Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Thursday, December 18, 2008

harga rumah(kerajaan pusat cari idea nak turunkan kerajaan selangor cari ide nak naikkan...

RAKYAT SELANGOR KENA TIPU LAGI……By Khairul
Saya membaca Akhbar Sinar Harian yang memuatkan berita sembah ucapan MB Selangor TS Khalid Ibrahim ketika sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Selangor baru-baru ini, yang antara lain beliau memaklumkan bahawa urusan pasir di Selangor akan distruktur semula. Hasil penstrukturan tersebut, kerajaan negeri bakal memperolehi pendapatan sebanyak RM50 juta setahun, berbanding kerajaan sebelum ini yang hanya mendapat RM20 juta setahun.
Antara konsep penstrukturan yang saya difahamkan oleh beberapa rakan ialah, kuari pasir tersebut akan di tenderkan oleh kerajaan negeri kepada pihak-pihak tertentu yang boleh menawarkan harga tertinggi dan terbaik, kemudian syarikat yang Berjaya akan diberi hak untuk menjual pasir tersebut.
Sekali pandang, ia kelihatan macam telus dan berperaturan serta menggambarkan kepada rakyat bahawa pulangan kepada kerajaan negeri akan lebih baik. Namun rakyat mesti perlu juga disedarkan, bahawa langkah kerajaan negeri pimpinan TS Khalid Ibrahim ini sebenarnya sedang membebankan rakyat negeri Selangor, kerana kesan kenaikan harga pasir tersebut akan dirasa dan ditanggung oleh rakyat.
Keadaan ini disahkan sendiri oleh peniaga hardware khususnya yang menjual barang keperluan binaan, terutamanya pasir, batu dan sebagainya. Ia berlaku ketika saya hendak membeli pasir, bila tuan punya kedai menyatakan bahawa akan datang harga pasir akan lebih mahal memandangkan…”kerajaan pun mau makan juga…itu harga pasir”.
Harga yang sedang menurun sekarang ialah harga jualan besi, memandangkan kerajaan pusat telah mengambil keputusan untuk memansuhkan AP besi. Jadi jelas bahawa kerajaan pusat jauh lebih prihatin berbanding kerajaan negeri Selangor, yang lebih rakus mencari sumber kewangan dengan menekan dan membebankan pengguna dan rakyat yang sebahagiannya tidak menyedari kesan keadaan ini.

...CAMRY lebih penting dari MANIFESTO.....
Saya jadi terfikir, patutlah kerajaan negeri ghairah benar memenuhi kehendak Ronnie Liew untuk membeli kereta Toyota Camry yang harganya jauh lebih mahal daripada Proton Perdana untuk EXCO dan pegawai kanan negeri. Kereta yang mahal pastinya kos penyelenggaraannya jauh lebih mahal. Siapa yang akan tanggung kos tersebut…???. RAKYAT yang akan menanggung segala kos tersebut demi keselesaan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat. Tahniah…gerakan licik pimpinan negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment