Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Monday, April 27, 2009

Program Turun Padang, Ketua Pemuda ke Rumah Saudara Azhar





























Program Turun Padang Ketua Pergerakkan Pemuda Bahagian Kapar ke cawangan-cawangan adalah bertujuan untuk medapatkan maklumbalas hasil daripada mesyuarat pertama cawangan-cawangan dan untuk menyampaikan perancangan dan program-program pemuda Bahagian Kapar.

Perkara -perkara berbangkit yang perlu diselesaikan oleh Ketua Pergerakkan Pemuda Bahagian Kapar, Dun atau cawangan-cawangan.

Selain itu program ini juga adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara Pemuda bahagian Kapar dan juga pemuda Cawangan.

Program yang diadakan di mengikut abang angkat zon 2 Sungai Pinang iaitu Saudara Hafizzudin Muzzaiyin diadakan di rumah Saudara Azhar atau lebih dikenali sebagai kahong, ketua Pemuda Cawangan Batu 4 telah berjalan dalam susana santai , harmoni antara pimpinan bahagian dan cawangan.

Program ini telah dihadiri oleh Ketua Pergerakkan Pemuda Bahagian Kapar, Tuan Haji Roslee Bin Abd hamid , Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian kapar , Saudara Nor Azizi Bin Ishak, Setiausaha Pergerakkan Pemuda Umno Bahagian Kapar, Saudara Sharul Nizal Bin Haji Ali, Bendahari , Saudara Izam Bin Idris, Ketua Penerangan Pemuda Bahagian, Saudara Mohammad Nor bin Haji Kassim, Pengerusi Dun Sungai Pinang, Saudara Fuad Syahrin Misbah, dan semua Ketua Pemuda Cawangan di dalam dun Sungai Pinang.;

Friday, April 24, 2009

Satu perbincangan...mari sertai Kemukakan Pendapat Anda

Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal
KUALA LUMPUR 23 April – Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat semalam turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.
Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.
‘‘Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.
‘‘Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab,’’ katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.
Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran.
Beliau juga telah membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap tiga kanak-kanak terbabit di Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, tindakan Mohd. Ridzuan itu dibantah oleh ibu kanak-kanak berkenaan, M. Indira Ghandi, 35, yang mahukan anak- anaknya kekal dengan agama Hindu.
Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata, walaupun Kabinet telah membuat keputusan, kerajaan tetap bersedia mendengar pandangan rakyat sekiranya mereka berpendapat langkah terbaru itu mempunyai kelemahan.


* Saya merasa langkah sebegini banyak kelemahan yang harus diperbaiki, sebagai contoh mungkin perlu ada pertimbangan yang lain ....saya harap saudara paham. mungkin dari segi pendapatan,... saya rasa mungkin satu akta baru atau satu perudangan baru yang lebih comprehensif sekiranya kes ini nak dibincangkan di mahkamah sivil....

* yang ganas sekali.....ialah. artikel 153 dan artikel lain yang berkaitan masih diguna pakai atau tidak...

Program Tahlil pemuda UMNO Bahagian Kapar
















Khamis-23 April 2009 Program Pemuda Turun Surau Nurul Iman , Lapis kedua Kampung Perepat telah dianjurkan oleh Biro Agama, Pendidikan dan Kebajikan, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan silaturahim dikalangan Pergerakan Pemuda dengan Penduduk Setempat. Didalam Program ini pemuda telah bersama-sama menyertai solat magrib berjamaah, tahlil dan bacaan yassin serta solat isyak berjamaah.

Hampir semua pimpinan pemuda bahagian hadir termasuk, Ketua Pegeralan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Tuan Haji Roslee Bin Abdul Hamid, Naib Ketua Pegerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Saudara Nor Azizi Bin Haji Ishak, Setiausaha Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Saudara Sharul Nizal Bin Haji Ali, Ketua Biro Agama, Pendididkan dan Kebajikan Saudara Syuhaidi Bin Haji Surani. Ketua Pemuda Cawangan didalam kariah Surau Nurul Iman, lapis kedua Kampong Perepat, Sementa.

