Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Friday, August 28, 2009

Pemimpin Bersama Rakyat

Majlis berbuka puasa bersama pimpinan Masyarakat Parlimen Kapar pada 28 Ogos 09 di Galeri Sementa. semua d jemput hadir.

Wednesday, August 26, 2009

Program Rakan Surau..Surau Al Mukminah Jalan Hj Othman

Program rakan surau telah berlangsung sebentar tadi. Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kapar dan Jawatankuasa Penyelaras Dun Sungai Pinang telah beramai-ramai turun untuk berterawih disurau tersebut.
Antara yang hadir ialah Ketua Pergerakkan Pemuda Umno Bhg Kapar Tuan Haji Roslee bin Abdul Hamid, Naib ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kapar Saudara Nor Azizi Ishak, Setiausaha Pegerakkan Pemuda Kapar Saudara Sharul Nizal Bin Hj Ali, Penyelaras Dun Sungai Pinang , Saudara Fuad Syahrin Misbah serta abang angkat Dun Sungai Pinang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Program Rakan Surau

Salam Ramadhan,

Program Rakan Surau Bersama Dengan Tuan Haji Roslee Bin Abdul Hamid, Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar
di
Surau Jalan Haji Othman
Rantau Panjang pada
26.8.2009
semua dijemput Hadir

Monday, August 24, 2009

Mercu tanda islam di bandar klang...sudah tentu hasil pemerintahan barisan nasional..bukan yb speaker..DUN SELANGOR

Assalamualaikum...bersebelahan dengan PASAR JAWA KLANG..dan berdepan dengan DIGITAL MALL KLANG.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 22, 2009

Fw: Bangkai babi d hadapan masjid

Mengusik kesabaran Sambutan Ramadhan dgn bangkai babi depan pintu masuk masjid bt4. Hidup melayu!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 14, 2009

Selangor Bangkit = Ceramah UMUM


Ceramah Umum Selangor Bangkit dan Wayang Pacak Hati Malaya
Tarikh : 15 Ogos 2009 / Sabtu
Masa : 830 mlm
Tempat : Taman Hassan, Kg Sungai Undang, Klang
Penceramah :
YB Datuk Hj Abd Rahman Palil
ADUN Sementa
Datuk Fuad Hassan
Ketua PengarahJabatan Hal Ehwal Khas

Thursday, August 13, 2009

Al fatihah


Ketua Kumpulan nasyid Rabbani,

Ustaz Asri Ibrahin Meninggal dunia di Hospital Pantai, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung,
Al-fatihah
berita dari Afzainizam Abdullah

ISU ARAK di selangor .. lakonan permatang pasir pun bermula


Selepas 5 hari membisu akhirnya YB Hassan Ali telah membuka mulut... saya tidak pasti kenapa setelah 5 hari baru nak kuar statment... saya menyokong arak di banned dari Bumi Shah Alam.. tetapi isu nya kenapa lambat sangat.. adakah ini permainan politik di permatang pasir. Sebagai seorang islam saya amat bersetuju arak dikeluarkan dari Shah Alam...adakah Hassan Ali akan menjadi jaguh untuk mengembalikan maruah PAS yang telah lama tercalar oleh DAP.

Kita lihat selepas berlakunya rentetan MBSA.. maka berduyun -duyun sumpah seranah yang dikeluarkan oleh DAP... termasuk oleh Umar Abdul Aziz di Penang. apakah PAs suadah menyedari bahwa sifat tiada telur yang dimiliki mereka menjadikan meraka merupakan liabiliti oleh pakatan Haram jadah.. ..

Kalo dah setia pada perjuangan .. tarik diri keluar diri pakatan haram jadah bukannya setakat melukut di tepian gantang. Pendapat Saya kalo salah tolong betulkan..

