Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang

Tuesday, June 23, 2009

want a new affair

Do you m͡in̈́d mͥy l͍ovely pecker
wa̮nt to h00̈kuͦpً? send me a B00tyٞC̜al̶l req̠uest so w̰e cُan meet .
My userna֧me is Je֜an̶e͗tte...
My account is h̗erֺe͛: http://Jeanettehmc.QuickHookupAlert.ru
Talk soon͟!

Saturday, June 20, 2009

PARTI BARU DALAM PAS


Memandangkan situasi yang seperti di bawah dan gambar seperti diatas , inilah bahayanya bila PKR berada dalam PAS... .. mungkin perkara ini tak mustahil akan berlaku............ Apa guna berada dalam PAS sekiranya haluan Presiden tidak boleh diikuti........mungkin juga PPKR iaitu Parti Pas Keadilan Rakyat .


SERAMAI 23 ORANG MP PAS 10 DARIPADANYA TELAH MEBUAT PENGISTIHARAN BERSAMA NIK AZIZ BAGI MENENTANG "UNITY GOVEMMENT UMNO-PAS".Mereka yang terlibat membuat kenyataan itu ialah Khalid Abd Samad (Shah Alam), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamudden Mohd Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar). Mereka inilah juga selalu berdampingan dengan Anwar. Melambangkan kepada kita bahawa MP pas tersebut tidak memehak kepada presiden dan timbalan presiden meraka. Gabungan Pas bersama PR selama ini tidak menguntongkan parti itu, sebaliknya pas sekarang sudah berpecah dua pengikut Presiden dan pengikut Mursyidul Am iaitu Nik Aziz. Baru setahun jagung bersama PR sekarang pemimpin pas sudah berpecah dua kumpulan. Penyokong Hj Hadi dan pengikut Anwar Ibrahim yang lebih dikenali dengan panggilan Erdogan.Apa yang berlaku di PRK Manik Urai sekarang kumpulan yang pro Hj Hadi dihalang menyertainya. Poster-poster presiden mereka tidak dibenarkan sama sekali ditampal PRK tersebut. Katanya ini urusan Pas Kelantan bukan pas HJ Hadi atau pusat. Sumber-sumber bualan orang ramai di Manik Urai beberapa hari lepas.Difahamkan juga puak anti UG akan menganjurkan tunjuk perasaan depan ibupejabat PAS di Kuala Lumpur dan Kelantan bagi menyatakan sokongan kepada Nik Aziz dan menghentam Timbalan Presiden mereka Nasharudin Mat Isa.Jika Pas terus berpecah menandakan parti itu bersama PR akan turut hancur tidak lama lagi. Allah SWT maha kaya dan tetap bersama orang-orang yang benar. Anwar akan menghadapi pertuduhan liwatnya tidak lama lagi, dan ini memberi impak yang negetif kepada anti-UG bersama Nik Aziz nanti. Penyokong Umno tetap dibelakang DS Najib selaku PM sekaligus akan memberi semangat dan kekuatan kepada Haji Hadi jika benar-benar presiden Pas itu iklas untuk merealisasikan hasratnya memperkuatkan Islam dan bangsa Melayu di negara ini. Jika ini benar-benar berlaku kita akan dapat saksikan nanti ceriter menarik gugurnya pemimpin-pemimpin yang belot kepada perjuangan asal parti itu. Akhirnya parti keADILan akan tersungkur dan terkubur tidak bernisan.


dipetik dari blog PAK Mie

Warkah untuk mu Bang Nuar dari Blog GAP


Friday, June 19, 2009

Salam dihulur

TSMY telah mengatakan ..demi perpaduan islam dan melayu...UMNO setuju dengan apajua syarat dan UMNO tidak akan mengenakan sebarang syarat. So what is the problem now... Begitulah keikhlasan UMNO demi perpaduan... PAS bagaimana pula..orang kata apabila salam dihulur.. Wajar disambut...

