Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Wednesday, December 31, 2008

Kejohanan Futsal Tertutup Pemuda UMNO Kariah Tanjung Syawal kali Ke5


Pada 27-28 Disember yang lepas Pergerakkan Pemuda Umno Kariah Tanjung Syawal telah dengan jayanya melaksanakan Kejohanan Futsal Tertutup di Kariah Tanjung Syawal telah mendapat sambutan hangat di kalangan warga belia di Kariah Tanjung Syawal Program ini juga telah mendapat telah mendapat penyertaan dari pergerakan wanita dan Puteri... Menurut Penyelaras Pemuda DUN Sungai Pinang Saudara Fuad Syahrin Misbah, Program ini telah mendapat sokongan penuh dan galakkan dari pada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar Saudara Tuan Haji Mohd Roslee bin Abdul Hamid. Menurutnya lagi Pemuda UMNO Bahagian Kapar Amnya dan Pemuda UMNO DUN Sungai Pinang, sentiasa komited dan konsisten dalam mejalankan aktiviti aktiviti untuk pembangunan belia setempat sehubungan dengan itu beliau amat berharap agar program- program sebegini akan dicontohi dan diteruskan dari masa kesemasa.

BOYKOT bARANG ISRAEL

1 ORANG BOYKOT BARANG ISRAEL= ISRAEL RUGI SINGGIT
10 ORANG BOYKOT =ISRAEL RUGI 10 RINGGIT
1.2 JUTA ORANG ISLAM BOYKOT=ISRAEL RUGI 1.2 JUTA RINGGIT SEHARI

KALO SEBULAN INSYAALLAH DIA TAKDER DUIT DAH NAK SERANG....
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Tuesday, December 30, 2008

PARLIMEN KT, Pesuruhjaya PAS Terenganu

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATBertarikh : 11 Ramadhan 1429 11 September 2008.sumber dari :http://penembak-tepat.blogspot.com/

Kuala Terengganu sapa yang dapat (antara kebatilan dan Keiklasan)














































Assalammualaikum,
























Sila pastikan anda tidak memilih Parti PAS di dalam PRK Kuala Terengganu.. Sila tuan pastikan tuan dapat memilih parti yang konsisten dan telah terbukti berjasa kepada masyarakat Islam dan Melayu.. Pastikan meraka yang anda pilih tidak akan mengubah atau ataupun mencabar hak keistimewaan orang melayu dan agama islam... pastikan meraka tidak berdiam diri apa bila dicabar pastikan mereka tidak flip flop dan bercakap bak kata orang lidah bercabang (di kelantan husam kata nak buat hukum hudud, bila mai kl jumpa Guan Eng kecut perut pastu terus tak leh buat apaper citer.... cuba pikir apa guna kalo nama islam, pemakaian islam. perwatakan kurang melambangkan islam... lidah bercabang ni maksudnya munafik la kan... pastu tengok kat kelantan kenapa anak muda disana semua lari berkeja di negeri lain .. sebab perancangan ekonomi pas tak betul... mungkin ada yang kurang.. sehinggakan industri hiliran dan anak mudanya semua tidak dapat meyumbangkan bakti di negeri sendiri.... pasal hukum hudud. saya bukan nak menyangkal ajaran islam... tapi alangkah baiknya kalau segala tindakan yang kita buat tidak akan memburukan islam itu sendiri...islam ini penuh dengan kesyumulan, kebaikan dan penuh dengan adab sopan amat baikk.. sesuai dengan tahap islam sebagai addin... agama yang terbaik didunia... so jadikan sesuatu yang kita akan buat mempromosikan islam itu sendiri.. yang akan membantu ekonomi islam itu sendiri... cuba lihat apa yang mereka buat bila ada ahli pakatan yang mengatakan seks luar nikah itu sedekah... ini menunjukan pas tidak boleh memimpin ... dan PAS bukan lah parti yang dominan dalam pakatan rakyat... dan sehingga kini mereka tak boleh declare sapa dia ketua dalam pakatan rakyat ....cuba tanya akil hai ... apa citer beb lu punyer citer tak konsisten beb..... cuba tanya ngan mustafa ali ...tentang target 16 september 2008 naper jadik tak sebulu dengan pimpinan pas pusat dan "ketua kampungnyer" (TGNA)







