Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Monday, March 30, 2009

Semua bertaip kenapa tarikh tu ditulis pen...


Jengg-jeng jeng tengok sapa tipu sapa......


Depa ni ingat negara ini tak dak undang-undang... so harap benda ini boleh dihantar kepada rakyat Bukit Gantang.....



bahawa Penderhaka Rakyat (PR) ini telah banyak menipu...mereka..... penipus besar pakatan rakyat...
Aku rasa budak kecik pun tau apa yang sah dan apa yang tak sah... ibarat mintak sain orang untuk menipu orang.. harap Nizar pklah..
Islam bukan sekara nama tetapi juga perbuatan dan jasmani dan rohani.... kalo menipu tu agaknya macam mana ya.... Mungkin TGNA boleh Jawab

Friday, March 27, 2009

PAU 2009

Assalammualaikum w.b.t,
disertakan email daripada pembaca

Pemilihan Agung Umno 2009 telah selesai dijalankan ...
Sekarang adalah masanya untuk kita kembali bertaut.. bersatu... bagi menghadapi lawan...diluar UMNO dan Barisan National.

seperti mana kata YAB Dato Seri Najib Tun Razak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua..

Kepada Dato Seri Sharizat Abd Jalil dan Saf pimpinannya yang baru saya ucapkan tahniah. Kepada Ketua Puteri Juga begitu....

Kepada Pemuda UMNO saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga calon.... dan juga tahniah juga kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru .,Saudara YB Khairy Jammaluddin. Tahniah sekali lagi.

Bagi saya ahli UMNO yang kerdil ini saya amat berharap agar Pemuda UMNO akan kembali kuat selepas ini.... Usahlah kita terlalu taksub dengan sesetengah pemimpin... terimalah hakikat qada -qadar dan juga hakikat bahawa kita semua adalah ahli kepada parti yang paling berjasa di Malaysia ini.

Saya bukanlah penyokong kepada mana-mana pihak... namun jauh disudut hati saya saya amat berharap agar UMNO akan kembali menjadi parti yang dominan dan relevan...apaguna kalo kita berkempen dengan hebat didalam PAU 2009 tapi kta kalah dalam semua PRK atau PRU....

Kita janganlah berperang sesama sendiri kerana sekiranya berlaku kitalah yang menjatuh Parti yang kita sanjungi dan sayangi ini.....apa guna kalo kita saling mendedahkan keburukan masing-masing dan akhirnya pihak pembangkang akan gunaknya untuk menentang kita.

kadang Kadang saya berasa sedih apabila kita bertanding kita berkempen dengan menggunakan kaedah kaedah yang amat menjatuhkan maruah....apakah ahli umno ini sudah tidak mempunyai rasa sayang , hormat dan kasih sesama sendiri.. dimana semangat setiakawan dan kejujuran yang telah disemai dan dipupuk puluhan tahun lalu.......adakah kita semakin hilang fokus didalam arus pemodenan dan globalisasi..
apakah erti melayu itu.....hayatilah, apakah dengan pepecahan yang berlaku akan memberi kemenagan yang lebih besar dan kemenangan kepada parti...?

pk..pk..kanlah....

Yang Benar
Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad

*ini adalah pendapat peribadi penulis.

Thursday, March 19, 2009

Ketua Pemuda Kapar melawat mangsa kebakaran
















Tn. Hj. Roslee Abdul Hamid Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar beserta dengan Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian dan ahli-ahli Pemuda telah mengadakan Program Ziarah mangsa Kebakaran di Flet Seri Perantau Pelabuhan Klang malam tadi. Dalam Kejadian pada jam 9.00 pagi itu, sebuah rumah di tingkat 4 Blok G telah mengalami rosak teruk dan tidak boleh diduduki. Turut mengalami kerosakan rumah di tingkat 2 dan 3. Menurut salah seorang mangsa Saudara Nor Azman Wahab kebakaran berpunca daripada gas memasak di salah sebuah rumah tersebut. Pihak bomba Pelabuhan Klang telah berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah berhampiran. Dalam lawatan malam tadi Tn. Hj. Roslee bagi pihak Pemuda UMNO telah bermurah hati meghulurkan sumbangan kewangan kepada En Usop yang rumahnya rosak sama sekali. Pihak Pemuda UMNO juga berusaha untuk mendapatkan tempat perlindungan sementara kepada mangsa.