UMNO hulur salam takut nak sahut..
Yang hulur perpecahan tak sempat-sempat nak sambut.

Begitulah islam TGNA..
Perpaduan rakyat nak sangat
Apakandaya PAS tak sudi
Almaklumlah dah termakan budi
Kalo boleh jiwa dqn raga nak bagi sekali...

Melayu telah ditakrif beragama islam
Namun TGNA kata UMNO Bukan islam
Peluang yang ada dipandang kelam
Takut nanti ketuanan DAP tenggelam

Peluang menegakkan syiar islam dipandang kelam
Orang yang mencadang nak di benam
Diakhir zaman ini lah islam
Ibarat buih bertaburan di tepi pantai yang kelam.

Sejarah silam jadi ukuran
Untuk jadi penetu masa depan
Kalau islam jadi ukuran
Kan umat, nabi ampunkan

Sedangkan lidah lagi tergigit,
Inikan pulak saudara islam
Janganlah pulak nanti anak cucu mengungkit
Sesama islam tak boleh berbaik..

Cuba lihat negara iran
Yang bergaduh sapa, yang menyibuk sapa dan yang untung sapa?
Cuba lihat negeri sendiri.
Untung sabut siapa, untung batu siapa

Kalo jadik seorang ketua
Sebarang keputusan diambil kira
Nas dan hadith ikut bersama
Baru keputusan tak salah kira.

Perpaduan islam adalah segalanya
Ego politik ketepikan sudah
Baru islam dapat membangun sesama ummah
Islam kan kuat lagi indah.

Nukilan malam ....


,


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Janji Ku Janjimu.. siapa yang mungkir....

Wacana masih terngiang-ngiang di telinga.. tentang hasrat sebuah parti yang ....telah memungkiri banyak janji... antara janji Nak TUTUP Kilang.. arak.... di Selangor dan gelaran yang diberikan kepada Negeri Selangor ketika Itu yang diperintah oleh BN......Serambi Maksiat.... itu adalah atara janji yang dijaja ketika atau pun selepas plihianraya sebelum memerintah negeri Selangor... namun apa yang menjadi persoalan nya ialah... aapa yang berlaku sekarang...???TAKDER PAPER PUN.... sAma jer... pastu dengar citer perbendaharaan selangoor pun dah tinggal CIPUT jer... pasal apa aku pun tak tahu....sama samalah pkiokan...
Yang lagi best tu.... untuk bantuan untuk ibu tunggal, suri rumah , anak tadika, penggangur.. semua tak dengar citer lagi....

Yang lagi bestnya ialah kebajikan exco semuanya dah terjamin... mana taknya dah dapat camry... exco tu berapa orang jer....pengganggur, ibu tunggal, budak tadika... berapa ramai pulak... so mana yang lebih utama... LAGI-LAGI PULAK MACAM TIME SEKARANG NI.... BANYAK ORANG MENGANGGUR... SO APA TUNGGU LAGI..Itulah maksudnya Negeri Berkebajikan.....hapraknyer kebajikan...aku pun taktahu...

Pastu isu masjid plak ... pemilihan ajk masjid... dah buat pemilihan yang menang, tak menang yang kalah jadi menang... senang citer kan baik buat lantikan saja.. kan bila dah buat pemilihan kener lah buat betul betul....cakap mesti dikota takut takut dekat kepada munafik...

Itu belum kira tentang kebebasan bersuara......dok cerita pasal bebas...bebas.. maka salah seorang rakan blogger pun disaman.. tak ke pelik.....kata bebas....

now cuba kita renungkan lagi.....tentang tuntutan kerajaan perpaduan......apa nak jadi...dah ajak orang ramai kumpul kat bangunan pas kota baru....bantah kerajaan perpaduan... itu tuntutAN ISLAM KER?

DAH LAH PENAT DAH NAK NULIH..... PKPKKANLAH..KALO ADA YANG SALAH TOLONG BETULKAN

Wednesday, June 17, 2009

Cubit Peha DAP... TGNA teras juga...