adakah kerana anwar ibrahim beli kerusi yang salah di ikea atau court mamorth sampai bila pengikut parti PAS... dan orang melayu akan terus tertipu dengan mereka ini..... bangunlah sedarlah meraka ini hanyalah orang yang mementingkan kuasa tetapi tidak tahun bagaimana nak menggunakanya... lihat sahajalah bagaimana mereka memerintah di selangor.... tak pasal-pasal jadik negeri peluar b--i berskala besar..... (al maklumlah untung lebih....) takut nanti bila dapat perintah kualaterengannu pulak jadik mangsa.......) dari banyak masjid dekat KT. takut jadik BANYAK B--I





* semua gambar adalah ehsan dari http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2008_10_01_archive.html



















artikel dari.... sharpshooter sungai pinang

Sunday, December 28, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430h

Assalammualaikum, dikesempatan yang ada ini kami dari Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang mengucapkan Selamat Meyambut Maal Hijrah 1430h. Mudah-mudahan Dun Sungai Pinang khasnya dan Negeri Selangor amnya. Akan dilmpahi rahmat dan diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga Bangsa melayu dan agama islam akan lebih kuat bersatu untuk menegakkan syiar islam dan dijauhi dari sebarang bencana di dunia dan akhirat. Insyallah.

Kepada Semua pengunjung Blog Ini kami mendoakan semoga tahun yang medatang akan lebih dirahmati dan dipanjang usia serta dilimpahi kurnianya. Mudah-mudahan tahun yang mendatang akan jadi lebih baik dan penuh kegemilangan dari tahun ini.

Tuesday, December 23, 2008

Program NGO tapi ok gak kalo gi



program ni kengkawan antar email kalo kita boleh kita gi le .. majlis ilmu apa nak takut.. aku rasa suara baru ni ialah suara baru rakyat malaysia kottt

Monday, December 22, 2008

Ahli parlimen PR bergaduh

petikan dari anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Pakatan Rakyat Selangor bertumbuk ?Apa nak jadi..?Apa dah jadi..?Sampai sekarang tak selesai lagi…[kalau bait bait lirik lagu “Apa Dah Jadi” Tan Sri SM Salim baris akhirnya, “sampai sekarang tak kahwin lagi…”]Teringat juga adegan cerita Tan Sri P Ramlee, “Nujum Pak Belalang”, sewaktu S Shamsuddin & Aziz Satar membahagi-bahagikan harta rompakan, dialog lucu yang senang diingat, “satu untuk engkau, satu untuk aku, …….. eh bedallah untuk engkau, eh bedallah untuk aku…”Ha! Pelik ya, mukadimah posting kali ini? Lihat pada tajuk dengan foto hiasan, agak sukar untuk dikaitkan dengan mukadimah diatas? Sebenarnya apabila Blogmaster bersembang teh tarik dengan pimpinan PKR yang menjadi informer untuk cerita cerita panas, agak kaget juga mendengar cerita panas ini.Sahabat Blogmaster, seorang Ahli Majlis yang memang dah panas hati dengan Pakatan Rakyat ini menceritakan insiden pertikaman lidah yang sudah hampir kepada terjadinya tumbuk menumbuk diantara seorang Ahli Parlimen dengan seorang ADUN baru baru ini dihadapan pejabat Majlis Perbandaran Klang. Mujurlah keadaan ini dapat segera dileraikan oleh beberapa Ahli Majlis berada disitu.Menurut ceritanya, pertikaman lidah sudah berlaku sejak dari dalam bilik mesyuarat lagi. ADUN tersebut dikatakan melabelkan Ahli Parlimen yang hadir itu sebagai Pembangkang dan dengan angkuhnya mengatakan Ahli Parlimen tiada hak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.Sebenarnya yang memanggil mesyuarat tersebut adalah Ahli Parlimen tersebut, tetapi disaat saat akhir telah dipengerusikan oleh ADUN yang dikatakan terlalu bersungguh sungguh mahu meluluskan perpindahan Terminal Bas dari bandar Klang ke Meru, tambahnya lagi.Ahli Majlis sahabat Blogmaster yang menyampaikan info ini juga beritahu cerita penuh insiden ini boleh dibaca pada sebuah blog yang dikemaskini oleh seorang Ahli Parlimen PKR, sila layari http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/fued-between-mps-and-selangor-speaker/Kita pernah dengar kisah seorang YB DAP kena penampar dengan seorang YB UMNO gara gara perbezaan pendapat sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor beberapa tahun yang lalu.Pelik lah! Sekarang ini mereka sesama sendiri pun hendak bertumbuk…., bagaimana mahu mentadbir kerajaan dengan baik kalau diantara mereka sendiri tidak boleh sepakat?Macam berok dapat bunga….