Wednesday, March 18, 2009

Sebahagian daripada Kes di Negeri Perak... rakayat Perak..khususnya Bukit Gantang jangan tertipu
















Assalammualaikum.....










ini adalah bahan yang saya terima melalui pos....mungkin ada kengkawan yang akan baca..mungkin juga tidak namun yang pasti harap rakyat perak yang ada dapat menyebarkan fakta kes tersebut keranan...ianya jelas menunjukan tida demokrasi Dalam PR...










Dan juga selama ini kita telah diperbodohkan dengan cerita dongengan PR .......





Tuesday, March 17, 2009

Gambar di Institut latihan memperkasa UMNO







Ceramah isu-isu Semasa Di Pusat Latihan Pemuda UMNO Malaysia

Assalammualaikum,

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana telah lama tidak mengemaskini blog ini... ini kerana terdapat beberapa tugasa yang saya perlu siapakan segera.....

Pada 7hb Mac 2008 Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar telah menerima jemputan dari Pergerakan Pemuda UMNO Selangor untuk menghadiri Majlis Penerangan Isu-isu Politik Semasa :Perak-Dari persepektif perundangan.

Pemuda Dun Sungai Pinang telah diwakili oleh Saudara Fuad Syahrin Misbah, Penyelaras Dun, Saudara Sharul Nizal Bin Haji Ali, Saudara Jeffry Ayob dan Mohd Khairul Idzwan Bin Mohd Saad.

Terdapat beberapa dokumen yang akan saya siarkan nanti.. kerana dokumen tersebut sedang dalam proses imbasan dan tapisan...

banyak perkara yang menjadi persoalan dengan isu diperak.... seolah-olah ... semua yang UMNO atau Barisan Nasional yang salah... tetapi sekiranmya diperhalusi dengan sehalus-halusnya ... sebenarnya PAKATAN RAKYAT @ Penipu RAKYATtelah banyak meperbodohkan rakyat... dan bercakap... seolah2 undang-undang adalah adalah satu tafsiran yang sekiranya menguntungkan pakatan rakyat.itu baik, bagus dan beriman,,,, manakala sekiranya tidak menguntungkan mereka...undang-undang tu zalim..yang berperikemanusiaan.... ..
untuk menjadi pemimpin kita seharusnya tahu akan undang-undang dan bukan menjadi orang yang akan melanggar undang-undang ... sedangkan seorang pemimpin sepatutnya menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada semua ...orang..

ok sekian nantikan dokumen tersebut tidak lama lagi.....

Friday, March 6, 2009

Penjelasan Dr Agus

Edisi Petang : Penjelasan Versi Sebenar Dr Agus Yusoff oleh Kuda Kepang -Malaysiakini
#fullpost{display:none;}

