) yang mewawancara Anwar Ibrahim, di Amerika Syarikat pada Jumaat, 7 April 2006, Anwar secara tegas menjelaskan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan HAMAS di Palestin, tetapi tetap menerimanya kerana telah dipilih oleh rakyat mereka. Oleh itu peranan pemimpin dunia Islam lain khususnya Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip ErdoÄŸan diperlukan untuk menuetralkan pegangan pemimpin HAMAS. Anwar juga turut melahirkan kemarahan kepada pentadbiran Washington kerana mencurigai kehadiran Erdogan menemui HAMAS. Kata Anwar, Perdana Menteri Erdogan telah memberikan taklimat ringkas kepadanya tentang apa yang berlaku semasa lawatan ke Palestin itu, dan pada fikirannya Erdogan seorang yang berani untuk menunjukkan kepada HAMAS bahawa beliau menghormati keputusan rakyat Palestin, dan dalam masa sama meyakinkan HAMAS supaya lebih bersederhana, serta mempelawa menjadi sekutu kepada Amerika. Kata Anwar lagi, Turki telah memaklumkan kepada HAMAS; “Ya, kami mampu untuk bekerja bersama dengan Amerika Syarikat untuk mencari persefahaman.” Rujuk laporan Pew Forum on Religion & Public Life tentang sikap Anwar dan Erdogan terhadap isu HAMAS, ]Mengulas mengenai isu pengasingan di antara tentera dengan Parti AKP untuk pilihan raya presiden yang akan datang, Anwar Ibrahim memuji tentera Turki tetapi menyeru mereka untuk menjauhkan diri daripada politik. "Mereka boleh menjadi benteng keselamatan. Semasa saya berada dalam kerajaan dan menangani isu Bosnia, saya telah mendapat keistimewaan daripada tentera Turki secara dekat dan saya berasa amat kagum terhadap mereka, [untuk] disiplin dan keazaman mereka. Mereka perlu menjadi askar yang profesional tetapi hal politik perlu diuruskan oleh ahli politik, bukan oleh rasa hati tentera," katanya.Anwar Ibrahim merupakan penceramah antarabangsa yang terkenal dalam topik "Islam dan demokrasi, kebebasan, pengurusan dan keperluan sikap kebertanggungjawaban". Beliau secara konsisten menegaskan Islam dan demokrasi adalah serasi. Apabila ditanya mengapa terlalu sedikit demokrasi dalam dunia Muslim, beliau berkata sikap kebertanggungjawaban yang lemah seperti kepimpinan politik yang tidak munasabah adalah puncanya. "Kepimpinan dalam dunia Islam tidak mewakili orang ramai. Mereka kebanyakannya rejim tentera. Negara Muslim yang paling popular mengamalkan demokrasi adalah Indonesia. Muslim di India juga menyertai proses demokratik dan mempunyai populasi Muslim yang kedua paling besar di dunia. Turki pula dianggap salah sebuah negara yang amat penting dan menjadi juara dalam demokrasi walaupun negara itu berada dalam ancaman. Di Timur Tengah, Iran adalah negara demokrasi semasa berada di bawah pemerintahan Musaddak (1). Dia (Musaddak) telah digulingkan oleh CIA dan perisikan British. Iraq semakin hampir kepada demokrasi sehingga Saddam. Juga Mesir, di bawah Raja Farouk, menuju ke arah pilihan raya yang demokratik sebelum rampasan kuasa dilakukan ke atasnya . Ianya hanya pemimpin tentera yang dilatih oleh Barat – dilatih oleh British atau Amerika – yang akhirnya melancarkan satu rampasan kuasa," katanya.Dua kerajaan Iran berbeza; Musaddak (kiri) Perdana Menteri Iran semasa rejim Dinasti Pahlavi dan Mahmoud Ahmadinejab (kanan), Presiden Iran warisan Revolusi Islam, Ayatollah Ruhollah Khomeini. Anwar memilih zaman Musaddak sebagai zaman demokrasi berbanding dengan zaman Ahmadinejab Sokongan demokrasi Barat bercanggah ke atas dunia Muslim Anwar Ibrahim mengutuk Barat yang kononnya mendesak demokrasi dalam dunia Muslim dan meminta Muslim untuk menyokong kebebasan serta mengutamakannya. "Sebagai Muslim adalah tugas saya untuk menyokong dengan kuat kebebasan individu. Kebebasan hak individu termaktub dengan jelas dalam Syariah. Kenapa Nabi Muhammad berjuang menentang Jahiliah Quraisy. Dia (Nabi Muhammad)berjuang untuk kebebasan. Bukan untuk menjadi hamba kepada manusia, wang atau kuasa tetapi hamba kepada Tuhan," katanya.AIDC menterjemah artikel Today's Zaman, Selçuk GültaÅŸli, 2007. Artikel asal Nota :(1) Mussadak atau Mossadegh adalah nama gelaran kepada Mohammad Mosaddeq, Perdana Menteri Iran (1951 - 1953). Beliau dipilih menjadi Perdana Menteri (PM) semasa pemerintahan Dinasti Pahlavi, di bawah Raja Mohammad Reza Pahlavi atau Raja Shah Mohamad. Raja Shah Mohammad adalah putera kepada Shah Reza Pahlavi (Raja Pertama Dinasti Pahlavi) yang telah diangkat oleh pakatan Barat diketuai Amerika Syarikat setelah ayahnya (Shah Reza) dibuang negara oleh kuasa-kuasa Barat itu. Semasa pemerintahan Raja Shah Mohamad, beliau bertelagah kuasa dengan Mussadak yang juga diangkat oleh Amerika. Pertelagahan berpunca daripada usaha Mussadak yang mahu memiliknegara industri minyak, sedangkan Raja Shah Mohamad mahu mewarisi sistem ayahnya, industri minyak dikekalkan kepada pihak British. Syarikat minyak British yang telah bertapak di Iran adalah AIOC (Anglo-Iranian Oil Company) atau British Petroleum dan sekarang dikenali BP.Akibat kemelut itu, Raja Shah Mohammad kemudiannya melarikan diri keluar negara. Musaddak pula telah disingkirkan melalui rampasan kuasa oleh Jeneral Fazlollah Zahedi (proksi Raja Shah Mohammad) pada 19 Ogos 1953. Di belakang Jeneral Fazlollah dibiayai oleh Pihak British dan kerajaan Amerika melalui operasi CIA yang kenali sebagai "28 MORDAD 1332". Musaddak telah ditahan dan dipenjara selama tiga tahun. Selepas itu Raja Shah Mohammmad kembali semula ke Iran dan Musaddak pula diletakkan di bawah tahanan dalam rumah sehingga dia meninggal dunia.Raja Shah Mohammad mengukuhkan pentadbirannya dengan melantik Perdana Menteri boneka dan menubuhkan badan perisikan Iran, yang dikenali sebagai SAVAK untuk menghancurkan kumpulan-kumpulan yang menentangnya.Pada pertengahan tahun 1970, muncullah sebuah gerakan Islam yang dipimpin oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini menggulingkan Raja Shah Mohammad yang disokong oleh British dan Amerika. Kemenangan Revolusi Islam pimpinan Ayatollah Ruhollah Khomeini itu telah menamatkan pemerintahan kuku besi Dinasti Pahlavi dan berakhirnya cengkaman kuasa Barat khususnya Amerika di Iran.

