Assalammualaikum, semenjak kerajaan mewajibkan pemakaian tali pinggang di tempat duduk belakang, banyak yang telah berbunyi, antaranya ialah:
1)membebankan, kerana bagi golongan bependapatan sederhana, biasanya mempunyai anak yang lebih dari 3 orang dan biasanya golongan ini hanya memiliki sebuah kereta sedan, sama ada wira, iswara atau waja.
2)sekiranya pemilik kenderaan, isteri dan 3 orang anaknya maka mereka boleh menaikinya dengan senang, tanpa perlu takut disaman dan okaylah selesalah jugak.
3)sekiranya begini pulak bagaimana agak nya, pemilik kenderaan, isteri , dan 5 orang anak... adakah semuanya boleh menaiki kenderaan tersebut? atau
4)mereka perlu meninggalkan 2 orang anak dirumah apabila satu keluarga pergi bersiar-siar.? atau
4)mereka perlu membayar saman setiap kali keluar bersama keluarga , kerana perkara ini telah dijadikan undang-undang?
5) Sekiranya opsyen 2 digunapakai adakah anak yang ditinggalkan tu kecil hati dan seterusnya mejurus kepada masalah sosial kerana mereka ini terasa dipinggirkan ? hati kanak-kanak dan remaja sukar ditafsir?
6)Adakah kajian dari segi kesan sosio ekonomi, sosial telah diambil kira?
7)kita tidak nafikan bahawa tindakan ini diambil demi keselamatan, namun mungkin juga pihak yang terbabit perlu memikirkan juga langkah penyelesaian yang paling efektif yang aspek keselamatan nya tinggi dan mempunyai kesan negatif yang kurang...
8)mungkin kerajaan juga boleh memikirkan subsidi seperti kenderaan MPV untuk yang berkeluarga lebih daripada 5, kurangkan road tax dan cukai jualan.
ini semua adalah antara sungutan orang ramai dan rakyat di sekitar sungai pinang khasnya dan malaysia amnya.... bersesuaian dengan nama blog ini wacana pemuda dun sungai pinang apa kata kalau kita bincangkan bersama.......
No comments:
Post a Comment