Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Friday, April 24, 2009

Program Tahlil pemuda UMNO Bahagian Kapar
















Khamis-23 April 2009 Program Pemuda Turun Surau Nurul Iman , Lapis kedua Kampung Perepat telah dianjurkan oleh Biro Agama, Pendidikan dan Kebajikan, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan silaturahim dikalangan Pergerakan Pemuda dengan Penduduk Setempat. Didalam Program ini pemuda telah bersama-sama menyertai solat magrib berjamaah, tahlil dan bacaan yassin serta solat isyak berjamaah.

Hampir semua pimpinan pemuda bahagian hadir termasuk, Ketua Pegeralan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Tuan Haji Roslee Bin Abdul Hamid, Naib Ketua Pegerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Saudara Nor Azizi Bin Haji Ishak, Setiausaha Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Saudara Sharul Nizal Bin Haji Ali, Ketua Biro Agama, Pendididkan dan Kebajikan Saudara Syuhaidi Bin Haji Surani. Ketua Pemuda Cawangan didalam kariah Surau Nurul Iman, lapis kedua Kampong Perepat, Sementa.

Menurut Tuan Haji Roslee lagi, Program ini akan dipanjang kan ke semua surau dalam Bahagian kapar dan akan diuruskan oleh Biro Agama, Pendidikan dan Kebajikan.

Wacana pemuda UMNO Dun Sungai Pinang mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Pegerakkan Pemuda UMNO bahagian kapar dalam menjayakan program yang seperti ini. Mudah-mudahan perpaduan dan ukhuwah akan terus disemai dan dibajai dengan keredaan Allah s.w.t

1 comment:

  1. Salam Ukhwah...
    Tahniah diucapkan kepada penganjur, harap ianya dapat mewujudkan perasaan persaudaraan sesama islam. Spiritual Quotion (SQ) merupakan asas penting kejayaan sesuatu umah. Harap ianya juga dapat diteruskan tanpa mengira parti sokongan.

    ReplyDelete