untuk keterangan langjut sila hubungi www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Friday, January 2, 2009

Yang Miskin Dibantu







Tanggal 1 Januari 2009 bersamaan dengan 4 Muharam 1430 hijrah Ketua Pegerakkan Pemuda Umno bahagian Kapar Tuan Haji Roslee Bin Abdul Hamid bersama sama dengan Pegawai Pusat Zakat, Selangor telah membuat lawatan dan menyampaikan bantuan kepada Encik Hussien Bin Abu Bakar jam 5.00 petang semalam.




Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Ketua Umno Cawangan Sungai Pinang Dalam, Encik Salam Othman, Bersama-sama dengan Ketua Pemuda dan ahli pemudanya dan Ketua Wanitanya Puan Salamah Md Deros, AJK Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Pengerusi JKKKP Encik Hassan Bin Juna.



bantuan dan butiran Encik Hussein telah diambil oleh Pusat Zakat Selangor untuk memudahkan urusan menyalurkan bantuan.

Encik Hussin yang mempunyai 8 orang anak dan 6 daripadanya masih bersekolah kurang berkemampuan untuk menyara kehidupan mereka lantas dengan itu Pegerakkan pemuda UMNO Bahagian Kapar melalui Biro agama, Pendidikan dan kebajikan talh dengan pasts menyalurkan bantuan untuk meringankan bebanan beliau dan anak anak yang akan menyambung persekolahan ....

semoga kehadiran kami akan dapat meringankan beban Encik Hussein Sekeluarga

Perwira Pertahan UITM...... UMNO DUN Sungai Pinang Komited Dalam Mempertahankan UITM



























































hayatilah......






















































































































































































































UiTM VS KHALID

Assalammualaikum, saya telah terpanggil untuk menjawab satu soalan yang saya terima dari hardcore PKR Sungai Pinang.... soalannya berbunyi berikut adakah pakatan rakyat merupakan alternatif kepada orang melayu islam



Jawapannya:



1) Uitm adalah merupakan hak-hak dibawah artikel 153 yang mana UiTM adalah dikhaskan kepada orang melayu dan bumiputera sahaja.



