Malaysia tanah Airku

Malaysia tanah Airku
Jalur gemilang
Showing posts with label Kg Sungai Pinang Dalam. Show all posts
Showing posts with label Kg Sungai Pinang Dalam. Show all posts

Monday, July 27, 2009

Tersangatlah setuju

Jangan guna media untuk selesai masalah dalaman parti: Muhyiddin

MUNYONYO (Uganda): Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak menggunakan media sebagai medan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti. "Kita tidak perlu memberitahu kemelut parti masing-masing. Ini akan menambah buruk perspektif negatif masyarakat pada kita. Semua parti ada masalah tetapi yang penting ialah macam mana mengatasinya. "Apapun masalah dalaman parti mesti diselesaikan sendiri dan tidak perlulah pergi (kepada) media," katanya kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut politik yang melanda parti MCA yang menyaksikan Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan media mengenai satu sama lain. Semalam, Chua meminta Ong supaya tidak berterusan menimbulkan suasana tegang dalam parti dengan mendakwa ada pihak cuba menjatuhkannya dan sebaliknya memfokuskan kepada usaha mengukuhkan ahli parti dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pengangkutan. Muhyiddin berkata: "Kalau kita dedahkan dan dihamburkan ke khalayak ramai, ia tidak membantu menyelesaikan masalah or memulihkan imej parti.
"Kita kena hati-hati. Walaupun masalah dalaman, kita tidak boleh elak ia jadi sebahagian dari masalah Barisan Nasional. Kita berjuang atas landasan BN". Berikutan itu, beliau menasihatkan pemimpin parti komponen BN supaya mengambil pendekatan musyawarah (berunding) untuk menyelesaikan masalah dalaman parti. "Saya tahu ia tidak semudah itu. Tapi kalau kita cuma nak pertahankan kedudukan kita dan tidak mengambil kira kesan lebih besar dari apa yang kita lakukan, itu tidak beri faedah. "Apa yang penting ialah ialah bagaimana kita meningkatkan keyakinan rakyat terhadap BN," katanya. - Bernama

Monday, April 13, 2009

Kejohanan Bowling Tahunan Dun Sungai Pinang 2009
















Assalammualaikum,





pertamanya sekali saya ingin memohon maaf kerana berita ini lambat dikeluarkan ...ada beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan...










Pada telah 14 Mac 2009 bertempat di Ampang Bowl , Klang Parade satu Kejohanan Bowling telah diadakan . Kejohanan bowling ini anjuran Pergerakkan Pemuda UMNO DUN Sungai Pinang bersama-sama dengan Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Tuan Haji Rosli Bin Abdul Hamid.










Seramai 60 orang peserta yang mewakili cawangan masing-masing telah beradu nasib.... Kejohanan Tersebut telah dimenangi oleh Hot Banana dari Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Kg Sungai Pinang Dalam mencatat jatuhan pin terbanyak sebanyak 2519 pin.





Wacana Dun Sungai Pinang mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Rosli Bin Abdul Hamid dan saf pimpinannya diatas sokongan dan dorongan dalam menjayakan program ini .. tidak lupa juga kepada Jawatankuasa Penyelaras Dun Sungai Pinang dan semua perserta yang hadir pada hari tersebut

Tuesday, February 10, 2009

SELANGOR PUN SAMER...

SELANGOR IKUT JEJAK PERAK - 6 ADUN PR DALAM TANGAN

Pakatan Rakyat sudah mula gusar apabila senjata mereka untuk menawan negara dengan agenda lompat parti oleh Anwar Ibrahim kini memakan diri. Nampaknya yang di kejar tidak dapat manakala yang dikendong sudah berciciran. Mereka kini sudah mula merasakan bahang lompat parti apabila mengetahui bahawa lebih ramai lagi ADUN mereka akan menyertai BN atau pun menjadi wakil rakyat bebas.Berita dari sumber yang boleh dipercayai menyatakan enam ADUN Selangor yang terdiri dari ADUN PKR, PAS dan DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional. Mereka kini dalam stage yang terakhir rundingan dan enam dari mereka telah mengatakan persetujuan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).Mereka telah berjanji akan menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan Barisan Nasional kerana sudah bosan dengan cara Pakatan Rakyat berpolitik dan sikap Menteri Besar Selangor yang mengaut keuntungan peribadi dengan meminggirkan rakyat.Menurut sumber itu lagi, mereka sekarang sedang menyelesaikan berhubung siapakah bakal Menteri Besar Selangor yang baru sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Difahamkan jawatan tersebut akan di berikan kepada PAS.

