Assalammualaikum,
buletin 1.30 tengahari tadi di TV3 amat mengejutkan saya.. sidang akhbar itu adalah berkenaan dengan adun bukit lanjan yang telah dicabul hak privasinya . Di Sini wacana Pemuda UMNO DUN SUNGAI PINANG menggesa agar YB Sivarasa Rasaiah agar menarik balik kenyataan secara terbuka kerana telah mengatakan peristiwa yang menimpa YB BUkit Lanjan adalah disebabkan oleh BARISAN NASIONAL......
kami juga menggesa agar satu laporan polis dibuat terhadapnya sehingga beliau menarik balik kenyataan yang bebaur fitnah dan ianya merupakan satu tuduhan palsu.
Apakah yang berlaku kepada Elizabeth Wong adalah masalah peribadi beliau dan tidak kene mengena dengan politik. Sebagai seorang pengamal undang-undang YB Sivarasa sepatutnya tahu apa yang diperkatakannya adalah merupakan satu fitnah dan boleh diambil tindakan.
Selain itu pihak wacana juga amat berharap pihak polis akan menyiasat perekara ini supaya dalang sebenar akan dapat ditangkap. Kepada Pihak TV3 harap dapat simpan rakaman tersebut supaya dapat dijadikan bukti dimahkamah.
Disini juga pihak Wacana ingin melahirkan rasa simpati kepada YB bukit lanjan diatas segala musibah yang telah melanda beliau. dan berharap agar beliau sabar sesabarnya.
yang benar
Pengarang