Buat TGNA yang seagama dengan ku cubalah engko jelas kan apa hinanya UMNO dan APA imannya DAP... adakah UMNO dan PAS berlainan agama dan bangsa... kenapa apa bila ada usaha kearah penyatuan ko tak suka... apa ertinya demokrasi yang ko perjuangkan bila ko suruh Nasha masuk UMNO kerana dia nak dan sedang berusaha dengan gigih untuk perpaduan... Bukan kah itu yang amat disukai Rasullullah s.a.w.....

bukannkah itu yang berlaku antara Aus dan Khajraj.... atau adakah paksaan ataupun dorongan dari luar PAS yang berusaha mengagalkan penyatuan tersebut.... mungkin sekiraya desakkan luar itu lebih penting... maka Ko TGNA masuklah DAP...

Apa gunanya .. ada dalam dalam PAS tetapi berjiwa DAP..... Kuasa dan tahta bukan sehingga kiamat.... bukan kah apa bila kita telah ditalkinkan akan ada soalan.. siapakah saudaramu? yang disoal oleh malaikat mungkar dan nangkir.. adakah jawapan mu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Therasa Kok atau pun Elizabeth Wong....

Cuba lah ko Pk kan siapa yang sebenarnya sebenarnnya saudaara mu....

pkpkkanlah dengan hati yang terbuka dan minda yang bebas...

ikhlas

dari saudaramu

Al fatihah

Mari kita sedekahkan al fatihah kepada Latipah bt Hj Salamun (ibu saudara tercinta) dan Ahmad Nazri bin Yaakub(datuk saudara yang amat dihormati) yang telah kembali ke rahmatulah pada malam rabu jam 9 malam dan 11:30 mlmi di Muar dan di Senawang.... AL-FATIHAH.... Amin .mudaha-mudahan mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 16, 2009

Program Pemuda Turun Padang (Cawangan Sungai Pinang Dalam)
















Sungai Pinang Dalam: 14/06/2009.





8.00 pagi
Program Gotong Royong Pergerakkan Pemuda UMNO Cawagan Sungai Pinang Dalam di Tanah Perkuburan (lama) Kampung Sungai Pinang.Program ini diketua oleh Ketua Pemuda Cawangan merangkap Setiausaha Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar Saudara Sharul Nizal Ali dan disertai oleh ahli-ahli Pemuda Cawangan. Program ini bermula jam 8.00 pagi dengan menggunakan 4 buah mesin rumput sandang kerja-kerja ini siap dalam masa 1 jam kemudian. "program ini adalah aktiviti yang sentiasa dijalankan oleh Pemuda untuk menjaga kebersihan dan keindahan Kawasan tersebut. Tanah Pekuburan Lama ini harus dipelihara kebersihannya kerana ia teletak di tepi Jalan kapar yang menjadi laluan utama, Tapak ini adalah tapak lama sebelum Tanah perkuburan bepindah ke Batu Belah' kata Ketua Pemuda. Ketua Pemuda juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Pemuda yang menyumbang bakti dalam menjayakan program ini.





Monday, June 15, 2009

Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Dun Sementa dan Dun Sungai Pinang

Majlis Perasmian Persidangan Berkelompok Persidangan UMNO telah diadakan di Galeri Umno Sementa. Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Umno Bahagian Kapar Dato Haji Abdul Rahman Bin Palil, Dato Haji Faizal bin Abdullah, Naib Ketua Umno Bahagian, Tuan Haji Ghazali Md Amin, Ketua Wanita Puan Norliza bin Haji Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Tuan Haji Roslee bin Hj Abdul Hamid, Ketua Puteri Cik Hanimasra bt Marhani dan Lebih 500 orang Ketua cawangan, Ketua Pemuda, Ketua wanita dan Ajk cawangan di seluruh Dun Sementa dan Sungai Pinang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jemputan perasmian persidangan DUN SEMENTA/DUN SUNGAI PINANG

Tuan-tuan dab dan puan-puan dijemput untuk hadir ke MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN DUN SEMENTA/ SUNGAI PINANG OLEH DATUK TAJUDDIN ABDUL RAHMAN. PADA
15 JUN 2009
Jam 8.00 malam
Bertempat di Galeri UMNO Sementa.
Kehadiran tuan/puan amat dihargai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 10, 2009

Akta halal sudah sampai masanya....

Assalammualaikum...saya hari ini ingin membincangkan kewajaran akta halal untuk diwartakan di parlimen.. sesiapa juga boleh memberi cadangan waima orang bukan islam sekali..

Saya melihat keadaan yang mana di dalam kepecahan umat islam di negara ini..akta halal boleh menjadi titik pertemuan yang baik sekali. Mungkin dalam politik kita berbeza pendapat..tapi bab ini saya rasa kita aka spendapat..
1. Sebagai sebuah negara islam adalah penting akta halal diperkenalkan.
2. Akta halal juga boleh menjadi pemangkin perpaduan umat islam. Yang selama ini diperkotak-katikan oleh orang islam.
3. Jihad ekonomi juga dapat dipermudahkan..kerana selama kita bergaduh orang lain yang untung.
4.Kebanyakan masalah sosial yang yang melanda belia negara...adalah brpunca dari makana.. Psikologi hanya pelengkap kepada masalah tersebut.
5. Akta halal bukan sahaja untuk makanan.. Tetapi perkhidmatan, perbankan.
6. Akta ini haruslah betujuan melindungi umat islam dari ditipu dan memberkan alternatif kepada umat islam untuk memilih yang halal.
7. Memperkasakan hdc.
8.Kita harus sedar bahawa pasaran umat islam adalah yang terbesar sekali di malaysia..
9. Akta halal sebenar bukan menghalang bangsa lain berniaga tetapi..untuk memberikan garis panduan yang dapat membesarkan lagi kek ekonomi.
10. Apabila kita berpecah kita tak kuat .. Tapi umat islam... Biarlah ketuanannya dapat sesuai dengan populasinya.

So kalo kengkawan dan saudara ada pendapat saya berharap akan menerima respond.. Dari semua pihak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemilihan Nazir..Kecoh..

Assalammualaikum,
apa nak jadik ni ... malu betullah... bila institusi yang selama ini menjadi simbol kepada perpaduan umat islam telah menjadik penyebab kepada kekecohan yang berlaku... Cuba lihat Sinar Harian.. 10 Jun 2009.. masuk muka depa plak tu...
saya percaya bukan sahaj disana.. di Sungai Pinang pun mungkin kecoh....ura-ura dah kedengaran... jadik buah mulut peduduk kampung Sg Pinang..
Cuba banyangkan dah menang dapat undi terbanyak tapi tak terpilih....yang no 3 pulak terpilih... tu lah masjid jangan dipolitikan...baik buat jer lantikan takyah buat pemilihan...
apa raa...sekarang pernah kita dengar orang berebut tokong, kuil ker... takder... tapi sekarang ni. Masjid.. jadi isu...oleh penduduk kariahnya sendiri...
cuba pk kanlah dengan hati yang terbuka...

Thursday, June 4, 2009

Program turun surau Haji Abdullah Fakeh

Assalammuallaikum, 30 may 2009 program turun padang kali ni telah mengambil tempat di Surau Haji Abdullah Fakeh, kg Sungai Pinang Dalam. Turut hadir Tuan Haji Roslee Abdul Hamid, Ketua Pemuda Umno Bhg Kapar, Saudara Ustaz Nor Azizi Ishak, Naib Ketua Pemuda , Setiausaha Pergerakan Pemuda ,Saudara Sharul Nizal Hj. Ali, Penyelaras Pemuda Dun Saudara Fuad Syahrin Misbah , Khairul Azlan Syah, Hafizzuddin Muzaiyin..
Majlis telah dimulakan dengan solat magrib berjemaah, bacaan yasin dan Tahlil...dan Solat isyak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.