PENJELASAN AGUS MENGENAI KONTROVERSI SIDANG DUN BAWAH POKOK

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok baru-baru ini adalah satu perkembangan politik yang luar biasa di Malaysia. Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff, adalah antara banyak pihak yang dihubungi oleh media untuk memberikan komennya. Bagaimanapun, komen Agus yang sepenuhnya tidak disiarkan oleh pihak media. Ini menyebabkan Agus dilanda kontroversi.Di bawah ini adalah kenyataan penuh Agus yang diemailkan kepada blog ini untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga kekeliruan sebelum ini difahami oleh semua pihak, di manakah silap dan puncanya. – Ruhanie AhmadAssalamualaikum wrth,Terima kasih kerana telah dua kali berturut-turut dalam dua minggu ini laman blog Datuk menulis nama saya dan mengulas pandangan saya tentang isu politik semasa. Pertamanya, ulasan terhadap ranacangan Hujah di TV9 antara Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dengan Tan Sri Isa Samad. Keduanya, ulasan Datuk tentang pandangan yang saya berikan kepada wartawan mengenai kesahihan persidangan DUN Perak di bawah pokok -- yang Datuk namakan 'pokok demokrasi.'Pertama sekali, perlu saya nyatakan bahawa saya tidak ingat kepada wartawan dari akhbar atau stesen TV manakah yang saya katakan bahawa sah sidang DUN diadakan di atas pokok. Ini kerana pada hari itu, terlalu ramai wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan dengan perkembangan politik semasa.Kedua, saya mengaku saya berkata bahawa sah diadakan sidang DUN, bukan sahaja di bawah pokok, tetapi juga di atas pokok. Kepada wartawan yang sama juga saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan rasa isi saya tentang politik supaya dituliskan, jika boleh, kerana saya sedih melihatkan krisis politik yang berlaku. Namun, apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan tidak dimasukkan secara sepenuhnya, melainkan disensasikan dengan satu kenyataan -- SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH.Saya memang menyatakan sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut: (i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan; (ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan (iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker. Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.
Saya juga ditanya oleh pihak akhbar, adakah perkenan Sultan diperlukan? Saya jawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan), tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas 'was adjourned' (ditangguhkan). Hal ini dilaporkan oleh media berkenaan.Selepas itu saya ditanya, sah atau tidaknya persidangan tersebut? Saya jawab persoalan ini sukar untuk dijawab dalam bentuk afirmatif kerana ia sudah menjadi satu krisis politik dan bukan lagi undang-undang. Jadi, payah untuk diselesaikan secara undang-undang, melainkan melalui penyelesaian politik. Alasan saya ialah, sekiranya melalui tindakan undang-undang, kedua-dua pihak yang bertelagah sukar untuk menerima keputusan mahkamah. Maksudnya, jika mahkamah memutuskan PR yang menang, maka BN sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Sekiranya mahkamah memutuskan BN menang, PR pula sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Maka konflik ini berterusan. Dan ini tidak baik untuk mahkamah, untuk rakyat dan untuk kestabilan politik negara.Atas alasan itu, saya pun menyatakan rayuan saya supaya kedua-dua pihak yang bertikai dalam krisis ini mengambil dua pendekatan utama (kenyataan saya ini langsung tidak dilaporkan). Pertama, berunding dan bersedia untuk berkompromi dengan apa cara sekalipun untuk membentuk kerajaan gabungan dengan melupakan segala sejarah pahit antara hubungan mereka. Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali -- YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.Dalam percakapan telefon dengan pihak akhbar tersebut juga, saya tegaskan apapun keputusan DUN dan perundingan antara BN dan PR, DUN tidak akan terbubar kecuali dengan perkenan Tuanku Sultan atau telah tamat tempohnya selama lima tahun.Begitulah antara lain, inti percakapan telefon saya dengan wartawan tentang krisis di Perak ini. Tapi, betul seperti Datuk kata, ia telah disiarkan dalam bentuk laporan terpilih yang mungkin tidak disengajakan. Apapun, kesannya tentu tidak baik kepada saya. Tidak baik kerana ia tidak menggambarkan hasrat sebenar saya untuk memberi pendidikan politik kepada rakyat. Tidak baik kerana ia tidak melaporkan pandangan sebenar saya supaya pemimpin politik kita -- sama ada dari BN atau PR -- berunding bagi membincangkan pendekatan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini.Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya memilih untuk tidak berkata apa-apa, melainkan tadi pagi saya bercakap dengan wartawan NST untuk menagdu hal tentang statement saya yang dikeluarkan secara tidak lengkap. Saya juga memberitahu kepada dua kenalan rapat saya (orang politik) mengadu hal tentang isu ini yang sudah terlalu banyak dikupas oleh pemerhati, ahli akademik, peguam dan orang politik sehingga ia sudah menjadi semakin kompleks.Sebenarnya, saya berbuat demikian kerana saya bimbang sekiranya krisis ini berlanjutan, ahli politik akan lupa untuk memberikan keutamaan kepada krisis ekonomi yang kita hadapi. Saya bimbang sekiranya kita terus berpolitik mempertahankan pandangan parti masing-masing, rakyat akan terabai dan kesejahteraan negara terjejas. Saya cukup bimbang tentang hal ini sekiranya ia boleh menjejaskan kestabilan yang kita nikmati.Menariknya, apabila pandangan 'atas pokok saya' disiarkan, sesetengah blog -- ada yang memuji dan ada mengeji saya -- memetik dan menyiarkan kenyataan saya ini. Dengan itu, saya dapati bahawa hasrat asal saya untuk memberikan pandangan 'to educate' orang kita tentang politik supaya 'berbaik dan bertenang' sudah menjadi sebaliknya. Ini semata-mata kerana laporan terpilih yang Datuk maksudkan itu.Tidak mengapalah soal saya dipuji atau dikeji. Itu hal yang kecil, tapi yang pastinya, saya harap Datuk sendiri, sebagai seorang bekas pemimpin UMNO, perlu memainkan peranan bukan lagi untuk mencurahkan api kepada keresahan rakyat, tapi jadilah sebagai pembimbing yang boleh membawa ketenangan kepada suasana politik yang panas hari ini.Saya tidak boleh berperanan seperti Datuk kerana saya tidak mempunyai blog sendiri dan belum lagi berhasrat untuk mempunyainya. Saya juga tidak berhasrat untuk menjadi orang politik, dan seboleh mungkin sehingga ke tahap ini, saya hanya mahu menjadi pengulas politik yang memberikan pandangan politik berdasarkan ilmu yang saya punyai.Kepada Datuk dan juga untuk peringatan kepada diri saya sendiri, satu perkara yang perlu kita ingati ialah pesanan Voltaire, ahli falsafah Perancis yang terkenal. Kata beliau, kesilapan kita ialah kerana "kita tidak belajar dari sejarah (baca: pengalaman)."Sekian, terima kasih.