dari blog MP PKR KAPAR
A stronger argument erupts between MPs and Selangor State Assembly Speaker outside Klang Municipal Council Headquarters. The argument arises after MPs of Klang and Kapar sought clarification from State speaker over his ” Opposition” remark as reported by Chinese dailies recently.
YB Teng said to be adamant by continue labeling that both Klang and Kapar Member of Parliaments as Opposition. He further asserts that MP’s has not authority over State matters referring to Klang Sentral Bus Terminal Transfer issue. Manikavasagam said no doubt at Parliament myself and Charles currently sitting as Opposition that doesn’t meant we cann’t pin point mistakes done by State authorities govern by our own parties.
Manikavasagam further added that no doubt State Government trying to protect local councils like parents protecting their children but there is limit for it . As elected representative don’t we have right to query them. I’m also puzzled over YB Teng’s reaction whom was opposition State Assemblyman at time the new bus station project approved pushing harder to get the Terminal operative added Manikavasagam.
Earlier, the Sg Pinang State Assemblymen today chaired meeting on Traffic Congestion in Klang Town and transfer of Bus Terminal to Klang Sentral , Meru. The meeting was attended by all three MPs representing Klang District namely S. Manikavasagam, Kapar , Charles Santiago , Klang and Dr Siti Mariah , Kota Raja. YB Charles was scheduled to chair the meeting as it’s his initiate to call upon the meeting.
Also present representative from government department , JKR Selanor, couple of Councillors and Petronas Gas Shah Alam Director En Md Isa Mat Adam.
During the briefing En Md Isa had given Petronas assurance that Gas Pipeline running accross Klang Sentral Bus Terminal is meeting all safety requirements and he gave nod to build pedestrian overhead bridge linking two terminals. Manikavasagam had then requested Petronas to issue letter confirming matter discussed.
The Council President also turned down Manikavasagam’s request to declassify agreement between Council and Developer. However, he allow Manikavasagam to read and examine the agreement inside the Council office together with his legal team.
Though I’m happy with Petronas Gas assurance and JKR Selangor briefing on Congestion but the way the meeting conducted today raise my doubt over possible ” special interest” that YB Teng may pose added Manikavasagam..

p/s: ni mesti adun sungai pinang tak nak kongsi dengan MP Kapar.. hihihhhihi tak per nanti hangpa pi cari pulau ketam central la pulak ..... depa dok gaduh rakyat sungai pinang dapat aper... yang nak diperjuangkan hanyalah peniaga-peniaga yang dah kaya raya ....... kat bandar klang... tapi yang kecik-kecik kat kampung rantau panjang , kampung sungai pinang, kampung arab yang majoritinya islam, melayu dapat apa...... camry pun tak dapat rasa..... sampah jalan berlubang kat jalan keretapi lama, sepanjang jalan shahpadu , kilang-kilang haram, pendatang asing, sampah . isu kejiranan, semak samun kat tanah persendirian , poster yang bertampal tampal kat pokok , ni semua takkan ketua kampung baru tak nak amik tindakan ... kalo dah jadik ketua kampung sendiri mau tau la ...ni bantuan ibu tunggal dari pejabat SUK ni pun tak tahu apa cerita ... sonyap jer dapat ker tak dapat ker semua orang tak tahu.. kalo dulu dapat ker tak dapat ker ada surat makluman ... ni takd er... semua ni rakyat nak tahu.... bukan nyer setakat duit tabung KDEB tu nak guna bayar duuit air lama lama habis jugak... sektor ekonomi nak kene jaga bukan setakat orang-orang kaya kat bandar klang tu..... orang yang tak kaya sederhana, ibu tunggal perlu juga dibantu ekonomi kita... bak kata pepatah yang kuat membantu yang lemah yang kaya membantu yang miskin... lagi satu kalo nak jadi mb , exco ker ahli majlis ker.... tapi bila diajukan permasalahan .. semua nak cakap ini kerajaan dulu punya pasal... sepertimana yang berlaku dalam mesyuarat dengan MPK tak lama dulu tentang isu permindahan bus stand klang... saya percaya semua orang boleh jadi mb ataupun ahli majlis, ataupun adun budak umur 5 tahun pun boleh .... yelah setakat dapat duit gaji bulan-bulan dan nak salahkan orang jer kerjanya semua orang boleh buat kan... tapi apa yang rakyat sungai pinang mahukan perkhidmatan yang lebih baik .. sepertimana masa mereka berkempen dahulu........ tolonglah letak jawatan kalo tak boleh nak jadik adun atau ahli majlis yang lebih baik..... dari dulu.... jangan lupa tanya ketua kampung yang baru perihal kilang ayam kat sungai pinang.... kilang ayam dah wujud lama dah tapi perumahan mintak kilang ayam pindah.....mentang-mentanglah kilang ayam tu milik orang melayu ... disuruh pindah sesuka hati pampasan pun tak dapat.....