2) Sekiranya kita menerima 10% daripada orang lain ke dalam UITM maka kita akan menidakkan hak 10% orang melayu yang lain untuk belajar di menara gading sebagai mana yang termaktub dalam perlembagaan malaysia.



3) Sekiranya kita mengambil kira 10% itu pada tahun 2010 ini bermakna UiTM akan menidakkan hak lebih 20,000 orang melayu dan bumiputera yang akan tercicir daripada pelajaran.



4) sekiranya kita meneliti sejarah yang tertulis, dalam perjalanan sebuah negara bernama malaysia kita akan dapat mengetahui bahawa universiti pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu ialah Universiti Malaya yang mana pada ketika itu terlalu sikit orang melayu yang dapat meyambung pelajaran nya .. (ini kerana dasar kuota untuk bumiputra belum diperkenalkan) telah mengambil lebih banyak orang bukan melayu untuk menyambung pelajaran kerana mereka telah mendapat pendiidikan yang lebih baik di bandar-bandar utam Tanah Melayu ketika itu.. dimana orang orang yang mungkin seperti saudara atau yang macam saudara pun mungkin belum lahir ketika itu hendak mengadu nasib. Saudara boleh tanya keapda saudara HUSam Musa yang pada ketika itu mungkin berada di Universiti Malaya , apa yang kawan-kawan yang seusianya dari kampung sedang lakukan sedangkanpada ketika itu beliau sedang belajar disana . mungkin mereka menoreh getah, menanam padi ataupun paling tidak pun.... entah lah mungkin tuan-tuan dapat pikir dengan sendiri.



5) hasil daripada komitmen kerajaan pada ketika itu iaitu kerajaan yang telah diterajui oleh UMNO dan barisan nasional telah memastikan dan terus memperjuangkan secara konsisten untuk membela nasib orang melayu. melalui maktab latihan rida di jalan othman dengan kapasiti pelajarnya hanya 30 orang dan dinaik taraf kepada ITM dan seterusnya UITM dan baberapa agensi lain yang berkaitan.



6)Seterusnya melaluinya DEB yang kita perjuangkan telah lahirnya individu seperti TUN DAIM ZANUDDIN, Saudara Zulkifli Nordin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Ayahnya, Azmin Ali dan tak lupa juga kepada Khalid IBRAHim .... yang kekadang pada saya agak lupa daratan.....dan ramai lagi



7)saya juga ingin bertanya kepada tuan adakah patut kita nak korbankan hak kita, sedangkan orang lain amat menjaga hak mereka (sekolah cina dan tamil)...... kenapa tidak kita satukan jer sekolah-sekolah tersebut dengan sekolah kebangsaan.?



8)Saya pernah mendengar sebelum ini dari orang pas.... di kawasan saya... kalo UMNO sudah tidak kuat lagi semua orang melayu boleh berharap kepada PAS kerana pas akan menjaga hak orang melayu dan agama islam tapi.... mungkin dulu....



9) saudara lihat sahaja di perak, pajakan tanah selama 999 tahun kepada orang bukan melayu dan bumiputera.... sedangkan ramai lagi orang diperak yang amat memerlukan tanah... sebagai contoh ibu tunggal , sekolah agama rakyat, asrama anak yatim, dan juga wakaf.... dan juga program perumahan rakyat termiskin.... inikan negara berkebajikan.....



10)Manakala diselangor pula Ladang Babi yang mana singapura cuma pengimport babi dan tidak membela disana, saudara cuba bayangkan apa bila ada lebihan babi dari Malaysia adakah mungkin nanti kita akan tersenarai sebagai Negara pengleuar babi terbesar didunia... dan sekiranya itu kerajaan lama punyer citer... sebagai parti yang telah dipilih oleh rakyat, PAS sepatutnya menghalang perkara ini daripada berlaku. Bukan hanya mengikut telunjuk DAP.



