03032009-Bertempat di PDM Rantau Panjang, Ketua PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAPAR, YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI ROSLI BIN ABDUL HAMID telah hadir untuk pertemuan dan perbincangan dari hati ke hati dengan Ketua-Ketua Pemuda di dalam Dun Sungai Pinang.
Di dalam pertemuan yang berlangsung selama hampir 2 jam itu, beliau telah mendengar dan menerima pandangan dari ketua-ketua cawangan di dalam dun tersebut.
Di dalam pertemuan tersebut juga Tuan Haji Rosli telah mengumumkan bahawa pemuda UMNO Bahagian Kapar akan menyumbang sebanyak RM300.00 bagi aktiviti di setiap cawangan.
Rata -rata ketua pemuda cawangan berasa amat gembira apabila perkara tersebut diumumkan semalam.
Didalam pertemuan tersebut juga Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Sharul Nizal Ali telah memberikan sedikit taklimat tentang beberapa perubahan dan pembaharuan yang telah dibuat untuk melicinkan jentera parti.
Wacana Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pergerakkan Pemuda Umno Bahagian Kapar terutamanya kepada Ketua Pemudanya Tuan Haji Rosli Bin Abdul Hamid dan saf pimpinannya yang telah begitu dekat dengan ahli di peringkat akar UMBI dalam Dun Sungai Pinang.
bagus la bila pemimpin turun padang,mendengar dan bertemu akar umbi,sekurang kurang nya rintihan dan cadangan dapat diterima oleh pemimpin atas.
ReplyDeleteinisiatif yang baik oleh ketua pemuda bahagian.
diharap berterusan.jangan hanya 3 tahun sekali baru nampak muka.
assalamualaikum sahabat semua
ReplyDeletemaaf atas sebarang nukilan saya ini
mohon agar perbetulkan situasi keadaan politik dun sg pinang.kerana ianya akan membuatkan keadaan pemuda bertambah jauh dengan umno..
sikap segelintir pemimpin.ygmeminpin diri sendiri..jadi sy berharap agar situasi ini dapat di kikis agar perjuangan umno tetap kukuh lagi gagah di dun sg pinang
inysalah saudara izam.. namun apa yang penting sekarang ini ialah dengan berani menergur dalam persidangan pemuda nanti..kerana kalo kita hanya bercakap dibelakang dan bersetuju didepan pemimpin tak mungkin tahu apa yang kita fikirkan...
ReplyDeletesorry insyallah
ReplyDelete