Dan kalo Hassan ALI gentelmen.. betula-betul nakkuarakan arak dari shah alam.. turunlah 14/8/2009 di seksyen 6

Tuesday, August 11, 2009

Semangat Satu Malaysia





KUALA LUMPUR 10 Ogos - Semua pihak diingatkan supaya menerima dan menghormati Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh termasuk perkara berkaitan hak-hak keistimewaan bumiputera yang termaktub dalam Artikel 153 perlembagaan tersebut.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu mempunyai pandangan holistik dan seimbang dalam menafsir semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia digubal berasaskan fakta sejarah, politik serta ekonomi.
"Kita tidak harus menonjolkan satu artikel tertentu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan ia berat sebelah kepada kaum lain sedangkan terdapat beberapa lagi peruntukan dalam perlembagaan yang menjamin hak-hak semua kaum seperti kewarganegaraan dan kebebasan beragama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel dalam forum bertajuk Perlembagaan Persekutuan Malaysia: Penafsiran dan Pemahaman Artikel 153 dalam Pembentukan Bangsa Malaysia pada Persidangan Tahunan Pemimpin-Pemimpin Pelajar Malaysia Kali Ke-3 di sini.
Persidangan anjuran Majlis Tertinggi Pelajar Malaysia, United Kingdom dan Ireland (UKEC) itu bertujuan menyediakan platform kepada pemimpin pelajar dari serata dunia untuk mengadakan perbincangan ilmiah dan bertukar-tukar pendapat dengan tokoh-tokoh terkemuka tanah air.
Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan berkata, cabaran yang dihadapi kerajaan sekarang adalah bagaimana untuk memastikan rakyat memperkasa dan mengadaptasikan semangat perlembagaan negara dalam gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita harap gagasan 1Malaysia akan dapat membawa semua rakyat bersama-sama maju ke hadapan sementara perbezaan dan kepelbagaian yang wujud sesama mereka tidak dianggap sebagai sesuatu yang menghalang perpaduan nasional," jelasnya.
Tambahnya, Najib telah menjelaskan bahawa gagasan 1Malaysia bukan berasaskan asimilasi kerana ia menghormati kepelbagaian dan hak-hak semua kaum tanpa mengetepikan hak bumiputera seperti termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam perkembangan lain, Tsu Koon berkata, kerajaan akan berusaha menarik lebih ramai kaum bukan bumiputera untuk menyertai sektor perkhidmatan awam agar ia dapat menggambarkan matlamat serta aspirasi sebenar gagasan 1Malaysia.
Katanya, ramai kaum bukan bumiputera berpandangan bahawa mereka sukar mendapat kenaikan pangkat jika menyertai sektor perkhidmatan awam memandangkan majoriti penjawat awam adalah kaum bumiputera.
"Mereka juga lebih rela bekerja sebagai penjaja daripada menjadi seorang anggota polis kerana merasakan pendapatan yang diraih itu adalah lebih tinggi berbanding gaji seorang anggota keselamatan.
"Inilah aspek yang akan kita kaji dan teliti supaya matlamat gagasan 1Malaysia dapat dicapai melalui penglibatan semua kaum secara aktif dalam sektor perkhidmatan awam," katanya

PR membela atau mengkhianati rakyat


"PR membela atau mengkhianati rakyat"
Penceramah Dato Razali Ibrahim
Naib ketua Pemuda Umno Malaysia
Rabu, 12 Ogos 2009
Jam 9.00 Malam
Bertempat di Homestay Sungai Sireh
Tanjung Karang
*semua dijemput hadir

Monday, August 10, 2009

jemputan dari shah alam

PENTAS PEMUDA "PAKATAN : RETAK MENANTI BELAH"14/8,9pm diPerkarangan Tadika Kemas,Jln Rajawali 6/6,Shah Alam.YB KJ,Dato' Ahmad Nawawi,Lokman Adam &Pemidato PPUM.