Friday, December 19, 2008

Mohon maaf

Assalammualaikum, saya memohon maaf kerana video artikel 153 tidak dapat di upload sepenuhnya kerana ada masalah teknikal .. saya berharap agar tuan tuan dapat bersabar sehingga masalah ini dapat diatasi nanti...
terima kasih .

Thursday, December 18, 2008

harga rumah(kerajaan pusat cari idea nak turunkan kerajaan selangor cari ide nak naikkan...

RAKYAT SELANGOR KENA TIPU LAGI……By Khairul
Saya membaca Akhbar Sinar Harian yang memuatkan berita sembah ucapan MB Selangor TS Khalid Ibrahim ketika sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Selangor baru-baru ini, yang antara lain beliau memaklumkan bahawa urusan pasir di Selangor akan distruktur semula. Hasil penstrukturan tersebut, kerajaan negeri bakal memperolehi pendapatan sebanyak RM50 juta setahun, berbanding kerajaan sebelum ini yang hanya mendapat RM20 juta setahun.
Antara konsep penstrukturan yang saya difahamkan oleh beberapa rakan ialah, kuari pasir tersebut akan di tenderkan oleh kerajaan negeri kepada pihak-pihak tertentu yang boleh menawarkan harga tertinggi dan terbaik, kemudian syarikat yang Berjaya akan diberi hak untuk menjual pasir tersebut.
Sekali pandang, ia kelihatan macam telus dan berperaturan serta menggambarkan kepada rakyat bahawa pulangan kepada kerajaan negeri akan lebih baik. Namun rakyat mesti perlu juga disedarkan, bahawa langkah kerajaan negeri pimpinan TS Khalid Ibrahim ini sebenarnya sedang membebankan rakyat negeri Selangor, kerana kesan kenaikan harga pasir tersebut akan dirasa dan ditanggung oleh rakyat.
Keadaan ini disahkan sendiri oleh peniaga hardware khususnya yang menjual barang keperluan binaan, terutamanya pasir, batu dan sebagainya. Ia berlaku ketika saya hendak membeli pasir, bila tuan punya kedai menyatakan bahawa akan datang harga pasir akan lebih mahal memandangkan…”kerajaan pun mau makan juga…itu harga pasir”.
Harga yang sedang menurun sekarang ialah harga jualan besi, memandangkan kerajaan pusat telah mengambil keputusan untuk memansuhkan AP besi. Jadi jelas bahawa kerajaan pusat jauh lebih prihatin berbanding kerajaan negeri Selangor, yang lebih rakus mencari sumber kewangan dengan menekan dan membebankan pengguna dan rakyat yang sebahagiannya tidak menyedari kesan keadaan ini.

...CAMRY lebih penting dari MANIFESTO.....
Saya jadi terfikir, patutlah kerajaan negeri ghairah benar memenuhi kehendak Ronnie Liew untuk membeli kereta Toyota Camry yang harganya jauh lebih mahal daripada Proton Perdana untuk EXCO dan pegawai kanan negeri. Kereta yang mahal pastinya kos penyelenggaraannya jauh lebih mahal. Siapa yang akan tanggung kos tersebut…???. RAKYAT yang akan menanggung segala kos tersebut demi keselesaan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat. Tahniah…gerakan licik pimpinan negeri Selangor.

