Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Friday, December 5, 2008

Salam Pengenalan

Assalammualaikum,

Tahun ini merupakan tahun yang amat mengejutkan kita semua .....tsunami politik, Ladang babi termoden di Selangor, ladang babi di Kedah, isu PPRT, Ketuanan melayu, Makkal Sakti., hak samarata dan bermacam-macam lagi. Apa yang dihairankan ialah mengapa semua ini terjadi? Adakah semasa pemerintahan UMNO BN terlalu banyak sangat kesalahan hinggakan tiada faedah langsung yang diterima oleh rakyat ataupun tawaran yang diberikan oleh PR terutamanya manifestonya terlalu hebat ataupun rakyat selangor telah dilimpahi dengan kemewahan sehinggakan mereka lupa bahawa ini semua manfaat yang diterima selama ini adalah hasil daripada sebuah kerajaan yang amat prihatin, looking forward for the future needs dan juga adakah generasi muda telah kehilangan hak untuk menyuarakan pandangan mereka.... Perkara ini akan dibincangkan dalam posting yang akan datang. Insyaalah saya akan cuba untuk mengemaskini blog ini setiap minggu. Semua pandangan akan diterima dan disiarkan dengan syarat semua ianya tidak akan menyentuh peribadi dan memberi aib kepada mana-mana individu. Ini selaras dengan kehendak Agama Islam yang kita cintai ini. Saya amat berharap agar dengan wujudnya blog ini ia akan menjadi saluran yang terbaik untuk kita membincangkan apa jua isu dengan berhemah dan fikiran yang terbuka. Jadikan apa jua yang kita lakukan ini akan mendapat berkat dan limpahan kurnianya semoga Sungai Pinang khasnya akan terus selamat aman dan makmur dan Selangor amnya

No comments:

Post a Comment