DAP Makin Kurang Ajar... Ustaz Zul Salah Naik Kapal

Siew Fook perlu minta maaf


KUALA LUMPUR 9 Ogos - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kesal dan mengutuk kenyataan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook yang menyerang peribadi pendakwah Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah secara keterlaluan, biadab dan boleh mencetuskan ketegangan agama.
Sehubungan itu, beliau mendesak Siew Fook meminta maaf kepada Mohd. Ridhuan Tee yang juga Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia dan umat Islam secara umum ekoran kenyataan tersebut.
Selain itu, Zulkifli mahukan penulisan menggunakan bahasa kesat itu ditarik balik serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membatalkan laman web www.sjsandteam.wordpress.com yang menyiarkan kenyataan tersebut.
''Penyiaran yang dibuat menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee, ibu bapa, keluarga dan anak- anak beliau dengan bahasa kesat, lucah, biadab dan melampau.
''Kenyataannya juga menghina agama Islam kerana menyifatkan mereka yang memeluk Islam seperti anak haram yang tidak mengenal salasilah keturunan keluarganya. Polis hendaklah menyiasat kenyataan tersebut menurut Akta Hasutan dan Seksyen 298 A Kanun Keseksaan,'' katanya dalam laman blognya zul4kulim.blogspot.com baru-baru ini.
Tambah Zulkifli, apa yang dikesalkan adalah laman web tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadab terhadap Mohd. Ridhuan Tee.
''Antara contoh bahasa yang digunakan adalah 'Siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini', 'Ibu bapa awak (Mohd. Ridhuan Tee) akan lebih gembira kini jika mereka mengepam awak ke dalam lubang tandas semasa dilahirkan' dan 'Kalau awak (Mohd. Ridhuan Tee) boleh menjadi Presiden Persatuan Cina Muslim saya tidak tahu apa jenis Cina Muslim yang ada... pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak,'' jelas beliau.
Mohd. Ridhuan Tee dalam salah satu rencananya yang disiarkan Mingguan Malaysia mempertikaikan kenyataan beberapa pihak yang mahukan Kementerian Dalam Negeri memberikan status anak yang sah dan bukannya anak luar nikah kepada anak yang dikandung oleh tunang Eng Hock pada masa ini.
Kata Zulkifli, Mohd. Ridhuan Tee berhak untuk menyatakan pendapatnya dan sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina kerana beliau adalah seorang yang berketurunan Cina.
''Namun, Siew Fook memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang Mohd. Ridhuan Tee, seorang tokoh pendakwah Islam dalam tulisannya yang mempertikaikan langkah menghalalkan anak luar nikah yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dan tunangnya.
''Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu di hadapan kita.
''Dalam isu kematian Beng Hock kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil dibuat untuk mencari sebab kematiannya. Tetapi isu hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu lain,'' katanya.
Zulkifli turut mempersoalkan apakah DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat.

Dari Blog Ustaz Zul

Salam 2 all.
KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.
Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.
Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.
Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.
Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?
Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I
don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).
Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:
1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.
Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.
Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.
Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;
Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
********************************************************************
******************
p/s wacana itulah gunanya ISA

ADAKAH PAS MASIH MEMPUNYAI TELUR? ATAU TELUR TELAH DIPICIT OLEH DAP?
SIAPA YANG MEMAINKAN ISU PERKAUMAN? ISU AGAMA?

SEDARLAH PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDA MERUPAKAN BENTENG YANG WAJA

AYUH BANGUNLAH BANGSAKU SAUDARA SEAGAMAKU.... BINGKAS.. BERSATU KITA MENGUTUK DAP

Sunday, August 9, 2009

Persidangan UMNO BAHAGIAN KAPAR

Persidangan UMNO BAHAGIAN KAPAR
9 OGOS 2009
2.00 petang
Dirasmikan Oleh : YB DATUK SERI DR HJ AHMAD ZAHID HAMIDI
NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA MERANGKAP MENTERI PERTAHANAN

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 7, 2009

Dulu Kata kalo PAS..memerintah kita akan haramkan...
















Apabila pegawai MBSA merampas arak dari sebuah kedai serbaneka..saya telah dengan cara yang spontan berkata... "alhamdulillah, ada perubahan... namun apabila tiga orang adun DAP memarahi YB Hassan Ali.. saya juga terdetik mungkin ini lah detik nya penyatuan umat islam yang telah lama terpisah...





Ada yang bertanya kepada saya habis tu kalo lepas hantar memorandom ini ... MBSA akan rampas balik ker...?





Ada juga yang bertanya... kenapa dulu UMNO biarkan sahaja.. benda haram jadah ini dijual... dan sekarang nak hantar memorandum bantahan..





Jawapan saya inilah.. pengundi telah memilih PAS dengan harapan agar seluruh tempat yang majoritinya agama islam tidakan akan ada pejualan arak disitu dan juga janji janji yang lain yang dibuat semasa berkempen.. mungkin akan ada yang menafikannya ... sesungguhnya Allah Maha Besar.