MOHAMMAD AGUS YUSSOFF
artikel disalin dari blog Kuda Kepang ( http://kuda-kepang.blogspot.com )
*Artikel ini mohon disebar oleh semua Ahli BPN dengan kadar segera !!

Yoga,yogi yogu

Asaslammualaikum, selepas menoton buletin utama semalam saya amat beras pelik dengn soalan yang ditanyakan oleh seoarang ahli parlimen islam...tentang pada pendapatnya yoga tidak haram...dan kalo boleh diteruskan... namun pertanyaan beliau tepaksa disanggah oleh bekas imam masjid negara kerana beberapa faktor dan fakta yang diberikan salah.....

sekarang pkkanlah .... siapa yang sekarang memenuhi bulan...adakah ulamak ataupun endorgan... pada pendapat saya... ULAMAK BOLEH JADIK PROFESSIONAL..TETAPI PROFESSIONAL BELUM TENTU BOLEH JADIK ULAMAK.. dan apabila professional cuba bercakap seperti ulamak sudah tentulah banyak kacau bilau yang akan berlaku....

Selain itu juga sudah tentu JAKIM dan Majlis Ulamak Malaysia sudah berbincang dengan lebih teliti sebelum memfatwakanya sebagai haram....

Begitu jugalah dengan penggunaan Nama Allah s.w.t dalam bible...../agama lain... sudah tentu jjabatan agama islam, majlis ulamak, dan jakim sudah meneliti tentang perkara ini dan oleh kerana itu bagi mengelakkan kecelaruan ... maka penggunaan Allah s.w.t tidak dibenarkan sama sekali dalam agama lain..