DARI UMNO BAGAN PINANG

Thursday, February 5, 2009

Tahniah!!!! Barisan Nasional Negeri Perak... dan Rakyat Negei Perak.

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Pertama-tamanya sekali bersyukur saya kehadarat Allah s.w.t diatas kurnian dah rahmat yang telah diberikan kepada rakyat perak. Sesungguhnya kami amat cemburu. Cemburu kerana hak-hak dan kedaulatan agama islam telah berjaya ditegakkan oleh rakyat Negeri Perak.

Bagi kami rakyat negeri selangor akan berusaha dengan sebaik mungkin agar hak-hak dan kedaulatan agam islam di selangor juga akan berjaya ditegakan disini.

Kepada Datuk Dr. Zambery Bin Abdul Kadir kami ingin mengucapkan tahniah dan tahniah lagi dan amat berharap agar dengan kepimpinan Datuk Negeri Perak akan lebih dirahmati.

Buat Blogger BPN dari Negeri Perak.... tahniah perjuangan anda telah berjaya... namun haruslah diingat untuk mendapat kembali kepercayaan rakyat amat susah... namun nak mengekalkannya lagi susah.. sooo teruskan perjuangan anda......demi agama, bangsa dan negara.

Buat rakyat selangor jadikan apa yang berlaku di negeri Perak sebagai semangat untuk meneruskan perjuangan ... insyaallah Allah s.w.t akan merahmati kita.

Buat MB terpendek ( masa) 11 bulan sahaja, terimalah kenyataan .... dan janganlah INGKAR DENGAN ARAHAN SULTAN....... jadilah role model yang baik... ikutlah lunas-lunas agama... bukalah minda dan terimalah qada dan qadar...matlamat tidak akan menghalaLkan cara..SESUNGGUHNYA SETIAP SESUATU YANG BERLAKU ITU ADA HIKMAHNYA.

PESANAN KEPADA SELURUH JENTERA DUN SUNGAI PINANG KHASNYA DAN KAPAR AMNYA.... BIAR MERAKA TERASA AKAN KEHADIRAN KITA DISINI.............

Semoga Allah s.w.t akan terus merahmati seluruh umat islam di Malaysia khasnya dan didunia amnya

Saturday, January 31, 2009

Konvoi Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Sungai Pinang Dalam







Pahang: Pada 24-27 Januari 2009 Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Pinang Dalam telah berkonvoi ke Cherating Pahang. Tujuan konvoi kali ini ialah untuk merapatkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli pemuda. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka,BBQ,aktiviti pantai dan banyak lagi. Mereka menginap di Riserve Tree Poin Motel, Pantai Cherating.
Menurut Penyelaras Program, Mohd Amzar Bin Zainurdin program kali ini telah mendapat banyak sokongan dari semua pihak di Kg Sungai Pinang terutama sekali daripada Penasihat program ini iaitu Saudara Sharul Nizal Ali yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Sungai Pinang Dalam merangkap Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian KAPAR.

Seramai 24 orang pemuda terdiri daripada ahli Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Pinang Dalam telah menyertai konvoi kali ini. Menurut Mohd Zaki bin Ahmad banyak program yang dirancangkan telah berjaya dilaksanakan walaupun telah mengharungi perjalanan sejauh lebih kurang 300 kilometer. Kerjasama dikalangan ahli amat hebat sekali apabila mereka bersama-sama telah membantu peserta lain yang kerosakan motornya. Berberapa orang peserta juga telah mengharumkan nama Pemuda Cawangan Sungai Pinang Dalam apabila mereka telah membantu mengawal lalulintas di Kuantan apabila telah berlaku kemalangan diantara sebuah pajero dan kancil.

Bicara Sungai Pinang mengucapkan tahniah kepada Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Pinang Dalam kerana telah berjaya mengadakan aktiviti ini. Mudah-mudahan program seperti ini akan menarik lebih ramai pemuda-pemuda di sekitar Kg Sungai Pinang Dalam. Syabas Diucapkan