So saya melihat inilah peluangnya.. satu-satunya peluang yang ada oleh peduduk Shah Alam .. untuk menghalang Arak, dan benda benda lain yang sewaktu dengan nya dijual Sebuah Bandaraya yang majoritinya orang melayu.





Tuan-tuan para pembaca sekalian...dimanakah letaknya maruah kakitangan MBSA, kakitangan kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama islam..apabila diarahkan agar memulangkan kembali arak yang telah dirampas.. meeka telah mejalankan tugas... dimanakah integriti mereka.. apakah kita sebagai umat islam hanya memerhatikan tindak tanduk mereka...










Dalam isu ini saya meberikan perhormatan atau pun tabik spring kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam yang telah berkerjasama dengan ahli PAS serta penduduk seksyen 8 Shah Alam yang telah menghantar memorandum bantahan tindakan Adun Pandamaran dan menyatakan sokongan kepada kakitangan MBSA diatas tindakan mereka merampas arak tersebut..










Perhimpunan tersebut juga telah turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Shah Alam Saudara Azahari, Ketua Pemuda Umno Selangor Saudara Suhaimi dan Ketua Pemuda Serdang Ungku Salleh.










Walaubagaimanapun apa yang saya kesalkan ialah kesedaran UMAT ISLAM masih rendah akan peluang ini.. dan saya juga sebagai warga negeri menantikan masih menantiikan apakah respon dari seluruh Bahagian Pemuda di selangor.. bagaimana di Bangi, di bukit Mahkota Bangi, di kota anggerik di Seri Andalas di dengkil di Jenjarum, Banting , Morib, di Meru, Ijok, dan juga saya masih menantikan Apakah kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai perkara ini,










Apa pula reaksi Pesuruhjaya PAS selangor apabila Timbalan nya membuat kenyataan di Akhbar Sinar hari ini.. 7 Ogos 2009...Ronny Lew di TV3 dan NTV7










Allahhuakbar, Allahuakbar, Allahhuakbar

Thursday, August 6, 2009

Penyerahan Memorandum

Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, akan menghantar memorandum membantah tindakan EXCO Selangor, YB Ronnie Liew yang mengarahkan PBT mengembalikan semula arak-arak yang dirampas. Memorandum tersebut akan dihantar esok, 7 Ogos 2009 pada jam 3.00pm di Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor

PAS keener Tipu Lagi

Sebelum memenangi PRU 12.banyak yang telah dijanji kan oleh pakatan haram ini... walau bagaimanapun.. apa yang kita lihat makin hari makin .teruk...

1) Tentu saudara semua masih ingat akan Setiusaha PKR Selangor.. pada hari sambutan 100 hari PKR memerintah.

2) Saya rasa rakyat masih lagi ingat ketika Selat kelang Dilanda Ribut… apa yang di katakan oleh MB Selangor Ialah “lawatan ke sana membazir”

3) Kemudia Isu Saiful Bukhari. Apa kah bodohnya .. ni kes Saipul ngan Anwaq..awat hangpa sebok sangat.

4) Islam makin dipermainkan… mula-mula ada isu Babi, kemudian JK masjid.. pastu di Port Klang, budak dihalau keluar dari Surau yang dijadikan sekolah KAFA, dulu masa BN yang “kejam ni memerintah” takder pun Tadika PASTI ditutup. Lah ni Macam Beruk Dapat Bunga.

5) Pastu ada YB yang tak mahu pakai songkok kat Dewan Undangn Negeri. Nasib Baik Dah Mintak Maaf

6) Dalam masa yang sekarang ni dah kecoh pulak pasal rasuah.. dulu cakap telus sekarang kata rasuah. PAS pulak semakin jadik boneka, Kita LIhat bagai mana Di Kedah, Pastu Selangor… Isu Arak, makin berleluasa, pegawai yang merampas telah dipaksa untuk melakukan “kecurangan “dalam amanah yang dipegang supaya memulangkan balik arak yang dirampas.

7) Pusat Perjudian dan Spa semakin banyak berniaga secara halal.