Kita harus sedar... sekiranya harta kita nak digunakan oleh orang lain mesti ada sebabnya... dan kita haruslah mengkaji dan berfikir seperti meraka.. baru kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku,. bak kata bijak pandai....untuk menangkap pencuri maka kita haruslah berfikir seperti pencuri... barulah kita tahu apa tindakan seterusnya.

sekian,

assalammualaikum,

Sesungguhnya yang baik dalam penulisan saya ini semuanya dari Allah s.w.t dan yang buruk dan tidaka baik itu berpunca dari kelemahan saya sendiri. sekian
Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

Thursday, March 5, 2009

SALAM MAULIDUR RASUL 1423H

Assalammualaikum,

kepada seluruh warga muslimin dan muslimat... Wacana Pemuda Umno Dun Sungai Pinang Ingin Mengucapkan:



SALAM MAULIDUR RASUL

"HAYATILAH PERJUANGAN,

INSAFILAH KEHIDUPAN,

JADIKANLAH PANDUAN,

JAUHILAH PERSENGKETAAN,

TINGKATKAN PERPADUAN,

DAN NIKMATILAH KERAHMATAN."


PADA 12 RABIUL AWAL 1430H BERSAMAAN DENGAN 9 MAC 2009


Wednesday, March 4, 2009

Ketua Pemuda Kapar turun padang (Dun Sungai Pinang)
















03032009-Bertempat di PDM Rantau Panjang, Ketua PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAPAR, YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI ROSLI BIN ABDUL HAMID telah hadir untuk pertemuan dan perbincangan dari hati ke hati dengan Ketua-Ketua Pemuda di dalam Dun Sungai Pinang.

Di dalam pertemuan yang berlangsung selama hampir 2 jam itu, beliau telah mendengar dan menerima pandangan dari ketua-ketua cawangan di dalam dun tersebut.

Di dalam pertemuan tersebut juga Tuan Haji Rosli telah mengumumkan bahawa pemuda UMNO Bahagian Kapar akan menyumbang sebanyak RM300.00 bagi aktiviti di setiap cawangan.

Rata -rata ketua pemuda cawangan berasa amat gembira apabila perkara tersebut diumumkan semalam.

Didalam pertemuan tersebut juga Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Sharul Nizal Ali telah memberikan sedikit taklimat tentang beberapa perubahan dan pembaharuan yang telah dibuat untuk melicinkan jentera parti.

Wacana Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pergerakkan Pemuda Umno Bahagian Kapar terutamanya kepada Ketua Pemudanya Tuan Haji Rosli Bin Abdul Hamid dan saf pimpinannya yang telah begitu dekat dengan ahli di peringkat akar UMBI dalam Dun Sungai Pinang.

Petikan dari http://pi5au.blogspot.com

UMNO & BN CELAKA DAN SIAL.UMNO & BN memang hina dan celaka .. masyarakat belum sedar lagi ,masuk lah PAS,DAP atau PKR, dah tau UMNO dan BN tak pernah bela rakyat,masuk jer PKR dan PAS, yang pasti nya terbela,sama rata ,hak rakyat di dahulukan pedulikan sultan.apa guna sultan kalau kehendak rakyat tidak diturut,biar rakyat yang tentukan siapa yang harus perintah,tak perlu ada sultan dah ketinggalan zaman..dah kuno amalan beraja ni,kalau boleh kami nak PRESIDEN, baru la sama standart dengan Singapore, mufti pun sama.maki jer pasal sokong UMNO & BN.PAS & PKR adil.. perjuangan kan nama ALLAH.. orang lain pun nak pakai jugak nama allah .. tak kesian ker?beri la kristian peluang pakai nama ALLAH sekurang kurang nya senang nak berdakwah,