Menurut Tuan Haji Roslee lagi, Program ini akan dipanjang kan ke semua surau dalam Bahagian kapar dan akan diuruskan oleh Biro Agama, Pendidikan dan Kebajikan.

Wacana pemuda UMNO Dun Sungai Pinang mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Pegerakkan Pemuda UMNO bahagian kapar dalam menjayakan program yang seperti ini. Mudah-mudahan perpaduan dan ukhuwah akan terus disemai dan dibajai dengan keredaan Allah s.w.t

Thursday, April 23, 2009

Program Turun Padang Ketua Pemuda Kapar

Assalammualaikum,

Program turun Padang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar
Tuan Haji Roslee Bin Abdul Hamid
Tarikh: 24 April 2009
Jam: 8.30 malam
Tempat :Lot 3118 Jalan Genting rantau Panjang (Rumah Saudara Azhar Mohamad@kahong)
Semua dijemput hadir.

Thursday, April 16, 2009

PRK kat Penanti

Assalammualaikum... semboyan dah berbunyi...ayuh bersatu pemuda UMNO/BN Malaysia...ketepikan segala perselisihan ......demi agama bangssa dan negara

berikut dari Berita Harian
Fairus letak jawatan Adun Penanti

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa hari ini. Beliau memberi alasan bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Al-Fatihah

Assalammualaikum,

Nenek kepada Ketua Pemuda Rantau Panjang, Klang Saudara Ijam Saliman telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.30pagi ini.

Wacana Pemuda UMNO Dun Sungai Pinang, Jawatankuasa Penyelaras Pergerakkan Pemuda Dun Sungai Pinang dan Pegerakkan pumada UMNO Bahgaian Kapar menyampaikan salam takziah kepada Saudara Ijam Saliman dan keluarga. Kami mendoakan agar nenda beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman . Amin Ya rabbal Allamin

Monday, April 13, 2009

Kejohanan Bowling Tahunan Dun Sungai Pinang 2009
















Assalammualaikum,





pertamanya sekali saya ingin memohon maaf kerana berita ini lambat dikeluarkan ...ada beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan...










Pada telah 14 Mac 2009 bertempat di Ampang Bowl , Klang Parade satu Kejohanan Bowling telah diadakan . Kejohanan bowling ini anjuran Pergerakkan Pemuda UMNO DUN Sungai Pinang bersama-sama dengan Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Tuan Haji Rosli Bin Abdul Hamid.










Seramai 60 orang peserta yang mewakili cawangan masing-masing telah beradu nasib.... Kejohanan Tersebut telah dimenangi oleh Hot Banana dari Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Kg Sungai Pinang Dalam mencatat jatuhan pin terbanyak sebanyak 2519 pin.





Wacana Dun Sungai Pinang mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Rosli Bin Abdul Hamid dan saf pimpinannya diatas sokongan dan dorongan dalam menjayakan program ini .. tidak lupa juga kepada Jawatankuasa Penyelaras Dun Sungai Pinang dan semua perserta yang hadir pada hari tersebut

Thursday, April 2, 2009

Tahniah Datuk Haji Faizal Bin Abdullah



Assalammualaikum,




Wacana pemuda Dun Sungai Pinang mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Faizal Bin Abdullah, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar diatas penganugerahan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Datuk oleh Sempena dengan Hari keputeraan Sultan Kelantan.




Semoga dengan Penganugerahan tersebut akan mendorong Yang Berbahagia Datuk untuk terus berjuang dan menyumbang Demi Agama Bangsa Dan Negara. Sesungguhnya warga Dun Sungai Pinang Khasnya dan Kapar Amnya amat berbangga dengan penganugerahan tersebut.