8) Samseng dan kongsi gelap makin bermaharajalela. Katanya kat PUChong pun Makin banyak orang Aplly kerjer GRO.

9) Rakyat Selangor makin tak terbela, Ibu tunggal dipaksa bayar sewa yang tinggi, Sampah sarap makin tak terkutip. Dirumah saya pun dah berapa hari tak kutip sampah. Lebih-lebih lagi di Kawasan Speaker DUN.

10) Yang bestnya lagi Exco PKR kat sementa dah Rembat RM300,000.00lebih dan sekarang keener sisat kat SPRM takut nanti ada lagi yang lompat bangunan plak.

11) Pernah dulu selepas menang di Ijok, Seorang YB disana di Dewan Bukit Badong ada menjanjikan pendapatan Bulanan Belia di Sana akan dapat gaji minimum RM2000.00 sebulan dengan syarat pergi kursus yang disediakan.. tetapi akhirnya keluar pulak berita di Utusan , Peragut Terpaksa meragut untuk carik kerja diKL

12) Sekarang ni pula sibuk dengan Inkues TBH.. Berapa ramai dah orang jatuh bangunan takder pun nak bukan Suruhanjaya Diraja tapi tengok lah sekarang Bukan setak Suruhanyjaya ada Inkues lagi. Hadiah dari BN yang kejam.

13) PAS apa boleh buat.. baru cakap sikit dah keener tarik telur.. tu ler asyik sangat nak jadi pengerusi Forum kat dalam masjid… last .last rupanya umat islam diluar makin tersepit.

14) Kita lihat sekarang bagaimana isu menggunakan nama Allah s.w.t, Ahli Parlimen Shah Alam dengan bangganya membuat syarahan agama di gereja kata boleh pakai nama Allah oleh orang Kristian. Nasib baik ada orang tegur kat Parlimen. Tidakkah Satu hari nanti sekiranya perkara ini dibenarkan akan menyebabkan anak-anak kita konpius. Cuba renungkan firman Allah s.w.t;

15) "[1]Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! [2]"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. [3]"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. [4]"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. [5]"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. [6]"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku". Al Kafirun (ayat 1-6)

16) Takkan tak paham-paham lagi. PAS sebenarya digula-gulakan dan diperlatkan oleh DAP dan PKR.. Kalo tak caya saya nak Tanya.. kenapa bila Masa anwaq ditangkap depa ni tak masuk PKR, tapi depa join ngan PAS sebab Anwar nak memiliki PAS andaikata PKR tergolek dok.

17) Kebanyakan YB PaS Apabila bersuara lantang sikit terus ..memcilkan diri selepas disound oleh DAP.Lihat di Kedah..Siap boleh ugut keluar Pakatan Lagi..masa tu datanglah USTAZ LIM KIT Siang kasi settle. La ni pun berlaku di Selangor.. Bila YB Datuk Hassan Ali melenting.. pastu MB Selangor ckp… “shut up” maka dengan petahnya dier bercakap “no isu,no isu” INilah dia Negara Berkebajikan

Wednesday, August 5, 2009

PAS BONEKA DI SELANGOR




Selepas beberapa keaadaan di Selangor yang saya pasti telah menyentakkan jiwa anak jati selangor..Saya lihat sebuah pakatan haram yang BERSEKUDUDUKAN telah mula mejadi retak...


Sebelum memenangi PRU 12.banyak yang telah dijanji kan oleh pakatan haram ini... walau bagaimanapun.. apa yang kita lihat makin hari makin .teruk...




Satu perkara yang boleh dipuji pada pendapat saya ialah.. ketika arak dirampas oleh Pegawai MBSA...
walaubagaimanapun disebalik rampasan itu telah terserlah siapa sebenarnya boneka dalam pakatan.. perkaraini sebenarnya telah jelas kelihatan apabila DAP.. tanpa segan silu memberikan amaran kepada EXCO agama islam di Selangor. dan Hari ni telah digertak lagi oleh DAP...di sebalah PJ. Lihatlah bagaimana PAS diperkotakkatikkan oleh rakan sekutunya.. malah Kaled breahim pun tak berani nak menegur..