kenapa orang UMNO CELAKA tak faham faham, "salah" kah nak bagi nama Allah pada kristian?Apa yang Karpal King sebut tu memang betul Pemuda Umno memang celaka pasal sanggup hantar "2 peluru",Pemuda Umno layak di gelar celaka pasal bukan 'ISLAM PAS',cuma anutan 'Islam UMNO'"Islam & Melayu" PR tak terasa apa apa pun pasal memang layak di celaka kan Pemuda UMNO,celaka PEMUDA UMNO berani masuk parlimen "PUKUL OKU" ,sial PEMUDA UMNO tunjuk samseng,baru jer nak 'tegur' Karpal KING dah di tuduh bertumbuk, penipu la PEMUDA UMNO ni, lain kali terus pegi tumbuk tak payah tegur, tak buat pun orang dah kata samseng ,Pemuda UMNO memang celaka pasal tak baling batu pada kereta kerabat raja,pemuda umno memang celaka lah.."pendek kata semua nama depan atau belakang ada UMNO memang celaka lah"UMNO & BN memang celaka,pasal maki celaka pada en karpal king tu, pantang sangat hudud dilaksana kan..over my dead body kata karpal king, tapi sayang sekali kami PAS & PKR pada Karpal King..

UMNO tetap celaka pasal pertahankan hak ugama & bangsa, cuba cuba la perjuangan kan hak sama rata..tak payah bagi anak2 melayu masuk Universiti melainkan ada stpm,HAPUSKAN MATRIKULASI, hapuskan sistem kuota,biar sistem merit ,UMNO = malay and of course malay are PIG and they are stink! but remember this only apply to malay UMNO's,cause none UMNO's not consider as ultramalays. so there are not pig as umno pig's.UMNO memang celaka ambil alih kerajaan secara merampas kuasa, kesian DAP selalu bahagi untung projek 90 % Nizar pulak dapat 10% , celaka hoii celaka UMNO dan BN baru 11 bulan PR perintah UMNO & BN ambil alih keraajan dengan cara paling hina,memang sial,tabur pasir dalam periuk nasi Nizar and the geng memang celaka UMNO & BN,UMNO & BN memang celaka,

kesian HINDRAF, sampai hati roboh kuil hindraf di "tanah haram",UMNO & BN memang celaka mengamal kan ethnic cleansing,bertambah celaka pasal kaum india yang pegang MAXIS,bertambah celaka lah UMNO & BN pasal biarkan ramai lawyer & Engineer dari kaum India,sial dan celaka UMNO & BN membantu sekolah jenis tamil,UMNO & BN memang celaka pasal HINDRAF & DAP nak tuntut sama rata dengan hak bumiputra tak di layan,apa salah nya DEB di hapus kan sekurang kurang nya India dan cina boleh masuk ambik projek..setakat ambik sub buat jalan atau supply barang mentah yang 90% nilai dari projek apa la sangat,patut nya dapat 100% baru adil,memang sial UMNO & BN ..hoiiii celaka kenapa nak pertahankan DEB, tengok contoh di Pulau Pinang sekurang kurang nya komisen projek dapat jugak 1% Guan Eng bagi pada melayu PKR,betapa "adil nya" Khalifah di penang ,UMNO & BN patut contohi khalifah yang satu ni,

Pasal kes YB Eli.takde kerja lain lah,mesti kerja UMNO & BN,biar la Helmi nak ambil gambar,YB Eli nak kangkang ker nak telanjang ker apa UMNO & BN peduli, salah ker nak tido dengan lelaki melayu?arghh memang celaka UMNO & BN nak zina pun tak boleh..UMNO & BN lagi celaka tiru harapan baru untuk rakyat ke putrajaya 16 sept,last last idea tu di cilok oleh BN.memang celaka sial lah...UMNO & BN memang celaka,pasal bagi bantuan subsidi & duit poket pada nelayan,pasal tu la harga Ikan mahal, dah la minyak bagi bantuan duit poket bulanan pun dapat,memang sial lah UMNO & BN,