11) Saudara juga jangan lupa hasil daripada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional Graduan UITM telah diterima di kebanyakan syarikat multinasional dan antarabngsa.. semua itu adalah jasa yang telah diberikan oleh cerdik pandai melayu dan bukan melayu.( Mungkin Itu lah sebab Kalid berahim tak suka , sebab ada orang akan jadik lebih baik dari dia.... Mungkin ini juga sedikit daripada PHD yang dia dapat.... Perangai Hasad Dengki)... Sila semak fakta sebelum bercakap tetnat hak2 orang melayu.



12) Dimana PAS ketika ini..... takut untuk menyatakan hak orang melayu...... orang islam....... berapa ramai graduan muslim yang telah dapat kita lahirkan dari pada perjuangan UITM,...... bukankah hanya ilmu yang bermanfaat dan digunakan akan memajukan agama islam dan orang melayu.. berapa ramai anak -nak orang kampung yang telah menjadi pegawai -pegawai bank, accountant, pegawai kerajaan... ahli perniagaaan yang berjaya.... saya takut nanti dek kerana nak Memenangi hati DAP -- maka akan jadi hak milik orang melayu tergadai... maksud tergadai bukan hilang tapi memberi peluang kepada orang menyentuh tentang hak istimewa orang melayu.... maka jadilah gabungan PASDAP... dah lePAS barula seDAP...... yang terlepas orang Melayu Islam dan yang sedap pula DAP.........

13) Walaupun UMNO dan barisan Nasional mempertahankan Hak-hak orang melayu namun.... rakyat lain tidak diketepikan dan bukan dijadikan hamba sepertimana mainan Pakatan Rakyat... Lihat sahaja dengan mat terbukan dan minda yang tidak sempit ..... lihat disekeliling.. kita siapakah yang merupakan pengerak utama kepada ekonomi malayisa... kedai hardware, kedai barangan plastik, restoran pusat dobi, dll lagi. Ini berlaku kerana UMNO dan Barisan Nasional Tidak Pecaya bahwa untuk mencapai pegangan ekuiti bumiputra sebanyak 30% maka kita perlua memaksa orang lain, untuk berhenti berkerja.... Maka dasar DEB pun dijalankan dan dalam masa yang sama bangsa lain juga mendapat peluang pendidikan dan perniagaan yang sama. Tetapi melalui agensi yang berlainan..

14) Slia tuan cuba lihat dinegeri kelantan...... walaupun PAS mengatakan mereka telah mentadbir kerajaan dengan baik ...... kenapa masih ramai yang terlibat dengan gejala sosial ... kalo betul undi PAS masuk syurga saya nak tanya kenapa Skuad amar makruf nahi mungkarnya masih dapat menagkap orang yang berdua-duan dan bermadu kasih..(Bukan Muhrim) Sekiranya kita pergi kekampung kampung banyak juga kes dadah (namun perkara ini didiamkan/ silent mode) Peluang perniagaan ... pulak macam mana........ di sebuah kampung di temangan..dan mungkin di kampung kampung yang lain... seluruh kampung berharap kepada kedai runcit ... siapa.... kenapa PAS tidak mengembeling Sumber yang ada .... kenapa PAS tidak Berniat untuk mengubah nasib orang melayu... memang betul di Pasar Siti Khadijah banyak peniga melayu islam..... tetapi kalo kita kira peratus mungkin sikit... so sekiranya ada orang pas membaca blog ini sila respon.... bukan apa..... dah nama blog ini wacana ... ini bermaksud perbincangan... bukan saya nak kata kerajaan UMNO perfect tapi saya nak kata setakat ini hanya UMNO dan Barisan nasional yang mampu mebela ketuanan melayu .... hak istimewa orang melayu dan yang penting sekali menegakkan syiar islam ...... setahu saya masa zaman pemerintahan dr Khir Lesen Pusat Hiburan, Spa dan PUB dan Disko ..... dah dibekukan ,...... dengar citer sekarang dah bertambah balik ker..... ( Saya ingat lagi ada satu ketika YB DUN SEMENTA DATO ABDUL RAHMAN PALIL. yang pegi serbu sekarang Dato Hassan Tak berani serbu ker?) Tuan Speaker pun takkan cakap jer.... pegi lah tengok.....mintak tolong beri penerangan..... satu lagi... kes jenayah di Klang Meningkat Ker?.... Agak-agak ramai tak anak melayu , bumiputera dan muslim... yang berkerja di proton dan subvendornya... berbanding toyota atau merc...........

So secara peribadi saya merasakan PAS tak PATUT menang di Kuala Terengganu selagi mereka tiada pendirian dan mengikut telunjujk DAP... tak pasal-pasal kedah pun nak wat Kandang Babi. Kalo UNDI PAS dapat Kandang Babi... Dosa ker PAhala?