Perubahan Portfolio yang dicadangkan oleh PAS. sebenarnya adalah untuk memesongkan perhatian bukannya kaedah penyelesaian... Sekiranya benar PAS sepatutnya mempunyai kuasa yang lebih dalan Pakatan... bukannya menjadi tunggangan pihak tertentu..


apakah kedaulatan agama islam dibumi selangor ini terpelihara.




PAS sekiranya mahu terus terlibat.. maka mereka harus lah menanggung dosa syubahah...janganlah kita lihat hanya dari sudut arak, tetapi bagaimana pulak dengan SPA, Pusat Pelacuran, Judi. dan yang penting sekali janji..yang tidak ditepati .. adakah ianya munafik.. atau tidak.. adakah ahli PAS sanggup bersekongkol dengan mereka.. Ada Satu Persoalan yang Saya nak ajukan kepada Warga PAS.. sekiranya keadaan seperti itu berlaku.. siapa sebenanya yang yang gagal menegakkan syiar islam. Adakah kerana kuasa PAS sanggup menunggang terbalikan agama..?




Saya juga berpendapat.. tidakah ahli pas Sedar kenapa beberapa orang Pengikut Setia Nuar Brahimtidak didalam PKR tetapi berada didalam PAS.. cuba fikirkan...




Adakah selepas ini Apabila kerjaan Pakatan Haram memerintah... orang melayu islam akan menjadi lebih dominan.. atau adakah agama islam akan menjadi terpinggir seperti di negara Thailand..cuba tuan-tuan pkkan.




Saya hairan kenapa perkara perkara terkutuk itu seolah-olah direstui oleh PAS...adakah Hj Hadi sudah tidak mempunyai taring... atau pun memang Pernikahan PAS ini adalah pernikahan haram ... yang sebenarnya memang digunakan PAS.. agar dapat memecahbelahkan orang islam dan melayu...




Dan semua perkara ini makin bertimpa -timpa lihat pulak keyataan seorang ahli parlimen PAS.. tentang isu penggunaan nama Allah s.w.t bagi agama lain ... dia menyokong pulak... tak ker benda tu nanti akan menimbukan keraguan dikalangan umat Islam...tertutamanya anak-anak kita nanti.. hayatilah firman Allah dalam surah Al kafirun yang bermaksud. "




"[1]Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! [2]"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. [3]"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. [4]"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. [5]"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. [6]"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".




adakah itu masih tidak jelas kepada ahli parlimen tersebut... Sebab tu kita kener berhati-hati.. kekadang yang ada dalam PAs ni bukan ULAMAK tetapi ULAR DALAM SEMAk..

Sunday, August 2, 2009

SUMPAH PEMUDA

Program JATI DIRI PEMUDA KAPAR telah berlangsung dari 31 JULAI 2009 hingga 2 OGOS 2009.. Dan telah dihadiri seramai 50 orang ketua pemuda cawangan dalam bahagian Kapar.
Menurut Tuan Haji Mohd Roslee Abdul Hamid, program ini merupakan siri yang pertama..dan akan diadakan secara berkala dan selepas ini pimpinan pemuda di peringkat cawangan..dalam bahagian kapar.
Program ini telah juga disertai oleh beberapa orang ajk pemuda bahagian. Menurut para peserta..setelah menghadiri kem ini ...mereka akan terus berjuang untuk mendapatkan kembali kerajaan selangor mengikut strategi dan ilmu yang telah mereka perolehi.
Majlis perasmian penutup telah turut dihadiri oleh Tuan Haji Roslee Abdul Hamid, Saudara Sharul Nizal hj Ali, S/U Pemuda, ajk Pemuda Bahagian dan juga Ajk UMNO BHG KAPAR serta telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Abdul Rahman Palil, Ketua UMNO bahagian Kapar merangkap Adun Bahagian Sementa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 1, 2009

Gmi atai gsi. .....menyusahkan

Jam 10 pagi....kesesakkan jalan raya di lebuhraya.. Persekutuan t ol bukit raja.....sesak sehingga bandar klang...sebuah ambulan didapati tersekat diatas jambatan walaupun lampu kecemasan dinyalakan..
Laporan kedua menyusul kemudian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.