Tuesday, December 16, 2008

tali Pinggang keledar : Antara peraturan, undang-undang dan keselamatan

Assalammualaikum, semenjak kerajaan mewajibkan pemakaian tali pinggang di tempat duduk belakang, banyak yang telah berbunyi, antaranya ialah:

1)membebankan, kerana bagi golongan bependapatan sederhana, biasanya mempunyai anak yang lebih dari 3 orang dan biasanya golongan ini hanya memiliki sebuah kereta sedan, sama ada wira, iswara atau waja.

2)sekiranya pemilik kenderaan, isteri dan 3 orang anaknya maka mereka boleh menaikinya dengan senang, tanpa perlu takut disaman dan okaylah selesalah jugak.

3)sekiranya begini pulak bagaimana agak nya, pemilik kenderaan, isteri , dan 5 orang anak... adakah semuanya boleh menaiki kenderaan tersebut? atau

4)mereka perlu meninggalkan 2 orang anak dirumah apabila satu keluarga pergi bersiar-siar.? atau

4)mereka perlu membayar saman setiap kali keluar bersama keluarga , kerana perkara ini telah dijadikan undang-undang?

5) Sekiranya opsyen 2 digunapakai adakah anak yang ditinggalkan tu kecil hati dan seterusnya mejurus kepada masalah sosial kerana mereka ini terasa dipinggirkan ? hati kanak-kanak dan remaja sukar ditafsir?

6)Adakah kajian dari segi kesan sosio ekonomi, sosial telah diambil kira?

7)kita tidak nafikan bahawa tindakan ini diambil demi keselamatan, namun mungkin juga pihak yang terbabit perlu memikirkan juga langkah penyelesaian yang paling efektif yang aspek keselamatan nya tinggi dan mempunyai kesan negatif yang kurang...

8)mungkin kerajaan juga boleh memikirkan subsidi seperti kenderaan MPV untuk yang berkeluarga lebih daripada 5, kurangkan road tax dan cukai jualan.

ini semua adalah antara sungutan orang ramai dan rakyat di sekitar sungai pinang khasnya dan malaysia amnya.... bersesuaian dengan nama blog ini wacana pemuda dun sungai pinang apa kata kalau kita bincangkan bersama.......

Friday, December 5, 2008

Salam Pengenalan

Assalammualaikum,

Tahun ini merupakan tahun yang amat mengejutkan kita semua .....tsunami politik, Ladang babi termoden di Selangor, ladang babi di Kedah, isu PPRT, Ketuanan melayu, Makkal Sakti., hak samarata dan bermacam-macam lagi. Apa yang dihairankan ialah mengapa semua ini terjadi? Adakah semasa pemerintahan UMNO BN terlalu banyak sangat kesalahan hinggakan tiada faedah langsung yang diterima oleh rakyat ataupun tawaran yang diberikan oleh PR terutamanya manifestonya terlalu hebat ataupun rakyat selangor telah dilimpahi dengan kemewahan sehinggakan mereka lupa bahawa ini semua manfaat yang diterima selama ini adalah hasil daripada sebuah kerajaan yang amat prihatin, looking forward for the future needs dan juga adakah generasi muda telah kehilangan hak untuk menyuarakan pandangan mereka.... Perkara ini akan dibincangkan dalam posting yang akan datang. Insyaalah saya akan cuba untuk mengemaskini blog ini setiap minggu. Semua pandangan akan diterima dan disiarkan dengan syarat semua ianya tidak akan menyentuh peribadi dan memberi aib kepada mana-mana individu. Ini selaras dengan kehendak Agama Islam yang kita cintai ini. Saya amat berharap agar dengan wujudnya blog ini ia akan menjadi saluran yang terbaik untuk kita membincangkan apa jua isu dengan berhemah dan fikiran yang terbuka. Jadikan apa jua yang kita lakukan ini akan mendapat berkat dan limpahan kurnianya semoga Sungai Pinang khasnya akan terus selamat aman dan makmur dan Selangor amnya