hoooii lahanat UMNO & BN kami tak mau dah bantuan dan hak istimewa selama ni takde apa yang istimewa, bagi sama rata jer pada kaum lain pasal melayu cuma 62% jer dalam malaysia, yang paling layak dan paling banyak perlu di bantu kaum HINDRAF,di ulangi kaum HINDRAF.UMNO & BN jangan sesekali nak perjuangkan DEB,hapuskan pemilikan bumiputra 55% dalam pemilikan syarikat senarai awam di bursa saham..tu baru adil..faham tak!Hoii celaka UMNO & BN kami nak lagi subsidi ,ambik lagi duit petronas,mana cukup setakat royalti jer..seboleh nya nak semua duit petronas biar minyak seliter 1.20,baru adil.hoii UMNO & BN apa la sangat nak perjuang kan bangsa, apa ada pada bangsa,kami dah boleh jatuh bangun sendiri,sekurang kurang nya kalau susah ahlong dan tauke tauke cina boleh tolong.hapus kan bantuan MIKRO KREDIT,HAPUS KAN SEGALA BANTUAN PERNIAGAAN PADA BUMIPUTRA,APA PERLU NAMA BUMIPUTRA,TAUKE AHLONG KAN ADA,hapus kan MARA, MARA langsung tak membantu anak anak melayu! Pasal MARA ada dalam DEB memang patut di hapus kan, hoii UMNO dan BN faham tak.. selagi kamu tak buat apa yang kami nak..akan kami fitnah akan keborbrokan kamu,sial punya melayu UMNO.

Tuesday, March 3, 2009

Allahuakbar! ALLAHHUAKBAR!!! ALLAHHUAKBAR!!!

Isunya ialah menyamakan Allah sebagai Tuhan Bapa - itu pun tak faham lagi ker?

Walhal mereka belajar agama tetapi bodoh tak senonoh, bebal segempal dan bingung senyonyong untuk fahami isu di hadapan mata. Isunya ialah apa tuan-tuan? Isunya ialah nak menyamakan Allah sebagai Tuhan Bapa! Itu salah atau tidak tuan-tuan? Salah atau tidak tuan-tuan? Salah cikgu. Allah Tuhan Yang Satu. Tuhan Kita Adalah Allah. Tuhan Mereka entah apa nama pun tak tahulah, entah macam-macam nama mereka berikan pada Tuhan Mereka, sebab mereka tidak beriman dengan Allah Tuhan Yang Satu.

"Katakanlah Allah itu Tuhan Yang Satu. Allah adalah Tuhan yang semuanya bergantung kepada Allah. Allah tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. (Tiada Tuhan Bapa dan Tiada Tuhan Anak). Dan tidak ada satupun yang setara dengan Allah."

Tuhan Bapa yang dipercayai oleh Kristian itu Bukanlah Allah. Jadi apa hak? Apa hak! Apa Hak! Mereka nak mendakwa nama Tuhan Bapa mereka itu Allah. Itu salah! Salah itu! Tak betul itu! Nik Aziz salah! Ulama'kah begitu? Ulama'kah dia? hanya Allah Yang Tahu!Orang Yahudi Tahu Allah itu Tuhan Yang satu tetapi mereka TIDAK beriman dengannya. Kerana itu mereka dipanggil AlMaghduub. Manakala Orang Kristian tak tahupun Allah itu Tuhan Yang satu. Mereka Hanya Tahu Tuhan itu ada Tuhan Bapa, Tuhan Roh Suci dan Tuhan Anak.

"WAHAI ORANG-ORANG KAFIR! AKU TIDAK SEMBAH APA YANG KAMU SEMBAH! DAN KAMU BUKAN PENYEMBAH TUHAN YANG AKU SEMBAH! DAN AKU TIDAK PERNAH MENJADI PENYEMBAH APA YANG KAMU SEMBAH! DAN KAMU TIDAK PERNAH (PULA) MENJADI PENYEMBAH TUHAN YANG AKU SEMBAH! "UNTUKMULAH AGAMAMU! DAN UNTUKKULAH AGAMAKU!"

Yang mereka nak cetakkan di dalam suratkabo mereka itu apa dia tuan-tuan? Di setiap istilah Tuhan Bapa mereka nak menamakannya sebagai Allah. Takkan bebal nak faham apa muslihat mereka. Takkan bodoh nak ketahui. Takkanlah sampai bingung dungu! Aduhai... Manusia yang bertuhankan kuasa dan politik beginilah. Semua jadi asalkan nafsu mereka memberahi. Noktah!

sumber dipetik dari http://perakbangkit.blogspot.com